life is beautiful

life is beautiful

Monday, October 26, 2015

Gambar Lama

Hai peeps! How's today? Monday blues kah? Hihihi. Kita rileks je ye. Pasal kat workstation aku sekarang ni tengah server down so boleh nak mencurik masa menjenguk belog sendu macam tuan dia jugak. Hari ni terlebih2 rajin, masakkan sup tulang untuk kawan2 kat ofis. Alhamdulillah hari ni rezeki rimau aum aum. Soto ada, nasik lemak foc ada, kuih tat, pisang goreng, rendang perut. Syukur Malaysia masih tidak kebuluq. Hahaha. 

Bukan itu yang aku nak cerita. Tadi saja transfer gambar yang ada kat memory card ke pc. Banyak sangat gambar pening kepala aku. Ikutkan nak je delete gambar merepek2 tu tapi memandangkan banyak yang belum di cuci lagi so semua pon kena hold. Nyampah. Ni aku dah buat filing. Ada rezeki lebih nak cuci gambar mana yang berkenan kemudian terus delete. Buat habis memory card je. Dengan thumbdrive nya lagi. External disk dah corrupt tu yang file semua jadi berterabur. Oklah masuk kat dalam diary nak beli external disk. Noted.

Tengah select gambar terjumpa pulak gambar ni,


Hahahah lupa tahun bila tak silap 2008/2009 kot. Kelas kan bergambar dengan ahkak BCL ni mana nak cari duduk rapat2 githew -_____-  Time ni bujang tra tang2 lagi la kauorang tengok kurusnya hakuuu. Hadoi menitik airmata nak dapat figure macam ni balik. Boleh berperang dengan makanan tiga bulan. Hahaha. Gambar yang kat atas tu hang out dengan ofismate. Dua daripadanya budak rumah. Ni akak2 ni ye. Maklomlah aku masuk kerja gomen umur berapa pulak kan. Mostly batch aku time tu umur dalam 25/26 so aku la yang paling muda.

Yang pasti masatu tak pandai nak melawa lagi. Wuwuwu. Eyeliner, eye shadow, mascara tak reti pakai lagi. Slowly belajar. Tengok la tudung pon bawal sajok. Sebab bawal power. Kahkahkah. Baju pon blouse brand nicole je kan. Hahaha. Tak reti hokay. Tapi biasalah, sedangkan sekali air bah pantai pon berubah inikan pulak manusia. Haruslah perbaiki diri nak nampak elegen. Wahhh ayat tak tahan. Elegant sangat kau ni padahal dulu dengan sekarang samo je. Yang penting ai dah pandai pakai eyeliner. Boleh lah soroks sikit mata sepet tu.


Haaa yang ni gambar iftar tahun 2010 betul2 sehari lepas aku habis PLKN. Pagi daddy ambik kat stadium Shah Alam (masa tu tunang lagi), then rehat kat rumah a whole sebab demam then esoknya iftar bersama diaorang. Kemudian esoknya pulak shopping kat Jalan TAR, baruuu balik Seremban untuk beraya. Hahahah. How i missed my zaman bujang. Rasa macam wahhhh sukati kau je kan. Kahkahkah. Zaman tu duit sukati diri sendiri je nak keluar. Tak beringat nak nyimpan langsung. Ishh tensi dengan diri sendiri.

Yang ni lagi rare,

Aku tahu kalau aku suruh teka pon kauorang memang dah tau yang mana aku khennn. Hahahah. Ni zaman habis UPSR tahun 1997. Lepas ambik exam, sekolah ada buat rombongan ke Kelantan bayar RM30 jer sekali transport dan jugak tempat tinggal. Murah gilos! Kitaorang bergambar kat depan masjis Terengganu tak ingat masjid mana yang aku tahu dia terapung. Aku cari jugak mana lah aku taruk album gambar aku yang lama2 dulu masa zaman duduk Mantin... ternyata lost in somewhere. Maybe masa pindah Seremban itu hari aku tak kemas betul2. Actually banyak barang aku yang tertinggal kat kuarters Mantin tapi nak buat macam mana nak ambik pon tak guna sebab rumah tu dah semak samun jadi hutan kot. Sedihnya! Ni gambar diaorang post kat group facebook sebelum kami aktif kat WA. Masih keep in touch lagi cuma aku jela tak rapat dah sebab diorang ni semua memang rumah kat Mantin. Aku je yang dok jauh sikit. Heee.









No comments: