life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 29, 2015

Tadika or Homeschooling?

Semalam borak dengan ofismate. Anak dia pon sebaya Aqif tapi dia lahir bulan Mac. So nak dijadikan cerita terkeluarlah topik tahun depan dia nak hantar Amani pi school. Aku pon macam oh ye ke okok, ok gak tu. 

Actually benda ni aku dah fikir lama dah. Sebelum anak bujang tu masuk 3 tahun kot. Punya lah eksaited hahaha. Ok bukan eksaited, lebih kepada persediaan awal. Esok lusa kalau daddy tanya dah survey tadika untuk Aqif ke maka dengan laju nya aku boleh menjawab, sudahhhh. Hahaha. But now tiba2 rasa macam ehhh Aqif dah besar la dah boleh pegi school DAN aku tak ready lagi boleh tak? Ehh kenapa aku pulak yang nak kena ready? Huhuhu.

Before ni ada survey tadika kat area Pantai Hillpark which is jauh sikit lah dari rumah aku. Takde jauh mana tapi kalau jalan kaki ada la dalam 10 minit. Kat bawah rumah ni pon ada je tadika Pasti dan juga tadika Sang Kancil dibawah kelolaan DBKL. Cumanya kedua dua tadika tu takde daycare. So macam susah la pulak nak berambik berhantar. Pada pendapat aku better hantar ke tadika yang ada daycare terus walaupon kena bayar lebih. Bila tambah tolak congak bahagi sebenarnya sama je kos dia ok. 

Tu pendapat aku.

Bukan apa, kang aku nak berambik dak Aqif bila dia habis kelas kang kul bapa pulak kan. Leceh la nak keluar2 ofis dengan takde kenderaan nya kan. Takkan la Daddy dari Cheras semata nak pi ambik then hantar ke rumah pengasuh. Haa tu satu hal gak tu. Kauorang  rasa pengasuh nak charge berapa pulak eh kalau hantar halfday? Huhuhu tak pernah pulak aku nak menanya. So rasa agak sukar kat situ. At least bila hantar kat tadika yang ada daycare memang anak ko kat situ jelah tak keluar2. Tapi fees jangan ditanya lah. Aku ada plan nak hantar ke Little Caliph branch yang kat Pantai Hillpark tulah. Smart Reader pon ada gak kat situ tapi entah mengapa LC mendapat tempat kat hati aku. Maybe pembelajaran dia more kepada islamic kot. Aku dulu tak sekolah agama so biarlah aku bagi peluang kat anak anak merasa. Tengok yuran pon ok lah masih mampu walaupon takde mampu mana. Buat buat mampu jela hihihi. Survey kat blog orang pasal LC nampak macam ok. Yang branch kat sini takde pulak ceritanya. 

Actually nak kena pergi tengok sendiri environment dia cemana. Taknaklah main redah je pi hantar. Kena bawak Aqif jugak suruh dia rasa suasana school cemana. Tapi masalah aku sekarang ni worth it kah untuk hantar Aqif school pada umur 4yo? Aku dah menggelupur dah woih bila kawan2 kata dioarg nak hantar anak diaorg pi school dah. Ok actually kat ofis aku ni anak sebaya Aqif je ada 4-5 orang so kau rasa lah aura dia cemana. Aku pulak yang naik takuit. Yelah, potty train pon takdak lagi ada hati nak hantar anak pi school. Hehehe. Tu satu. Lagi, Aqif tulis pon cakar ayam. Orang suruh color book, dia conteng. Ko ghase cemana? Aku tak ready ke Aqif yang tak ready?

Semalam gigih pagi2 lepas solat subuh aku slow talk dengan Daddy. Before ni ada jugak hint2 dengan dia tapi Daddy macam tak ambik port. Dia ingat anak dia kecik lagi kot. Hahaha. Aku nampak emosi dia cantik je terus aku susun kata elok2. Kita suami isteri ni ehh bukan, kita as a parent ni kena selalu berhubung tentang perkembangan anak anak. Kena selalu berkomunikasi. Maklomlah laki aku tu tak banyak masa nak take attention dengan budak2 ni. Kita pon faham lah kan. Ni la gunanya peranan mak. At least laki kita tak ketinggalan terhadap perkembangan anak anak dia. Wahh cerita dah macam pakar motivasi kanak kanak lah pulak. Heeee.

Discuss punya discuss, sebulat suara la kata by 5yo baru boleh hantar Aqif ke school. Potty train dulu, ajar mengaji or iqra' dulu baru boleh proceed untuk tadika. Tu matlamat laki aku. Dia punya plan kalau boleh nak lah Aqif tu tahu mengaji AT LEAST kenal huruf alif ba ta etc sebelum masuk sekolah. Oklah ai terima je. Tapi tulah kan, perempuan kan memang macam ni. Dengor je anak orang nak masuk school kau pon nak menggelupur sama. Cam haram je tau. So aku cakap kat Daddy please support me untuk homeschooling Aqif. Takde lah bila masuk tadika nanti hegeh2 baru nak reti menulis abc. Hahaha. Nampak gayanya menghafal Aqif tu no.1, tapi bab mengenal huruf dan jugak nombor agak kelautan pasific sikit. Hehehe. Need more training. Insyallah Allah permudahkan urusan aku mendidik anak ni ye. Baru sehari train Aqif mengaji lepas solat maghrib, dia punya attention tu ada la dalam 3 minit. Bahahah. Lepastu boleh pulak cakap, 'taknak baca buku...' T__T

Oklah, cubaan pertama memang selalunya tak menjadi. Ummi kena lebih banyak tahan sabar lepas ni.



ps: Aku memang stick pada LC je yang lain memang tak ambik port. Heeee.







No comments: