life is beautiful

life is beautiful

Monday, November 30, 2015

Cerita eczema dan jugak Klinik Dr.Saiful

Dareez memang ada masalah gatal2 before ni since lepas dia umur setahun itu paling obvious. Before ni standard time menyusu memang jenis berpeluh kat kepala. Sambil menyusu sambil garu kepala. Habit ke apa tapi itulah benda yang dia buat sejak baby. Masa baby ada lah ruam sikit kat pipi dan jugak kepala. Tu takpa lagi sebab sapu je krim gatal dalam 2,3 hari surut dah. Benda ni on dan off. Tapi tak teruk.

Sampai la kejadian jerebu yang melanda negara baru2 ni (cewah ayat kauu).. Rashes tu takde main kat pipi ok. Terus tiba2 kat kepala dia naik banyakkk biji2 macam jerawat. Tu satu, yang kat celah kangkang lagi, leher, pelipat siku dan jugak lutut. Gatal jangan dicakaplah, aku tengok pon rasa meh la transfer ke ummi gatal awak tu. Dia punya menggaru tak agak2 ye. Sampai nak tido pon suruh aku garu. Tapi aku takde lah garu pakai kuku sebab kita tahu kan kuku ni bisa. My optional lapik sapu tangan then usap2 kat tempat gatal.

Ada beberapa malam dia tak lena tido dok merengek sebab gatal. Gatal dan jugak merenyam ke apa tak tahu la. Dia punya masalah bawak ke hari ni ok. Aku pi klinik biasa, doc bagi ubat gatal biasa tapi tak lut. Cuma ubat minum tu yang membantu Dareez untuk tido lena sepanjang malam. Aku memang dah syak ini tak lain tak bukan anak aku kena eczema. (sebab aku google dan baca review orang)

Doc pon cakap benda yang sama cumanya dia tak boleh nak explain kenapa. Maybe susu, makanan or debu/habuk. Kena try and error. Baru2 ni dapat tahu Dareez alah pada ikan bilis. keropok ikan dan sesetengah ikan. Hahaha ada pulak testimoni ye. Itu baru tahu sebab lepas je Dareez makan cokodok bilis  mak dia buat dalam beberapa jam naik teruk koo dia punya rashes. Merah2 tokleh belah. Dan kalau nak tahu Dareez ni pencinta keropok ikan uolls. Aku memang buat stok kat rumah. Goreng siap2 setupperware buat ulam makan dengan nasik. So memang tak expect keropok ikan tu menyumbang kepada masalah kegatalan dia. Hihi. My bad.

Aku tak terfikir pon anak bujang kenit ni boleh terjebak dengan eczema. First, aku laki bini dan jugak Aqif takde masalah kulit. Families yang lain maybe ada cuma tak obvious. Tu pon baru tahu bila mak aku bercerita. Aku pon lupa. Yelah benda2 macam ni aku kecik lagi kot dulu mana nak amik port adik kena gatal2 ke apa. Hahaha.

Before ni guna krim yang murah2. Name it... betnovate, zaricort, calamine, sebamed, moo goo, buds semua dah pernah try. Elok memanglah elok tapi esok lusa dia naik balik. Keciwa iolls sebagai mak. Paling tokleh blah beli krim Moo Goo dah le mahal yakmat then langsung tak guna sebab krim tu buat Dareez lagi berpeluh. Dah berpeluh terus buat gatal lah kan. Haishh. Ni aku google2 baru tahu yang krim hujung2 nama dia _cort, _nate tu semua ada steroid. Memang cepat elok tapi tak sesuai untuk baby. OMG. Kesian anak den.


Yang ni aku dah tak boleh tahan. Dia punya kulit dahi tu dah macam rupa hape. Tak sehalus kulit baby langsung. Tu dahi ye, kat celah kangkang aku tak tunjuk lagi. Kang tunjuk pitams lak hahaha. Itu pon satu, kejap dah elok, lama2 jadi balik. Takkan aku nak pakaikan napkin. Rajin benau lah ummi dia khennn nak membela. -____________- Eleh kutuk ai lah tu. Naks eribu dalih ye dak.

Walaupun Dareez rashes macam ni, Alhamdulillah takdelah dia merengek sampai nangis like that. Paling win pun malam2 dia suruh kau garu kat tempat gatal. Mendapat la ummi kau tak cukup tido.

Actually hampir sebulan dah pakaikan Cetaphil cleanser dan lotion. Alhamdulillah berkesan memang berkesan. Rashes jadi makin elok tapi macam biasalah dah nama lotion, bila time panas Dareez ni dok garuuu je. Itu yang kat dahi tu kejap on kejap off. So kawan aku suggest pergi jumpa pakar kanak kanak supaya masalah Dareez ni dapat diselesaikan dan kita lebih tahu rawatan mana yang sesuai untuk dia.

Last week balik Seremban singgah Klinik Pakar Kanak Kanak Dr. Saiful.



Sabtu bukak jam 1100am sampai 400pm. Nasib sampai before 12 so rezeki Dareez dapat jugaklah nombor. Lepas daripada tu nak register pukul 2 petang karang. Tengok punya lah ramai orang. Aku pandang daddy, daddy pandang aku. Dalam hati masing2 berdoa semoga cepat lah turn kitaorang. Paham sangat dah perangai masing2. Best jugak klinik ni walaupon dok kat area Kajang yang jammed macam harem tapi overall aku suka sebab ada satu sudut untuk kanak2 bermain sambil menunggu. Takdelah boring ye tak? Kang sat g berlari sana berlari sini terus aku jadi mak kau hijau. Ini ada mainan leka lah sikit budak2. Mak bapak pon boleh tunggu dengan senang hati.

Dr. Saiful kan soft spoken je ok. Consultant thumbs up. Dari daddy yang aku cakap dia memang susah nak percaya, tapi bila Dr.Saiful bagitahu benda yang sama aku bagitahu dia barulah dia absorb dalam diri. Padahal before ni berbuih mulut aku nak yakinkan dia. Doc suggest Atopiclair lotion tapi disebabkan stok dah habis so dia bagi krim Efficort dan jugak ubat minum.

Actually krim tu ada steroid so kena sapu nipis2 bila perlu. That mean bila rashes tu betul2 merah baru boleh sapu. Kalau tak, teruskan pakai Cetaphil or nak tukar boleh pakai Atopiclair.



Kita tunggu result dia seminggu ni. Buat masa ni nampak much better than last week. Merah2 rashes semakin beransur elok. Cuma ada sesetengah part Dareez still gatal2 lagi.

Kemon dikkk.







No comments: