life is beautiful

life is beautiful

Friday, October 23, 2015

Jerebu Kuning


Kauorang tengok dia punya kaler. Takuittt. Ni gambar Isnin hari tu 19.10.2015. Tak silap aku dalam tengahari kot. Pitam tengok sebab time tu nak pergi kerja. Hahaha ngadap jelah kan jerebu yang entah bila nak hilang. One day nampak macam ok, kemudian teruk balik. Budak sekolah yang paling heaven. Eh heaven ke? Kekeke bukan kauorang tengah pening kepala nak jawab final exam ke? Dah la cuti pelepasan sebab jerebu je memanjang. Haa cuti tu cuti lah jugak tapi yang cuti pi main kat luar rumah tu dah kenapa? Duduk rumah kan elok. Pening kepala aku budak2 kat area rumah terjerit terpekik main futsal kat bawah rumah. Tu siang takpa la. Ni malam pon dia nak main jugak. Grrrr. 

Haa cerita pasal jerebu ni sedih ai tahu tak. Tiba2 mata macam sakit pedih2 then merah. Pagi tadi bangun rasa kesat je. Eh jangan macam2. Aku dah takde pakai2 lense lagi tau. Gigih setiap masa pakai spek nerd ni je. Hahaha. Ni lagi satu,


Tiba tiba naik seketui jerawat betul2 kat batang hidung. Waaaa. Dah la sakit lepas tu mengganggu ketenteraman wajah sungguh. Eh ai mana biasa jerawat besau seketui lagu ni. Selalu pon jerawat manja2  je nak tumbuh. -__- Semua penangan jerebu la kan. 

Salahkan jerebu pulak. Dasar perempuan. Hakhakhak. Takpalah, Allah turunkan jerebu supaya kita insaf sikit. Selalu hirup udara segar je lepastu bongkak diri, tak sedor diri macam la baguih sangat. Ni ujian secoet je dah mula nak meroyan. Ishhh. Sabar eh. Insyallah tak lama lagi elok la tu udara kat Malaysia ni. Cuma kesian kat budak2 la. Dareez dah le gatal2 sokmo. Ni time jerebu lagi naik gatal2 dia. Sengsara je tengok dok tergaru2.







No comments: