life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 15, 2015

Resepi pizza roti gardenia

Actually aku ni jenis tak boleh nak duduk diam. Ada je benda nak buat dan godek kat rumah tu... rasa macam supermak pon ada. Kahkahkah bajet rajin giles lettew. Eh takdelah. Hari minngu je la ada masa nak belek rumah, belek anak dan jugak belek suami. Weekdays kalu memang tak sompek. So harap faham ye. Aku mak bekerjaya jugak walaupunnn kerjaya kau tu ado ado yo haa.

Habis kelas menjahit, Daddy decide terus balik rumah sebab nak rehat lama. Esok kerja kan... so lepak rumah jelah. Dengan jerebunya lagi. Eh aku tak cerita eh yang aku dah masuk kelas menjahit. Nanti aku cerita kat entry lain. Hari ni nak fokus kat resepi pizza yang sonang gila pejam mata pon boleh. Tapi tipulahkan ko pejam mata pon boleh masak lagi... hebattt.

Bahan bahan dia,

beberapa keping roti gardenia (aku buat 4 untuk cubaan pertama)
tomato puri (aku guna soso spagethi prego)
sosej (slicekan nipis2)
mix vege (aku guna carrot potong nipis2)
cheddar cheese
mozarella cheese 
daun parsley

First at all, layerkan dulu dulang pembakar dengan marjerin supaya roti tidak melekat. Then baru susun roti tersebut. Aku renjis sedikit air kat atas roti supaya takdelah roti tu terlalu kering bila masakan nanti. Step kedua, sapu nipis sos spagethi prego kat atas roti. Selesai tu, susunkan pula sosej yang telah dihiris nipis, tabur carrot/mix vege dan lapiskan permukaan atasnya dengan cheddar slice. Tabur mozarella cheese untuk mendapat impak yang ala alaa tarik githew. Eh aku tak taruk sebab kat dalam freeze rupanya parmesan cheese bukan mozerella. Hihihi. Keliru ngkooo.


Beginilah rupanya. Atas sekali boleh tabur daun parsley.

Apa apa pon oven kena panaskan dulu ye. Kang terkejut pulak roti pizza ko dari sejuk ke panas... terus tak jadi. Huwaaa nangis lah ngko ditepi sudut dapur. Suhu oven at least dalam 150 - 180.... Bakar selama 15-20 minit. Pon bergantung jenis oven kauorang.

Tadaaaaa. Siap dimakan. Ni kalau taruk mozarella cheese mesti lagi gempak gila2 hahaha. Meleleh cheese. Sekian resepi sonang je nak buat. Ni main campak2 je takde nak gogel bagai. Aku pernah baca kat facebook then terus ingat kat kepala otak.







No comments: