life is beautiful

life is beautiful

Saturday, December 12, 2015

Dataran Centrio main basikal elektrik

Tempat baru ni weyy so meh la kita melawat kawasan. Kebetulan balik Seremban sebab kenduri kawin schoolmate. Malam tu takde benda nak buat ajak la daddy pi meronda kawasan. Duduk KL memang harapan musnah nak jalan malam... ni dah ada kat kampung halaman harus lah bawak anak bujang beta tu berjalan. Happening jugak ye Seremban malam2 ni. Riadah petang tak ramai pulak maybe musim jerebu kot sekarang. Tapi Aqif jelah pasal dareez dah ketiduran. Letih lettew. Bujang kecik tu memang bangsa tidur awal.


Motor kaler pink jambu takleh tahan. Hahaha
Supaa Duppa pon ada. 
Masuk RM10 kena cop kat tangan nak main berapa lama pon boleh.

Actually schoolmate kitaorang ada bukak booth kat dataran Centrio. Niaga beskal elektrik untuk budak2. Masyuk oiii hahaha. Datang bagi moral support. Disamping kitaorang boleh la entertain Aqif. Mula2 sangat kelakar ye. Tangan tokleh nak duduk diam asyik nak membelek je kerjanya. Orang suruh tekan pedal dan pandang depan dia dok lah tertunduk2 usik kunci la usik lampu la. Strees mak hang tau dak ajar hang. Nasib baik fast learner si bujang tu. End up baru teror bawak. Aku pon dengan senang hati boleh lepak tepi sambil monitor dari jarak yang tak berapa nak dekat. Kahkahkah. Gila koooo ramai manusia potensi untuk menculik budak adalah amat tinggi. mak bapak memang kena beware. Tak pedulik la orang nak kata aku mak yang poyo ke apa asyik ikut bontot anak janji anak aku ada depan mata. 

Sebab ada insiden masa main supaa duppa aku duduk tepi monitor Aqif. Dia pon memang akan cari aku sambil terlompat2. One time terserempak dengan abang angkat jaman jahiliah dulu. Sambil borak sambil jeling Aqif. Tapi nak jadi satu cerita tiba2 kan aku dah tak nampak Aqif kat mana. Melilau cari sambil calm down kan diri. Cuak jangan cakap lah kan ko rasaaaa. Then aku nampak Aqif tengah cari2 aku.. dia dah turun dari supaa duppa tu ye. Aku datang kat dia terus peluk dia dan dia macam cuak. Tak pernah seumur hidup aku nampak muka dia macamtu punya takut. Aku peluk dia then tiba2 Aqif terus nangis. Ya Allah macamni lah kot perasaan budak hilang dari mak bapak. I know.

Sampai sekarang aku tak pernah cerita kat daddy. Betapa teruknya aku rasa sebagai ibu. Hmmm.

Eh tersedih pulak. Matiks lah kan kalau daddy baca belog sendu ni pecah rahsia ai. Ada benda kena simpan ada benda kena cerita gitew. Jom la ramai2 memeriahkan dataran centrio. Roller blade ada, beskal elektrik ada. Macam2 basikal ada. Pening aku melihatnya. Yang tak pernah tengok pon ada ye. Kreatif2 sungguh peniaga2 sekarang kan. Tinggal keluarkan duit jelah nak main benda alah tu semua. But make sure jaga anak2 anda elok. Tak boleh culas mata ke tempat lain. Mesti kena monitor doplohpat jam. Sebab memang ramai orang. Dengan motor basikal bersimpang siur. Fuhhh. Ini tak boleh nak datang selalu. Menggalakkan anak tido lambat malam2. Hahahaha.






No comments: