life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, November 17, 2015

Boleh ek IG kena report?

Isu panas untuk hari ni. Bahaha

Actually kawan aku ni mengendalikan online bisness thru IG dan jugak FB. Alahh bukan bisness juta2 pon kan. Dia jual handbag... barang baby sikit2 serta kasut. Modal takde lah banyak mana tapi bak dia kata Alhamdulillah dapatlah menampung sikit2 perbelanjaan sekeluarga. Takat nak beli barang sendiri tu lepaslah. Takyah minta ihsan suami. Hehe.

So tadi dia up status kat FB mengatakan IG dia kena block. Ada orang report tah ape bende tah tapi something like that la. Orang tu report yang kawan aku ni ada guna gambar dari sumber dia. Contoh macam ko buat belog kemudian kau cedok gambar dari belog/website orang tu tanpa permission. Gitew.

Wahhh macam tu pon ada ke?

Kita rileks2 sudah. Kawan aku tu bukan bisnes besar mana pon seperti yang aku cakap kan tadi. Follower pon baru +1k so tak gempak vava vom. Baru nak menapak. Bila jadi macam ni patah hati dia. Nak kata redho memang lah redho. Tapi adakah redho itu redho yang ikhlas? Sedih kot hasil titik peluh dia since last year kumpul2 follower, upload gambar bagai ko hingat mudah? Nak promote lagi. Wuwuwuwu kalau aku tuh nangis jugak ah. 

Cuma macam ni lah, kalau rasa kawan aku tu guna gambar kau, apa salahnya try to DM dulu ke. No fon ada kan so try whatsapp ke apa kasi settle. Ini dah macam menutup periuk nasi orang. Kawan aku kata maybe dari oversea yang pedajal dia. Takpalah maybe ada hikmat kan. Adalah tu Allah bagi dugaan macam ni, IG kena block, maybe nak suruh usaha ke arah jalan yang lain. Mana tahu kot hijrah kali ni membuahkan hasil yang berlipat kali ganda. -___- Ayat nak sedapkan hati. Hihi.

Sudah lepas kawan aku ni up status kat FB, dah berderet lak kawan2 yang lain up status ''DO FOLLOW MY IG'' hihihihi oklah ramai gak kawan2 aku ni berniaga online. Jual kek lah, bukak butik lah, jual baju jangan dicakap, ramaiiii. Tudung lagi jangan tak tahu. Eh kain pasang jangan dilupakan. Hihihi. Semangat diaorang ni kagum aku. Aku? Erm. Nak jual jugak tapi malu. Kahkahkah. Ehhhh kau kenapaaa?

Ok nanti aku dah jual sesuatu nanti jangan lupa beli okeh. Jangan risau, aku jual benda yang parents perlukan. Heeeee. Memang nak taknak kena beli jugak lah. Wahhhh tak boleh belah promote.

So aku tunggu camane dengan kes kawan aku ni. Dia dah email pihak IG. Taktahu lah cemana result dia. Harap2 ok. Dah la aku verangan2 nak beli handbag dari dia. Boleh bayar installment itu yang penting. Aku ni beli handbag setahun sekali pon belum tentu. Kahkahkah. Bukan kedekut cuma sayanggg nya duit. Beli makanan lagi best. Kenyang perut suka hati. Kalau beli handbag aku sorang je lah yang senyum meleret leret sendirian.  T_____T


p.s: Aku wonder cemana dia boleh tahu yang kawan aku ni pakai gambar dia? Sebab #hashtag ke apa? ke dia tersengaja scroll2 kemudian nampak gambar dia orang guna? ke cemana? mohon penjelasan sebab ai bukan pakar IT pon bukan online seller. Hakhakhak.









No comments: