life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 22, 2015

The end of my BF journey

Ramai jugak yang tanya cemana kau tiba2 stop bf Dareez padahal mengikut sejarah anak 1st, susu kau meriah sokmo. Hihihi berak soalan mung ittew. Actually nak cakap aku mengimpikan untuk menyusukan Dareez sampai 2yo memang of course lah ada. Siap beli pump baru sebab terasa dah bersedia dari segi mental dan fizikal. (padahal pam lama dah kaputt) Sapa tak nak kan. Tapi dah tertulis perjalanan aku dan Dareez hanya setahun saja maka ai is redha. Kena fikir positif, sebab rezeki kita lain lain. Eh silap, rezeki anak lain lain. Githew konsepnya.

Cemana susu boleh kering?
Aku memang jenis kena minum banyak air, baru production susu akan maintain. Supplement semua pada mulanya memang tak ambil. Dulu minum ESP tapi sekarang dah sedor diri. Kahkahkah. Start masa puasa 2014 hari tu perlahan-lahan production drop. Ni memang kes kurang minum air lah kan. Nak salah kan puasa erm erm tak kan lah pulak -__- Kena fikir positif. Ada je mommies yang susu dia maintain jeeee time puasa. Ok itu tidak bagi aku. Waktu tu nasib baiklah stok susu time pantang banyak gila. Memang bergantung [ada stok susu je la. Habisss, kau pam sekali dapat 5oz. Sampai kempis2 tetek ai tauuu. Hihihi. Tu cerita bulan puasa lah kan. Tapi, kena fikir jugak, stok susu kena topup selalu. Dah stok keluar memanjang, yang masuknya sikit cemana pulak ceritanya. Sedeh ok.

Raya ok balik. Nak kata ok sangat tu nampak nau menipunya. Memakan masa nak pulih seperti sediakala. Then waktu tu aku dah start makan supplement untuk tambahkan susu badan. Still tak amik ESP... aku guna cara lain. Makan biji halba, olive oil, habbatussauda, air longan kering dan jugak air kurma merah.

But malangnya kau tahulah kan Aqif tengah melasak (ecececeh nak salahkan anak pulokk) nak handle dua anak dengan Daddy sometimes tiada disisi sukar sikit lah. Asal aku nak pam je Aqif suruh kita layan dia. Dengan Dareez lagi nak kena take attention. Hahaha pitams. Pulak tu Dareez bukan jenis direct feeding. So kesusahan aku kat situ. Orang tak nampak apa yang kau alami so jangan cakap bf ni senang semendang ye. Ada anak yang takmo direct. Kekeliruan puting etc. Ada mak susu sikit, usaha dah macam2 tapi tanggg tu jugak hasilnya. So semua tu rezeki masing2.

Aku tahu mesti ada orang cakap elehh boleh je la kau pam bukan susah pon. Habis, anak yang tua tak makan? Tak layan dia? adik pulak takkan kau tak membelek belek. Rumah tak berkemas. Kang berkejar nak masak laki balik nak makan. Kesudahnya aku memang agak stress. Bila stress so susu kau pun jadi kurang la. Itu yang mendapat setahun je Dareez menyusu badan.

Pam susu takkan lah 2-3 minit je kan. Paling kuat at least setengah jam. Tu baru puas. Kalau takat 10 minit mengepam dapat hasil berapa ye? 5oz? Hahaha. Ok itu kau kot. Aku punya tak semeriah begitu. Malam malam jangan cakap ahkak tak ngepam. Bersengkang mata dah macam hape toksah cakap la. Kat ofis selalu jeee aku serong sebab nak mengepam. Maafkan lah ye wahai kawan2.

Aku tak salahkan anak anak aku tak direct feeding. Ada sebab Allah takdirkan begitu. Aku pon positif . Aku kerja syift. Kang tetiba anak nangis nak ngempeng laki nak bagi hape? Nak balik semata then tinggalkan kerja? Maaf aku tidak sekuat kamu. Periuk nasi nak kena jaga. Anak anak juga begitu. So aku redha.

Anak jenis bukan direct feed memang kau kena always nak ngepam je lah. Itu nasib aku dah tukar pam baru. Boleh la jugak pam sambil tidurkan anak. Huhuhu tapi dah kenapa lak kan... nanti Aqif main tarik getah pam. Ok masatu Aqif tak bijak macam sekarang T___T aku rasa kalau sekarang aku still bf Dareez maybe situasi tu berubah lah kot. Hmmm.


Antara stok susu Dareez yang sempat aku snap.
Ni stok lepas habis berpantang. Ada lagi stok tinggal kat Seremban.
Tak muat peti ais. Huhuhu.

Ni stok susu masa berpantang Aqif dulu.
Tak banyak ilmu breastfeeding masa ni.
Tapi Alhamdulillah susu meriah.

So begitulah kisah perjalanan breastfeeding ku untuk anak yang kedua. Struggle habis sebab macam biasa... start hantar ke rumah pengasuh, Dareez takmo direct just like Aqif. So bertabahlah aku sepanjang setahun ittew. And now Dareez dah nak masuk 1y6m. Minum susu Anmum Step 3, Aqif pulak dah downgrade susu -___- dah minum Fernleaf Calcium Chocolate.

Don't judge people.

Even kawan aku bf untuk anak kedua dia jugak pon baru terasa bagaimana stress nya untuk maintain production susu. But its ok. Allah dah tulis tiap anak rezeki lain lain. Mana tau kot Insyallah ada rezeki anak ketiga nanti sampai 2yo. Yeayyy. Eh aku tak ngandung lagi yek. Harap maklom.







No comments: