life is beautiful

life is beautiful

Friday, October 16, 2015

Short vacay : Grand Lexis PD

Antara tempat yang termasuk dalam list percutian bajet aku adalah kat sini. Tak dapat honeymoon berdua, kita honeymoon dengan anak anak pon ok. Hahaha. So memang aku gigih survey harga thorbaek since lepas raya hari tu. Dapat pulak daddy memang cakap dia nak bawak kitaorang sefamily bercuti tapi taknak jauh2, nak yang dekat2 dan yang paling penting sekali mesti ada swimming pool. Nahhh, aku berikan cadangan yang bernas yang sering berlegar didalam kotak fikiranku.

Booking bulan September, gigih ye harung Matta Fair hari tu. Dapat la harga kurang RM100+ daripada Agoda. So total up include 2 pax breakfast harga dalam RM630. Murah lah kan. Hahaha. Nak bercuti tapi nak jimat kos. Betul. Perancangan kena ada. Sebulan sebelum bercuti aku dah prepare itinerary dan jugak estimate perbelanjaan untuk kitaorang kat sana. Ecehhh macam nak poie over the sea je kan padahal dekat sekentut je dah sampai. Hahaha.  Takpa, permulaan kepada kehidupan yang berjaya adalah disebabkan oleh perancangan. -___-

So nak dikatakan percutian kali ini berjaya walaupun tak dapat makan ikan bakar yang superb meletop pom pom pom ittew T___T Aaaaa perlu repeat next time ye. Maklomlah anak anak bila dah penat takdan tunggu malam, petang tu jugak Dareez dah tido.

Gerak dari KL dalam jam 1100AM macam tu. Lama tak jejak PD oii rasa teruja tu melampau lampau hahaha. Masa lalu kat highway teringat kenangan masa belajar dulu. Betapa lamanya dah aku tinggalkan poli. Teringat memori dengan budak2 poli. Mana yang kaki jalan macam aku gak. Rupanya dah ada highway baru nak ke poli terus. Wahhh kagum aku. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu.

Nak bagitau ye, check in Grand Lexis pukul 400PM so memang dalam jadual pergi lunch dulu dan jugak jalan2. Disebabkan sampai pon awal so meh kita ke Ostrich Farm PD. Kids below 90cm masuk foc. Yang adults seorang RM13. Eh Aqif dengan Dareez suka kot. Kauorang tengok lah tu betapa riangnya hati mereka dapat naik kuda, kejor anak ayam sampai anak ayam pon lari lintang pukang Dareez punya kerja. Yang tak boleh belah Aqif dengan selamber feed kan apa menatang yang macam biawak tu makan betik. Ehh suka kau je kann.















While waiting Aqif ride little pony. Sempatttt =)

Kitaorang pi lunch kat satu restoran ni, Restoran Kulit Kayu Manis. Review dalam blog pom pom meletup tapi bagi aku so so je. Maybe datang pon dah lepas lunch banyak lauk yang dah habis. Kebetulan semalamnya dah pekena daging salai kat Salero Nogori jadi tekak tu dah tak rasa nak makan gulai lemak. Restoran ni berdekatan area Grand Lexis jugak. 



Tak boleh tahan hati meronta ronta sebab dah nampak signboard GL so jomlaaaa kita masuk manatahu kot boleh check in awal. 


View dari pintu masuk.

Toilet besau. 


Kitaorang book suite Deluxe Garden Living. Means pool dia tak berbumbung. Ingatkan boleh la nak tukar pool yang berbumbung masa check in, rupanya semua fully book. Demm. Walaubagaimanapon ini dah okay. Elehh empat beranak je yang nak book bilik besau2 pasaipa? Nak lari berkejaran ke? Kekeke. Aku lah tu hasut daddy supaya takyah book bilik memahal. Plan asal nak bilik yang ada pool je kannn. Dasar pendekut.









Angle semua sama je kat area pool. Hahaha nampak sangat pakai self timer. Ehhhh habis nak suruh siapa snapkan pic happy family cenggini ye tak? Dah la anak anak bujang ni kemahin susah sekarang nak snapkan pic. Bajet retis betul lah.


Ni lah villa atas air tu. Yang kat lantai boleh tengok laut. Kekeke
Laut PD je ponnnn so takyah expect air dia kaler biru ye -______-


OOTD lah kunun








Actually ada macam2 aktiviti yang kita boleh buat kat sini. Berbasikal, memanah, ada jugak pool yang jenis slide, kat area Lexis pulak ada tempat untuk budak2 main remote car, basikal elektrik untuk makpak budak. Eh macam2 lah cuma kitaorang je takdan nak join. Maklomlah anak2 tak cukup umur lagi untuk aktiviti seperti itu. So harus repeat next time.

Before balik Kl, singgah jap kat pantai area pekan PD. Kena tunaikan la hajat Aqif yang nak main layang2 lama dah kot. Best la area sini.. memang cari port tak ramai orang. Then ada satu pentas boleh karaoke, boleh rent kuda dan lain lain. Aku taktahula nak describe area ni kat belah mana. Yang aku tahu tempat ni tanah lapang tapi tak banyak kedai. Tepi laut, berdekatan dengan simpang traffic light nak masuk ke area pekan PD. Gitew la. Dulu masa kecik pernah pergi sini sebab ada fun fair. Hehehe.




video

video

Begitulah berakhirnya short vacation kami. Tak jauh tapi best sebab ada pool dalam suite then tak payah nak cover2 your aurat. Hikhik. Tu penting, tapi yang terpaling penting sekali takyah pening kepala nak turun naik pool, teruih kebusss terjun sajok dari atas katil ke pool. Kahkahkah ok tipu. Sekian laporan wartawan dari tempat lokasi. Bai!











No comments: