life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, September 23, 2015

Syukur Selalu

Dulu aku pernah merasa cemana tak cukup duit. Dengan gaji kecik (waktu tu starting gaji gomen tak macam sekarang ok), dengan tolong kawan buatkan loan T__T, kos hidup kat KL dan lain lain lagi. Seriusss bab duit kauorang toksah nak buat main dengan aku lah.

Aku pernah lalui semua tu. 

But now Alhamdulillah, nak cakap duit sentiasa ada je tak de lah macam tu. Aku bekerja sesak2 jugak hujung bulan. Sama je macam orang lain. Eh ke tak sama? Bahaha. 

Actually aku baru conversation dengan sorang schoolmate aku. Memang sejak habis sekolah tak jumpa dah. Hihihi. Biasa2 je takdelah baik sangat sebab aku ok je dengan semorang. Aku jelah yang rasa ok, orang aku tak tahu lah. Kahkahkah. Lantok. Borak2, then dia bagitahu la dia tak bekerja then gaji suami kecik je. Duduk rumah jaga anak dua orang, dah besar dah anak anak bujang dia. Hurm. Nak cakap apa eh. Aku kalau bab2 macam ni memang aku faham. Sebab aku pernah mengalaminya. 

Tulahkan... zaman sekarang ni duduk kampung kalau suami je bekerja seorang memang cukup2 makan jela. Itu pon kalau kau pandai berjimat dapat lah lebih2 duit dihujung bulan. Duduk bandau kalu, memang aku rasa lah kan, ni aku rasa... kena gaklah isteri buat side income. Kalau gaji suami mampu menanggung takpe gak. Tapi perempuan kan. Perempuan, ibu dan jugak isteri. Sikit tak banyak mesti ada punya keinginan tengok orang lain melawa kau nak gak melawa. Orang beli pinggan mahal kau pon nak gak. Tu belum lagi tudung liplap liplap. Hahaha pitams lah weh. Betapa susahnya nak menahan nafsu di era ini -___-

Tak cakap orang. Sebab kan aku cakap aku PERNAH melalui semua itu.

Aku kan ada tolong kawan buat kan loan untuk bisnes MLM dia. Janji nak bayar habis, the end habuk pon tarak. Now settle dengan lawyer jelah. Sampai sekarang aku menyesal dengan tindakan bodoh aku itu. Konon nak jana income lebih, kesudahnya aku yang merana. Huhuhu. Takpalah, bak kata laki aku sebelum dia jadi laki, sebahagian duit gaji awak tu ada hak untuk orang lain. Ok noted. Hari hari aku sedeh tapi tak tunjuk kat orang. Aku ikat perut tahan makan, tahan nafsu berbelanja, tahan itu ini. Semua aku tahan. Mampu tengok cuci mata jelah. Kalau dah teringin sangat sesuatu benda tu maka aku kumpul lah duit. Menabung. Heee. Takde shopping sesuka hati hoccay. Vacation2 dengan gadis pon takde. Inikan pulak nak keluar jimba2. Memang sebulan sekali jelah. Tulah, sapa suruh pandai sangat perangai tanpa meminta nasihat orang yang lebih tua. Rasa kan lah.

Sampai sekarang lah kot. Aku masih lagi berkira kira kalau nak beli sesuatu ittew. Sebab aku pernah susah. Pernah nak sampai hujung bulan duit ada seratus je ni. Nasib lah masa tu bujang. Kalau dah nikah boleh jugak mintak kat laki. Hehehe. Tapi satu aku tak pernah lupa dan tak pernah putus Insyallah, duit untuk mak ayah tiap bulan hulur. Biarpun tak banyak, tetap ada bahagian untuk mereka. Dan jugak adik adik aku. Tiap kali raya, tak pernah tidak la aku tak belikan baju raya untuk diaorng. Ok ok ini cerita masa aku bujang. Now aku dah nikah, adik adik aku pon dah bekerja so memang kau beli baju sendirik ye. Maklomlah diaorg ni taste nak branded. Aku kang beli cap Padini je sudeh. Huhuhu.

Aku faham susahnya nak cari duit ni.

Tak boleh la weh dengar orang mengadu tak cukup duit ni. Huhuhu. Nak tolong tapi aku pon cukup2 makan je. Banyak keinginan aku tersekat2. Kahkahkah dasar perempuan. Betul weh. Orang pakai henbeg mahal eh aku pon nak jugak. Tapi tak boleh sekarang la. Banyak nak kena fikir. Tu yang nak sedapkan hati pergilah scroll IG pastu tengok berapalah harga sebijik henbeg MK. Verangan dalam mimpi semoga satu hari akan kumiliki mu jua. Pasti. Kahkahkahkah.

Nak kena start balik kumpul duit since loan KPM aku dah settle. Yahooo. Alhamdulillah. Satu, satu beban dah lepas. Now hadap loan Bank Rakyat dengan loan rumah je. Dahhh, aku dah taknak kotorkan payslip aku lagi. Cukup2 lah zaman dulu. Aku nak bebas dari hutang. Biar nampak biasa biasa je nanti takdelah orang anggap kau tu kaya raya banyak duit minah ni. Ishh.


Aku taknak lah kan orang nampak hidup aku senang sentiasa macam takde masalah duit pulak kan. Ada je tapi malas nak memekak2. Belanja ikut kemampuan. Nak pakai kasut SF sanggup tak bayar bills monthly. T___T Hindari aku dari sifat sebegitu. 





No comments: