life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 15, 2015

Resepi sonang bak hang

Hihihi tajuk tokleh belah dengan harapan keyword tu ramai orang cari padahal tak sedor diri yang ko pi private kan belog dah kenapa. Hahaha. Sampai ada la bff aku tu sound weyy pesal belog tak boleh nak baca... ai silent reader u tauu. -_____- 

Ok ok berbalik kepada tajuk kita. Actually baru dua kali aku try resepi ni dan ternyata telah mendapat tempat dihatiku cewahh. Saja nak try benda baru. Asyik masak spagethi bolognese je eh betul ke idak ejaan nya tu. So this time aku nak share resepi fettucine carbonara.

Kat rumah yang hantu western aku dengan anak2 je lah (akan datang -__-) Daddy memang tak ahh spagehti magehti ni. Tapi steak dia suka pulak. Haihh. Jangan macam tu, pelbagai sikit selera tu boleh tak. 

So ni dia resepinya.

Bawang holland
Bawang putih
Cili padi
Sos carbonara (aku guna brand prego 1 tin)
Sosej (hiris nipis nipis)
Daging cincang (guna brand ramly)
Cheddar cheese
Parmesan cheese
Fettucine pasta
Olive oil
Daun parsley

Macam biasa basic memasak, bawang holland, bawang putih dan jugak cili padi kena tumis kasi naik bau. Then agak2 dah garing boleh la masukkan daging cincang. Tumis sehingga daging tersebut separuh masak baru masukkan pula sosej. 

Bawang segala samada kau tumbuk or cincang pon boles. Aku prefer cincang la so then nanti terasa strukturnya githew. Agak agaklah nak taruk berapa... Ikut kuantiti sos carbonara kau berapa tin. Hihihi. Aku main agak2 saje. Maklomla terer masak. *lap peloh* Daging cincang pun aku agak2... Kalau rasa nak taruk banyak... Taruklah. Tapi sebab ada sosej tu kan... So seimbangkan kuantiti.

Settle bab tu masukkan pula sos carbonara. Kacau. Then masukkan pula cheddar cheese yg telah dicarik2. Aku taruk dua slice sebab nak buat makan untuk dua orang kan. Rasa2 agak pekat boleh la taruk air sikit. Sebab aku tak suka pekat sangat T__T kacau dalam beberapa minit, perasakan dengan garam then settle.

Untuk pasta fettuccine, masak air dulu sampai mendidih then baru masukkan pasta. Taruk olive oil dalam sesudu dan juga sedikit garam. Rebus sehingga lembut. Ai prefer selama 8 minit. Mengikut bacaan aku dari makcik gugel huhuhu -___-

Fungsi olive oil supaya pasta tak melekat sesama sendiri. Garam tu pulak supaya pasta kau berasa. Tapi aku derhaka, aku pakai minyak masak biasa yang ada kat rumah. Ikut kauorang la.

Bila pasta dah lembut baru angkat then toskan.

Settle semua.

Last, curahkan kuah carbonara yang dah dimasak tadi ke atas pasta. Taburkan daun parsley dan juga parmesan cheese. Siap untuk dihidang.

Nom nom nom







No comments: