life is beautiful

life is beautiful

Friday, October 30, 2015

Thursday, October 29, 2015

KL Hop-On Hop-Off Bas Double Decker

Hai! Dah pernah naik belum bas double decker pelancong yang ada kat KL ni? Aku belum! Hahahaha tapi Insyallah Ahd ni nak pi naik bersama yang tersayang. Baru lah feeling2 budak keyell wannabe walaupon dah terang lagi bersuluh nombor tengah kat ic tu 05. Kahkahkah.

Sekarang ni KL Hop-On Hop-Off ada buat promotion. Beli tiket dia dengan harga RM5 ye.. RM5 jangan terperanjat ngape murah nau nau sebab harga asal dia RM45/dewasa dan RM24/kanak kanak above 5yo. Sebab tu aku cakap beli lah sekarang tapi kena booking online. Heheheee. Promosi sehingga 31/12/2015 saja so mai lah mailah melawat sekitar KL. Jerebu pon dah kurang kannn.


Haaa nampak tak kat situ tiket promotion selling fast like pisang cheese kat kopi.xoxo hahahaha nakkk jugak promote kodai nora danish -_____-.  Online booking bukak tiket untuk seminggu seminggu so memang laku bak hang wa cakap lu. Aku dah book semalam. Alih2 tengok kat page FB admin dia cakap tiket dah nak habis untuk riding hari Ahad ni. See? Kemain laju je kauorang ye bila benda murah2 ni.

Route Map.
Kot la kan nak pi tunggu kat mana bas ni hang tak tau pulak. Maklomlah budak keyell wannabe memang macamni. Hihihi.

Kita tunggu jelah update aku ye kot jadi pergi Ahad ni. Manalah tahu tiba2 cuaca mencemburui kami. Datang pulang hujan ribut taufan melanda. Harap dijauhkan. Nak mintak mentari muncul kembali pelissss plus dengan awan nan biru dan jugak pelangi. Heee. Kbai.





Monday, October 26, 2015

Public ikut suka, boleh baca dengan senang hati

Hahahaha. ramai yang tanya eh napa belog ko tak boleh nak bukak T_______T cewah bajet kau retis ke ada follower beriya nak private bagai. Actually beberapa bulan kebelakangan ni KALAU kauorang perahsan aku memang ada private kan belog sendu hidup segan mati taknak ni yeh. Kenapa? biarlah menjadi rahsia antara aku dengan belog ni saja yang penting aku taknak la ada stalker yang menyinari dan menilai perjalanan hidup aku. Hahaha hebat sangat ke hidup kau kecil? Nak menulis tu tak sah ayat tak poyo kuasa duabelas.

Aku suka je nak share benda dengan orang kalau benda tu membantu. Tapi aku tak suka lah kan kalau tiba2 berborak tu dan2 satu topik tiba2 dia nak up 'eh aku baca blog kau, kau cakap macam ni kan..blablabla...'' Haaaaahaaahaaa teruih ai terkedu. Kau kenapaaaaa? Baca, baca jelah. Tapi tak suka yeh nak up aku depan orang lain. Kalau kau dengan aku je ada kat situ kira oklah. Kang tak pasal semua pon dok skodeng lifestyle ai. Aku ni buat belog sebab malas nak menulis diary kekdahnya. Dulu kemahin hantam sapa yang tulis belog tu ibarat merelakan diri dinilai dan diskodeng oleh orang lain. Lepas tu mesti kena kutuk dari belakang. Sebab TAK SEMUA pon suka dengan kita ye tak. So tiba2 aku pulak yang terjerumus ke lembah belog ni. Macam ludah jilat balik pon ada. Kann? Wuwuwu -___-

Kali ni aku saja public. Kot la ramai yang baca, boleh menjana pendapatan negara. Kahkahkah. Tiba2 je dapat cheque lapan belas ribu dari nuffnang. -___- Mahu aku velanja daddy spotrim 16'' bayar takde kesian aku campak je duit kat atas meja tokey kedai tayar tu. Kahkahkah. Ok riak patutlah tak dapat.

Alaa kang emosi tak stabil aku private lah balik. Apa susah. Sapa nak polow ai meh lah bagi email kauorang kat sini. Manatahu boleh berkongsi idea dan citarasa. Maklomlah dah jadik isteri, mak dan jugak orang yang semakin meningkat umur. Tahun depan dah 3 series. 











Gambar Lama

Hai peeps! How's today? Monday blues kah? Hihihi. Kita rileks je ye. Pasal kat workstation aku sekarang ni tengah server down so boleh nak mencurik masa menjenguk belog sendu macam tuan dia jugak. Hari ni terlebih2 rajin, masakkan sup tulang untuk kawan2 kat ofis. Alhamdulillah hari ni rezeki rimau aum aum. Soto ada, nasik lemak foc ada, kuih tat, pisang goreng, rendang perut. Syukur Malaysia masih tidak kebuluq. Hahaha. 

Bukan itu yang aku nak cerita. Tadi saja transfer gambar yang ada kat memory card ke pc. Banyak sangat gambar pening kepala aku. Ikutkan nak je delete gambar merepek2 tu tapi memandangkan banyak yang belum di cuci lagi so semua pon kena hold. Nyampah. Ni aku dah buat filing. Ada rezeki lebih nak cuci gambar mana yang berkenan kemudian terus delete. Buat habis memory card je. Dengan thumbdrive nya lagi. External disk dah corrupt tu yang file semua jadi berterabur. Oklah masuk kat dalam diary nak beli external disk. Noted.

Tengah select gambar terjumpa pulak gambar ni,


Hahahah lupa tahun bila tak silap 2008/2009 kot. Kelas kan bergambar dengan ahkak BCL ni mana nak cari duduk rapat2 githew -_____-  Time ni bujang tra tang2 lagi la kauorang tengok kurusnya hakuuu. Hadoi menitik airmata nak dapat figure macam ni balik. Boleh berperang dengan makanan tiga bulan. Hahaha. Gambar yang kat atas tu hang out dengan ofismate. Dua daripadanya budak rumah. Ni akak2 ni ye. Maklomlah aku masuk kerja gomen umur berapa pulak kan. Mostly batch aku time tu umur dalam 25/26 so aku la yang paling muda.

Yang pasti masatu tak pandai nak melawa lagi. Wuwuwu. Eyeliner, eye shadow, mascara tak reti pakai lagi. Slowly belajar. Tengok la tudung pon bawal sajok. Sebab bawal power. Kahkahkah. Baju pon blouse brand nicole je kan. Hahaha. Tak reti hokay. Tapi biasalah, sedangkan sekali air bah pantai pon berubah inikan pulak manusia. Haruslah perbaiki diri nak nampak elegen. Wahhh ayat tak tahan. Elegant sangat kau ni padahal dulu dengan sekarang samo je. Yang penting ai dah pandai pakai eyeliner. Boleh lah soroks sikit mata sepet tu.


Haaa yang ni gambar iftar tahun 2010 betul2 sehari lepas aku habis PLKN. Pagi daddy ambik kat stadium Shah Alam (masa tu tunang lagi), then rehat kat rumah a whole sebab demam then esoknya iftar bersama diaorang. Kemudian esoknya pulak shopping kat Jalan TAR, baruuu balik Seremban untuk beraya. Hahahah. How i missed my zaman bujang. Rasa macam wahhhh sukati kau je kan. Kahkahkah. Zaman tu duit sukati diri sendiri je nak keluar. Tak beringat nak nyimpan langsung. Ishh tensi dengan diri sendiri.

Yang ni lagi rare,

Aku tahu kalau aku suruh teka pon kauorang memang dah tau yang mana aku khennn. Hahahah. Ni zaman habis UPSR tahun 1997. Lepas ambik exam, sekolah ada buat rombongan ke Kelantan bayar RM30 jer sekali transport dan jugak tempat tinggal. Murah gilos! Kitaorang bergambar kat depan masjis Terengganu tak ingat masjid mana yang aku tahu dia terapung. Aku cari jugak mana lah aku taruk album gambar aku yang lama2 dulu masa zaman duduk Mantin... ternyata lost in somewhere. Maybe masa pindah Seremban itu hari aku tak kemas betul2. Actually banyak barang aku yang tertinggal kat kuarters Mantin tapi nak buat macam mana nak ambik pon tak guna sebab rumah tu dah semak samun jadi hutan kot. Sedihnya! Ni gambar diaorang post kat group facebook sebelum kami aktif kat WA. Masih keep in touch lagi cuma aku jela tak rapat dah sebab diorang ni semua memang rumah kat Mantin. Aku je yang dok jauh sikit. Heee.









Friday, October 23, 2015

Alah bayar jelah takyah nak pening kepala

Tajuk tokleh belah. Hahaha. Ok2 aku baru je melayari belog gossip retis Malaysia yang tersohor. Lepas tu baca yang ni.

Tak. Aku sebenarnya bukan apa. Aku rasa hoi malunya kau sebagai lelaki. Serius wey. Dah la anak nogori. Memalukan sungguh. Takkan nak salahkan mak bapak tak didik anak ye tak. Sebenarnya salah sendiri. Shame on u Aidil.

Nak kata aku sokong Rita 100% taklah jugak. Nak kata aku setuju dengan Aidil, pon tak. Sebab aku rasa dua2 salah. Dua2 bangsa ego taknak mengalah. Oklah. Aku rasa aku faham Rita tu cemana. Perempuan ni senang je. Kau bagi je apa dia nak. Then settle. Aku tak rasa Rita tu akan perbesarkan hal rumahtangga dia kalau Aidil tu boleh give and take. Mengaku kesalahan sendiri. Well said, Rita dengan Aidil pon jarak umur boleh tahan jauh jugak kan. Kita pon tak tau apa masalah dalam sebenar mereka. Ni aku bagi pendapat secara general ye. Jangan kecam aku. Kang viral tak pasal. Haha.

1st, mungkin dari awal perkahwinan Rita dah treat Aidil takyah bagi belanja sangat. Means, takpalah ai faham kerjaya u baru nak bertapak. Mana yang ai boleh bayar, ai cover dulu. U fokus dengan latihan u ok. Tu pada pendapat aku. So Aidil dengan senang hati boleh lepas tangan sampai lah pada satu tahap tu dia memang tak teringat lah nak bagi duit belanja rumah, bills, duit kereta SEBAB dia tahu Rita berduit. Get it?

Tu dah jadi kesalahan pertama. Sebab,



Gituh.

Nampak macam easy tapi percayalah lambat laun si isteri akan fade up ok. Ehh macam aku sorang jelah yang bertungkus lumus menyara keluarga. So aku rasa aku dapat agak situasi Rita cemana. Sebab tu dia fight betul2 pasal nafkah anak2 dia. 

Well. Bukan nak cakap banyak la. Boleh lihat sendiri ada ke Nora Danish dengan ex husband dia bergaduh disebabkan tak bagi nafkah anak? Ada ke dengar ex husband Cheta tak pedulikkan anak2 dia dengan CheTa? Ada dengar cerita? Aku tengok happy life style lagi ada. Dulu kan ada CheTa cerita yang every year anak2 dia akan bercuti dengan ex husband dia kat oversea. Ex husband Nora pulak memang akan gilir2 jaga anak Nora si Raykal tu. See? Senang je. Jangan lupa tanggungjawab terhadap anak kau sudah. Kalau kau macamtu lah Aidil, aku tak rasa Rita tu meroyan sampai dia nak mintak kat kau ratus2 ribu. Chill la. Kau pon pernah sayang dia kan suatu masa dulu. Ada anak dengan dia pulak tu. Dah la anak2 kau tu lelaki. Kalau kau jaga perhubungan kau dengan anak kau dulu Insyallah Rita tu sejuk je. Takyah nak main tarik tali bagai.

Aku taktau lah kan kot Rita tak bagi kau jumpa anak2 kau before ni. But mesti ada sebab. Dah berbulan2 tak jumpa anak, alih2 call bagitau nak jumpa anak, nak bawak anak pergi jalan. Ehhhh. Aku ni sebagai mak pon rasa kau kenapaaaa? Baru sekarang nak jenguk budak2?  Instinct tu weh. Tak kiralah kau pemain bola busy sokmo mengalahkan PM. Habis, takde masa nak call anak selang sehari tanya khabar? Video call ke? Ehh banyak je social network kau boleh guna. Rita pulak bila Aidil dah berbulan2 tak jenguk anak mula lah kan, ok takpe, lepas ni aku tak bagi kau cakap dengan anak. Hahaha. Faham sangat dah perangai perempuan.


Sebenarnya satu je. Say SORRY. 

Tundukkan ego. Ikhlaskan hati untuk mengaku kesalahan diri. Slow talk dari hati ke hati. Aku boleh nampak, dalam hati Rita, dia still sayangkan Aidil walaupun ex husband dia dah bernikah baru. Pernah jadi suami dia kan, pulak tu ada anak dengan dia lagi. Dah la anak2 mengikut muka bapak. Sayang weh.

Aidil, pesan aku jangan abaikan tanggungjawab kau sebagai ayah kepada anak2 kau bersama Rita. Walaupun kau dah ada anak baru dengan isteri baru kau, tapi percayalah, tak luak sikit pon kasih sayang kau terhadap anak baru kau tu bila kau limpahkan kasih sayang kau jugak pada anak anak ko dengan Rita. Anak anak ni aset kita dunia akhirat. Dia yang akan mendoakan kita bila kita mati nanti. Tak guna anak ramai tapi tak mendatangkan manfaat terhadap ibu bapa. 

Rita pon tak meroyan la kalo kau tak abaikan anak2. 

Aku emosi ok pasal kes rumahtangga Rita-Aidil ni. Kerana salah satu keruntuhan institusi kekeluargaan adalah disebabkan oleh sikap bapa yang ambil lewa terhadap nafkah yang dia patut bagi untuk isteri dan anak2 dia. Tu satu. Lagi satu matang sikit weyyyy.

Sapa komen macam harem kat page gossip tu memang dia belum nikah dalam erti kata bulu ari2 pon halus lagi or memang dia tergolong dalam situasi macam tu. Semua benda dia tanggung. Hahaha. Nonsense. Jadi suami nak taknak walaupun umur kau muda, berfikir kena matang. Kalau rasa ilmu rumahtangga tak cukup kuat sila pi kuliah agama pasal rumahtangga takpon bukak channel 106 Astro Oasis dengar ceramah Ustaz Kasim Elias. Isteri tak betul, kau sebagai suami kena betul kan. Memang perit sebab isteri kau mulut boleh tahan melahar tapi kena ingat dalam ketegasan ada kelembutan. Insyallah isteri pon dengar cakap kau. Ada paham??










Jerebu Kuning


Kauorang tengok dia punya kaler. Takuittt. Ni gambar Isnin hari tu 19.10.2015. Tak silap aku dalam tengahari kot. Pitam tengok sebab time tu nak pergi kerja. Hahaha ngadap jelah kan jerebu yang entah bila nak hilang. One day nampak macam ok, kemudian teruk balik. Budak sekolah yang paling heaven. Eh heaven ke? Kekeke bukan kauorang tengah pening kepala nak jawab final exam ke? Dah la cuti pelepasan sebab jerebu je memanjang. Haa cuti tu cuti lah jugak tapi yang cuti pi main kat luar rumah tu dah kenapa? Duduk rumah kan elok. Pening kepala aku budak2 kat area rumah terjerit terpekik main futsal kat bawah rumah. Tu siang takpa la. Ni malam pon dia nak main jugak. Grrrr. 

Haa cerita pasal jerebu ni sedih ai tahu tak. Tiba2 mata macam sakit pedih2 then merah. Pagi tadi bangun rasa kesat je. Eh jangan macam2. Aku dah takde pakai2 lense lagi tau. Gigih setiap masa pakai spek nerd ni je. Hahaha. Ni lagi satu,


Tiba tiba naik seketui jerawat betul2 kat batang hidung. Waaaa. Dah la sakit lepas tu mengganggu ketenteraman wajah sungguh. Eh ai mana biasa jerawat besau seketui lagu ni. Selalu pon jerawat manja2  je nak tumbuh. -__- Semua penangan jerebu la kan. 

Salahkan jerebu pulak. Dasar perempuan. Hakhakhak. Takpalah, Allah turunkan jerebu supaya kita insaf sikit. Selalu hirup udara segar je lepastu bongkak diri, tak sedor diri macam la baguih sangat. Ni ujian secoet je dah mula nak meroyan. Ishhh. Sabar eh. Insyallah tak lama lagi elok la tu udara kat Malaysia ni. Cuma kesian kat budak2 la. Dareez dah le gatal2 sokmo. Ni time jerebu lagi naik gatal2 dia. Sengsara je tengok dok tergaru2.







Tuesday, October 20, 2015

Welcome to the club

Selamat pengantin baru Kamil and wifey. Dah bernikah tu jangan dok nakal2 lagi ye. Hahahaha. Semoga bahagia hingga ke jannah wahhh githew. Selalu kau menganjing laki aku kannn. Tokleh lepak lama2 kang nanti bini marah. Ewahhh kemahin statement melampau tau. Ai bagi je ye suami nak lepak malam2 dengan kawan2 dia. Maklomlah jumpa sesekali so why not. Cuma berpada lah kan. Esok kau ada anak nanti tahu lah cemana nasib. Silap haribulan nak melekat kat rumahhh je melayan anak. Hahahaha.


Ramai yang takde, alasan sebab Sabtu still hari bekerja untuk yang swasta. Oklah paham. Dah hujung2 umur ni memang sukar sikitlah kawan2 nak attend. Majoriti sudah ada komitmen keluarga takpon ada job etc. Lain masa zaman aku bernikah marin. Satu tahun tu berderet je kawan2 kahwin. Maklomlah umur masatu 25/26 ada yang baru kahwin, belum ada anak dan jugak single mingle. Wah gitu. Ni kang dah anak dua ni nak stay lama2 memang hazabedah la jawapannya. Bukan apa, kesian anak tu panaih berpoloh2. Dah la musim jerebu. Mana yang ada je lah kan.

Rezeki ko ye Kamil umur 30an baru bernikah. Tu nak kata, jodoh itu rahsia Allah. Maka jangan la dok mempertikaikan bila nak kahwin? Dah ada calon ke belum? Ewahh ingat pilih calun suami macam memilih ikan kek pasar ke? Tu belum lagi dah nikah nak kena ada anak pulak. Bila nak membesarkan family ni? Bila nak menambah cahayamata? Wahhh pitamsss.


Sahabat lama. 
Lama sangat sampai bertahun tahun tak jumpa padahal hometown Seremban je pon. -____-

Good friends are hard to find,
harder to leave,
and impossible to forget.

Bisa begini kerna ku tahu kehadiranku takde efek pon.
Ada ke takde, sama.
Hahaha.






Friday, October 16, 2015

Short vacay : Grand Lexis PD

Antara tempat yang termasuk dalam list percutian bajet aku adalah kat sini. Tak dapat honeymoon berdua, kita honeymoon dengan anak anak pon ok. Hahaha. So memang aku gigih survey harga thorbaek since lepas raya hari tu. Dapat pulak daddy memang cakap dia nak bawak kitaorang sefamily bercuti tapi taknak jauh2, nak yang dekat2 dan yang paling penting sekali mesti ada swimming pool. Nahhh, aku berikan cadangan yang bernas yang sering berlegar didalam kotak fikiranku.

Booking bulan September, gigih ye harung Matta Fair hari tu. Dapat la harga kurang RM100+ daripada Agoda. So total up include 2 pax breakfast harga dalam RM630. Murah lah kan. Hahaha. Nak bercuti tapi nak jimat kos. Betul. Perancangan kena ada. Sebulan sebelum bercuti aku dah prepare itinerary dan jugak estimate perbelanjaan untuk kitaorang kat sana. Ecehhh macam nak poie over the sea je kan padahal dekat sekentut je dah sampai. Hahaha.  Takpa, permulaan kepada kehidupan yang berjaya adalah disebabkan oleh perancangan. -___-

So nak dikatakan percutian kali ini berjaya walaupun tak dapat makan ikan bakar yang superb meletop pom pom pom ittew T___T Aaaaa perlu repeat next time ye. Maklomlah anak anak bila dah penat takdan tunggu malam, petang tu jugak Dareez dah tido.

Gerak dari KL dalam jam 1100AM macam tu. Lama tak jejak PD oii rasa teruja tu melampau lampau hahaha. Masa lalu kat highway teringat kenangan masa belajar dulu. Betapa lamanya dah aku tinggalkan poli. Teringat memori dengan budak2 poli. Mana yang kaki jalan macam aku gak. Rupanya dah ada highway baru nak ke poli terus. Wahhh kagum aku. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu.

Nak bagitau ye, check in Grand Lexis pukul 400PM so memang dalam jadual pergi lunch dulu dan jugak jalan2. Disebabkan sampai pon awal so meh kita ke Ostrich Farm PD. Kids below 90cm masuk foc. Yang adults seorang RM13. Eh Aqif dengan Dareez suka kot. Kauorang tengok lah tu betapa riangnya hati mereka dapat naik kuda, kejor anak ayam sampai anak ayam pon lari lintang pukang Dareez punya kerja. Yang tak boleh belah Aqif dengan selamber feed kan apa menatang yang macam biawak tu makan betik. Ehh suka kau je kann.















While waiting Aqif ride little pony. Sempatttt =)

Kitaorang pi lunch kat satu restoran ni, Restoran Kulit Kayu Manis. Review dalam blog pom pom meletup tapi bagi aku so so je. Maybe datang pon dah lepas lunch banyak lauk yang dah habis. Kebetulan semalamnya dah pekena daging salai kat Salero Nogori jadi tekak tu dah tak rasa nak makan gulai lemak. Restoran ni berdekatan area Grand Lexis jugak. 



Tak boleh tahan hati meronta ronta sebab dah nampak signboard GL so jomlaaaa kita masuk manatahu kot boleh check in awal. 


View dari pintu masuk.

Toilet besau. 


Kitaorang book suite Deluxe Garden Living. Means pool dia tak berbumbung. Ingatkan boleh la nak tukar pool yang berbumbung masa check in, rupanya semua fully book. Demm. Walaubagaimanapon ini dah okay. Elehh empat beranak je yang nak book bilik besau2 pasaipa? Nak lari berkejaran ke? Kekeke. Aku lah tu hasut daddy supaya takyah book bilik memahal. Plan asal nak bilik yang ada pool je kannn. Dasar pendekut.









Angle semua sama je kat area pool. Hahaha nampak sangat pakai self timer. Ehhhh habis nak suruh siapa snapkan pic happy family cenggini ye tak? Dah la anak anak bujang ni kemahin susah sekarang nak snapkan pic. Bajet retis betul lah.


Ni lah villa atas air tu. Yang kat lantai boleh tengok laut. Kekeke
Laut PD je ponnnn so takyah expect air dia kaler biru ye -______-


OOTD lah kunun








Actually ada macam2 aktiviti yang kita boleh buat kat sini. Berbasikal, memanah, ada jugak pool yang jenis slide, kat area Lexis pulak ada tempat untuk budak2 main remote car, basikal elektrik untuk makpak budak. Eh macam2 lah cuma kitaorang je takdan nak join. Maklomlah anak2 tak cukup umur lagi untuk aktiviti seperti itu. So harus repeat next time.

Before balik Kl, singgah jap kat pantai area pekan PD. Kena tunaikan la hajat Aqif yang nak main layang2 lama dah kot. Best la area sini.. memang cari port tak ramai orang. Then ada satu pentas boleh karaoke, boleh rent kuda dan lain lain. Aku taktahula nak describe area ni kat belah mana. Yang aku tahu tempat ni tanah lapang tapi tak banyak kedai. Tepi laut, berdekatan dengan simpang traffic light nak masuk ke area pekan PD. Gitew la. Dulu masa kecik pernah pergi sini sebab ada fun fair. Hehehe.






Begitulah berakhirnya short vacation kami. Tak jauh tapi best sebab ada pool dalam suite then tak payah nak cover2 your aurat. Hikhik. Tu penting, tapi yang terpaling penting sekali takyah pening kepala nak turun naik pool, teruih kebusss terjun sajok dari atas katil ke pool. Kahkahkah ok tipu. Sekian laporan wartawan dari tempat lokasi. Bai!