life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, October 06, 2015

Graduate

Alhamdulillah setelah berkejar kejar tiap tiga Ahad yang lepas maka dengan ini aku dah habis belajar menjahit baju kurung tradisional uoll. Tepukk tepukk jangan tak tepuk. Gigih tau aku mengorban masa di hari minggu tanpa bersama suami dan anak anak semata nak merealisasikan impian aku. So sapa nak tempah baju kurung angkat tangan!!! hehehe

Ok ok aku takdelah teror bak hang pon. Rasanya kena asah bakat lagi. Tangan tak cukup seni nak oiii. Itu pon aku memang struggle ye supaya dapat habiskan menjahit dalam masa yang ditetapkan. Punya lah aku tekun sampai orang depan tegur aku buat endah tak endah. Nak kejar masa. Kahh. Ke kau sombong? Aku tak boleh nak extand masa kang nanti mengganggu jadual kami laki bini. Ni pon kesian kat daddy tiap Ahad berangkut anak anak dia pi balik SA sementara aku ada kelas. 


Ni aku suggest je, kalau nak belajar menjahit pergi la belajar kat Lynn's Craft. Terletak kat dalam Subang Square. Aku pon gugel2 je. Tengok feedback ok dan harga yang sangat berpatutan so kita try. Alhamdulillah dapat teacher yang superb. Bukan dia saja yang mengajar aku, anak anak pompuan dia pon teror ye bab ilmu menjahit ni. Kagum aku sejenak. Masa slot aku tu memang yang belajar pon zero basic so kira aku bernasib baiklah sebab reti menggunakan mesin jahit. Hahaha. Dan dan tu jugak mengada survey harga mesin jahit elektrik. Yang cikai taknak ye sebab tak suka renyah2 ni. Hahaha dasar tak sedor diri budak baru belajar.

Tu dia hasil belajar kelas selama 3 hari, nak kata perfecto takdelah kan kata baru belajar. Insyallah nak booking slot yang akan datang. Nak belajar buat baju melayu budak pulak. Hehehe.






No comments: