life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, November 04, 2015

Kawan baik memang jumpa setahun sekali -___-

Hai! Buat apa tu? Isnin kan aku ambik MC dengan alasan cirit birit dan jugak sakit mata. Sedih ok mata ai asyik gatal since jumaat lepas. Gigih tak mintak mc kat doktor jumaat tu dengan harapan sakit boleh baik. Last2 berlanjutan sampai Isnin. Dengan cerry berry dia. Sakitnya tuh dijiwa ok. 

Alang2 dah MC aku ngajak mommy gojes keluar. Tak dulik diaorang tu banyak kerja ke tak sebab ai dah rindu tahap nak pecah kepala. Banyak sangat input tak keluar2. Dok pendam sampai bila? Kahkahkah.

Sejak raya lepas baru sekarang dapat keluar dengan aman. Yelah ko masa beraya kat rumah Sha tu dengan ramainya orang... dengan anak tak reti duduk diam. Tak senang mak2 ni nak gossip. Heee.

Sampai je Mid Sha cakap brunch dulu kat Pancake. Amboiii senak perut den nak menghabiskan pancake dua keping je pon. Sebenarnya pagi tu dah teman Daddy breakfast kat rumah. Aku ni mana boleh tak buat breakfast dulu. Kang bekal anak kat rumah mak dia nak kena buat jugak so sekali jalan lah kan buat untuk Daddy. Dah plan taknak breakfast dulu sebab nak makan pancake kahkahkah. Amboii bab makan semestinya no.1. Last2 terjebak. Laki cakap ayang makann, aku pon oklah kita makan. -___- barulah nampak macam isteri mithali.

Brunch je dah dekat dua jam hahahaha lebih borak kauorang jangan tak tahu. Maklumlah berapa lama tak jumpa. Haruslah banyak benda nak kena cerita. Dah brunch baru boleh shopping2. Sikit2 je sebab nak cari pacifier Dareez dah hancur dia gigit. Pelik aku. Time Aqif tu lawa je semua puting dia. Dapat ke anak kedua ni ya ampun lain sangat perangai. Pitams ummi dia. Dareez tu dalam diam diam berisi ok. Nampak je manjes2 gituh tapi hakikatnya hamboii dia lah yang suka menyakat abang. Suka merajuk tu paling win setakat ini. Bagi susu lambat pon dah merajuk siap paling muka lagi tauuu. Gigit pipi kanggg.

Eh apa cerita kelaut ni.

Selesai shopping2 sikit [ermm barang anak je yang kitaorang nampak] baru decide lunch kat mana hoi. Hahaha. memang dah plan kali ni keluar tak kira makan mesti 5 kali. Kahkahkah. Padahal Ecah dah cakap nanti nak balik sebelum jam 4, MIL nak datang rumah. Sha kata NY Steak Shack so so sebab pernah makan kat branch IOI City Mall. Daging keras tapi mashes potato thumbs up. Takpalah kita try pulak branch kat Mid ni ok ke idak.

Post gambar kat IG link dengan facebook kemudian yang lain sentapz sebab tak hajak. Heeee maaflah kauorang ni pon unexpected planning. Ikutkan hati nak jeee ajak siapa2 yang berada berdekatan dengan kitaorang join sekali. Cewahhh kalau macamtu dah kira small reunion ye tak. Ini geng mommy gojes so ni jelah yang ada. Pipi tembam berpisah tiada. Trademark dari dulu sampai sekarang cemana nak surut pon tak tau.

Haa cakap pasal reunion baru teringat apa cita reunion akan datang #smtkksekolahtercinta ni? Sepi je takde update2. Daddy takde cerita apa pulak kat aku. Jangan nak pompom meletup sangat boleh tak idea nak bermalam tu. Dinner je sudah. Kauorang pon borak je lebih nanti percayalah. Kahkahkah.


Aku order striploin, Ecah punya ribeye, Sha makan pasta tapi tak sempat nak ambik gambar dia dah ngap dulu. Oklah not bad. Sebab bergantung kepada pemilihan cara masakan yang kauorang nak. Macam aku pilih well done, memang well done sangat ngko. Keras sikit daging dia. But overall is okay. Kenyang sampai nak tercabut butang seluar lah wa cakap lu. 

Kat sini pon sama, selagi salah sorang tak panggil waiter nak bayar memang tak berganjak. Tak hape je topik nak dibincangkan macam tak jumpa kat whatsapp pulak balik nanti, Hahaha. Eh biasalah kan orang perempuan cerita pasal langsir pon jadi isu. Maklumlah kerjaya sebagai mak dan jugak isteri merangkap pekerja kepada bos masing2 memang macam ni lah. -_____-  harap maafkan kami.

Tulah nak cakap. 
Plan nak keluar ni pon macam2 kena soal sebelum mendapat keijinan dari pihak suami masing2. Daddy lagi sakit jiwa aku dengan jawapan dia. Ada ke dia cakap takkan keluar pergi Mid dekat sekentut je dengan rumah kita. Pergi lah The Curve ke, Kidzania ke boleh bawak anak sekali main kat sana.

Ehhhhh?? Boleh pulak jawapan macam tu. Itu baik aku bawak dengan dia dia sekali. Hahaha. Sudahnya aku, Ecah dengan Sha berpecah sebab nak kejar anak masing2. Kahhhh. Amer lagi laa tak boleh belah, dia cakap kat Ecah, awak suruh jelah diaorang datang rumah kita makan makan. 

Hadoi pitam aku dengan jawapan dari laki masing2. Sha je yang sempoi siap Rbok suruh pi spa lagi untuk releasekan tension. Wahhh betul2 sangat memahami jiwa Sha yang penat jaga anak weekdays.


Cerita tak habis kat situ. Kan aku cakap keluar kali ni harus 5x makan. So jom ke Magnum Cafe kat tingkat atas for dessert. Sebenarnya perut dah hampir nak meletup tapi sebab dah plan last sekali makan aiskrim ye. Sanggup order plain water sebab kat kepala otak masing2 terbayang2 kesedapan, kedinginan eskrim magnum. Oh nomnomnom. Menternak lemak lah sehari ni.

Muka masing2 ceria dapat aiskrim. Mata aku tu dah kenapa jelingan maut macam nak kena penampor. So gitulah penutup cerita kami. Jarang sangat jumpa tapi bila dah jumpa, tak cukup masa nak bercerita. Masing2 ada benda nak dikongsi dan diluah. Kalau boleh nak pillow talk hahaha. Masa zaman anak dara dulu tak merasa pillow talk bagai. Now baru nak kedek2. Nyampah. Tunggulah nanti kami ada plan 2016 ;p



Kauorang yang mana?


















No comments: