life is beautiful

life is beautiful

Thursday, November 12, 2015

Dating tak proper memang macam ni lah

Macam biasalah kan asal dating je mesti hari tu beli barang dapur dulu kemudian pi makan dan jugak tengok wayang kalau sempat. Harap bertabahlah untuk beberapa tahun ye. Tak zabar nak spent one day pi shoppinggggg je...makannnn je pastu jalan jalannn je. Hahahaha hebat sangat angan2. Bak kata Daddy, Insyallah soon. Tunggu anak2 boleh behave diri masing2.

Dan macam biasa jugaklah kalau dating tu tak lain tak bukan sebab ada movie baru keluar. Kalo tak, memang jarang le ngko nak jejak mall berdua laki bini ni. So sapa dah tengok Spectre angkat tangan laju2? Ai dahhh. Hehehehe. Gigih online ticket sebab taknak beratur panjang kan. Apa guna beli henpon canggih tapi buat snap gambar sajok. Kebiasaan urusan online booking memang aku la.


Lepas tengok wayang joms makan. Aku lately ni agak mengidam steak dan jugak western food. Macam muak nak makan nasi. Elehh tak sedor diri darah dalam badan tu darah melayu. Tapi betul la. Last week dah steak. Last two week pon steak jugak. Keluar ni pon nak makan steak jugak sampai Daddy pon aku paksa makan. Padahal dia tu manalah suka western sangat. Eh suka jugak la tapi ikut kesesuaian. Sebenarnya dia nak makan nasik. Habis tu nak buat lagu mana? Salahkan la tekak ai ni. Dan buat pengetahuan kauorang ai tak pregnant. Hahaha. Biasalah kan asal mengidam makan je orang dah fikir ngandung ni. So typical. Opss.

Buat masa ni untuk 3 tahun yang akan datang Insyallah belum nak ngandung sebab ai kan dah cocok implant ;p Tapi manalah tahu kuasa Allah kot jadi pulak ngandung ai redha jela. Anak tu kan rezeki. Oooo tak pernah bagitau eh aku ada amik suntikan implant untuk family planning. Hikhikhik. Ada amik awal tahun hari tu since Dareez dah berhenti susu badan.

Alaa biasalahkan setiap family sure ada family planning sendiri. Jangan macam2 nak kutuk eh. Buat pengetahuan kauorang, nak pakai susuk lengan ke, iud ke, makan pil perancang ke apa MESTI mintak keizinan suami. Tu basic dalam rumahtangga. Aku ni sebelum buat keputusan nak pasang implant siap talk one by one dengan Daddy tentang apa kebaikan dan keburukan dia. Insyallah takde pulak yang terjadi bukan bukan kat diri aku. So far selera makan tak mencanak naik. Jerawat boleh kira dengan jari nak tumbuh kat muka ni haa. Normal je takde apa2 perubahan. Hahaha. Sebenarnya benda2 ni ikut ketahanan dan kesesuaian diri masing2. Ada orang tu berat naik mendadak. Period non regular cycle. Eh macam2 lah. Hang pi gugel tengok sat cane. Kang aku cite pungpang pungpang kauorang ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Penat ai menaip. Hahaha.

Eh apa ni melalut pasal implant pulak ni. Matiks lah.














No comments: