life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 29, 2015

Rindu banget

Lama tak jumpa Geng Susuk Mommy Gojes hahaha. Eh rindu tahu tak. Asal plan nak jumpa je mesti salah sorang ada plan lain lah, aku tak boleh lah, yang si Sha ada hal lah, yang Amer kerja lah. Hish. Tension je aye tahu. Actually last jumpa awal tahun lepas masa kat Putrajaya hari yang diorang belum bersalin lagi. Eh lupa, itu bukan yang last, yang last masa raya kat rumah Sha tapi masalahnya amsatu semua pon bz jaga anak kot. Hahahah. Ate masing2 dah beranak kecik engko. Nak bergosip mak jemah pon sipu2 takuit laki dengar. Hahaha.

Selalu akan ada sesi lunch date... eh takde pon selalu.. baru beberapa kali je. Memang kena jumpa kita2 jer. Pastu hamik ko borak sakan sampai tak reti nak balik -___- bila dah lambat mula la menggelupur pukul berapa nak balik ni. Kahkahkah.

Bulan 10 ni si Kamil budak #smtkksekolahtercinta nak melangsungkan perkahwinan. Taktahu la diaorang ni nak pegi saing ke idak. Aku malas la kalau takde geng nak berlawan borak. Kang sure daddy dengan geng2 dia. Dah aku terkontang kanting jaga anak. No no no. Tak mahu begitu okeh. Aku tahu dah permainan budak2 ni. Kalau dah jumpa tu pukul berapa nak balik tak tahu lah. Tensi ahkak menunggu. Pastu kang tunggu pulak member yang lambat datang. Kang nak bergambar bersama pengantin haruslah beramai2. Hahaha. Paham dah perangai memasing.

Ecah kata nanti nak buat house warming. Maklom lah minah tu dah pindah rumah sendiri uolls. Jeles ai tahu tak. Walaupon rumah apartment ke, kecik ke apa at least duduk rumah sendiri. Bayar monthly pon awak punya jugak. haish menyesali nasib diri sendiri sebenarnya. Rumah yang kitaorang beli kat Semenyih tu dah nak HAMPIR siap. Api, air tak masuk lagi la pon. Kunci pon tak dapat lagi hehehe. Yang penting dah jadi bentuk rumah yang sempurna. Masalahnya bila kau nak dapat tukar ni kecilll? Takkan nak berulang jauhhh tu dari Semenyih ke Angkasapuri. Ada yang aku cuti tanpa gaji setahun ni kangggg.

Nak kena setting balik ni date untuk perjumpaan tahunan kahkahkah. Wey sekali jumpa dia punya plan dua bulan sebelum kauorang kena paham. Masing2 kang berkerjaya. Yang laki pulak semua pon gilos kerja. T__T. So nak mendapat date yang betul2 awesome tu masyallah, boleh berperang laki bini padahal nak jumpa kat Putrajaya or Bangi or KL jer ponnnn. Kauorang dah kenapaaaa? Why? Why jadikan benda ini begitu rumit??








No comments: