life is beautiful

life is beautiful

Friday, October 23, 2015

Alah bayar jelah takyah nak pening kepala

Tajuk tokleh belah. Hahaha. Ok2 aku baru je melayari belog gossip retis Malaysia yang tersohor. Lepas tu baca yang ni.

Tak. Aku sebenarnya bukan apa. Aku rasa hoi malunya kau sebagai lelaki. Serius wey. Dah la anak nogori. Memalukan sungguh. Takkan nak salahkan mak bapak tak didik anak ye tak. Sebenarnya salah sendiri. Shame on u Aidil.

Nak kata aku sokong Rita 100% taklah jugak. Nak kata aku setuju dengan Aidil, pon tak. Sebab aku rasa dua2 salah. Dua2 bangsa ego taknak mengalah. Oklah. Aku rasa aku faham Rita tu cemana. Perempuan ni senang je. Kau bagi je apa dia nak. Then settle. Aku tak rasa Rita tu akan perbesarkan hal rumahtangga dia kalau Aidil tu boleh give and take. Mengaku kesalahan sendiri. Well said, Rita dengan Aidil pon jarak umur boleh tahan jauh jugak kan. Kita pon tak tau apa masalah dalam sebenar mereka. Ni aku bagi pendapat secara general ye. Jangan kecam aku. Kang viral tak pasal. Haha.

1st, mungkin dari awal perkahwinan Rita dah treat Aidil takyah bagi belanja sangat. Means, takpalah ai faham kerjaya u baru nak bertapak. Mana yang ai boleh bayar, ai cover dulu. U fokus dengan latihan u ok. Tu pada pendapat aku. So Aidil dengan senang hati boleh lepas tangan sampai lah pada satu tahap tu dia memang tak teringat lah nak bagi duit belanja rumah, bills, duit kereta SEBAB dia tahu Rita berduit. Get it?

Tu dah jadi kesalahan pertama. Sebab,



Gituh.

Nampak macam easy tapi percayalah lambat laun si isteri akan fade up ok. Ehh macam aku sorang jelah yang bertungkus lumus menyara keluarga. So aku rasa aku dapat agak situasi Rita cemana. Sebab tu dia fight betul2 pasal nafkah anak2 dia. 

Well. Bukan nak cakap banyak la. Boleh lihat sendiri ada ke Nora Danish dengan ex husband dia bergaduh disebabkan tak bagi nafkah anak? Ada ke dengar ex husband Cheta tak pedulikkan anak2 dia dengan CheTa? Ada dengar cerita? Aku tengok happy life style lagi ada. Dulu kan ada CheTa cerita yang every year anak2 dia akan bercuti dengan ex husband dia kat oversea. Ex husband Nora pulak memang akan gilir2 jaga anak Nora si Raykal tu. See? Senang je. Jangan lupa tanggungjawab terhadap anak kau sudah. Kalau kau macamtu lah Aidil, aku tak rasa Rita tu meroyan sampai dia nak mintak kat kau ratus2 ribu. Chill la. Kau pon pernah sayang dia kan suatu masa dulu. Ada anak dengan dia pulak tu. Dah la anak2 kau tu lelaki. Kalau kau jaga perhubungan kau dengan anak kau dulu Insyallah Rita tu sejuk je. Takyah nak main tarik tali bagai.

Aku taktau lah kan kot Rita tak bagi kau jumpa anak2 kau before ni. But mesti ada sebab. Dah berbulan2 tak jumpa anak, alih2 call bagitau nak jumpa anak, nak bawak anak pergi jalan. Ehhhh. Aku ni sebagai mak pon rasa kau kenapaaaa? Baru sekarang nak jenguk budak2?  Instinct tu weh. Tak kiralah kau pemain bola busy sokmo mengalahkan PM. Habis, takde masa nak call anak selang sehari tanya khabar? Video call ke? Ehh banyak je social network kau boleh guna. Rita pulak bila Aidil dah berbulan2 tak jenguk anak mula lah kan, ok takpe, lepas ni aku tak bagi kau cakap dengan anak. Hahaha. Faham sangat dah perangai perempuan.


Sebenarnya satu je. Say SORRY. 

Tundukkan ego. Ikhlaskan hati untuk mengaku kesalahan diri. Slow talk dari hati ke hati. Aku boleh nampak, dalam hati Rita, dia still sayangkan Aidil walaupun ex husband dia dah bernikah baru. Pernah jadi suami dia kan, pulak tu ada anak dengan dia lagi. Dah la anak2 mengikut muka bapak. Sayang weh.

Aidil, pesan aku jangan abaikan tanggungjawab kau sebagai ayah kepada anak2 kau bersama Rita. Walaupun kau dah ada anak baru dengan isteri baru kau, tapi percayalah, tak luak sikit pon kasih sayang kau terhadap anak baru kau tu bila kau limpahkan kasih sayang kau jugak pada anak anak ko dengan Rita. Anak anak ni aset kita dunia akhirat. Dia yang akan mendoakan kita bila kita mati nanti. Tak guna anak ramai tapi tak mendatangkan manfaat terhadap ibu bapa. 

Rita pon tak meroyan la kalo kau tak abaikan anak2. 

Aku emosi ok pasal kes rumahtangga Rita-Aidil ni. Kerana salah satu keruntuhan institusi kekeluargaan adalah disebabkan oleh sikap bapa yang ambil lewa terhadap nafkah yang dia patut bagi untuk isteri dan anak2 dia. Tu satu. Lagi satu matang sikit weyyyy.

Sapa komen macam harem kat page gossip tu memang dia belum nikah dalam erti kata bulu ari2 pon halus lagi or memang dia tergolong dalam situasi macam tu. Semua benda dia tanggung. Hahaha. Nonsense. Jadi suami nak taknak walaupun umur kau muda, berfikir kena matang. Kalau rasa ilmu rumahtangga tak cukup kuat sila pi kuliah agama pasal rumahtangga takpon bukak channel 106 Astro Oasis dengar ceramah Ustaz Kasim Elias. Isteri tak betul, kau sebagai suami kena betul kan. Memang perit sebab isteri kau mulut boleh tahan melahar tapi kena ingat dalam ketegasan ada kelembutan. Insyallah isteri pon dengar cakap kau. Ada paham??










No comments: