life is beautiful

life is beautiful

Monday, November 23, 2015

Kursus Wellness, Cherating

Last week ada attend kursus kat Cherating. Semalam baru balik. Wuwuwu nanges aku baru first time terperangkap dalam jammed dari Highway Karak bawak ke Gombak. Agaknya macam tu lah situasi orang2 pantai timur balik dari bercuti di kampung kan. Serius sampai sekarang kaki, tangan, badan ehh semualah lenguh rasa macam nak marah orang je hahaha. Buat pengetahuan kauorang, aku still masuk keja seperti biasa walaupun semalam sampai KL pukul 1130 malam. Anak anak bujang? Haaa diaorang pengasuh bawak balik Pilah. Malam tadi tak balik lagi. Petang ni lah kot baru dapat jumpa. Rindunyaaa. Jangan kata aku, laki aku tu tiap2 hari berzikir kat dalam telefon suruh tanya kan khabar diaorang kat kampung. Ehhhh aku kan rimas ok. Sebab before ni pengasuh dgn anak dia cakap, kat Pilah takdo line internet, line telefon pon kejap ada kejap takde. So aku kan memang masa break je akan call budak2 tu tapi nan hado lah jawapannya. Yang laki pulak push2 suruh call suruh call... aaaaa rasa nak lepuk je tau. Hahahah. Haaa berani? Berani?

So best ke kursus tersebut?

Best sangattt sampai pinggang perut kaki tangan jari jari lenguh. Hahahaha. Dah kata kursus wellness apa lagi zumba lah kauorang. Bukan takat dia ajar exercise yang betul untuk setiap orang, dia ajar pulak lagi cara2 untuk merawat tubuh badan, simptom penyakit yang ada kat negara kita sekarang ni dan macam2 lagi. Coach kami, sis Adasandha Anuar. Her father pulak bagi lecture. Company anak beranak rupanya. Hihihi.

So far aku kagum dengan Adasandha sebab ya ampunnn her body such a damn beautiful figure. Kaki panjang dan jugak kurusss. Ok dia tinggi T______T. Aku dah bersemangat nak kecikkan peha batang pinang ni woih. Dan paling penting sekali dia sangat energetic, senyum selalu dan berpengetahuan luas. Sama macam bapak dia, Dr. Anuar Suun yang bersahaja masa menyampaikan lecture. Aku macam terpesona. Kahkahkah kooo kenapa?

Dah la jom layan gambar. Cerita banyak tak guna ye tak.
 Residence Inn, Cherating. 
Tak nampak laut ok -__-
Dan jugak 3***
Oh ya aku attend kursus ni dengan ofismate aku. Boleh dikatakan macam pisang goreng panas ye penyertaan. Aku memang nak pergi sebab aku nak belajar teknik2 yang betul untuk menjaga kesihatan badan. Hari2 call urusetia nak update senarai nama. Yang tak terpilih tu Insyallah next year HR buat lagi jangan risau. Maklomlah aku memang dalam program untuk  kurangkan berat badan. Takde ikut siapa2, aku buat sendiri. Bukan apa, macam yang aku selalu bagitahu, aku ni rendang, so potensi nampak tak berapa nak kiut bila aku berisi tu ada sangat tinggi. Hahahaha. Ehh betul apa. Nanti macam katik. Dan sebenarnya aku jugak tak selesa. Nanti penat je memanjang. Aku nak fit. Aku nak badan ringan dan yang penting SIHAT. Tak guna kurus tapi lembik, asyik penat je. Ada faham?
Seee? Dengan ketinggian 141cm berat aku 44.5kg. Aaaaaa mesti kurang lagi ni. Nampak tak ultimate goal Mac 2016 aku kena dapatkan berat badan 40kg. So mampu ke idak? Insyallah. Bukan saja pasal berat je ok, kat dalam list tu kan ada mention body age aku tua setahun dari umur sebenar. Not good walaupun setahun je kot. Makan kena jaga itu yang penting. Dah2 la tu makan merapu. Insaf sejenak bila Dr. Anuar bagitahu banyak orang Malaysia ni mati disebabkan penyakit jantung. T___T





Aktiviti berkumpulan dalam kelas. Layanzz.
Takyah nak stress2 sgt sebab kita nak have fun.





 Yang ni kena buat push up 1 minit. Hahaha sempuit mak enon. 
Ada result dia.
Yang penting plank aku orang kedua yang paling lama. Hoyehhh.
Habis tu dah hari2 training kat rumah plank, squat bagai eh haruslah teror. LOL




Yang special nya coach Adasandha Anuar ni dia ajar Aqua Zumba. Do u know? Haaa refer gambar diatas. Kehkehkeh. Berzumba tapi dalam kolam renang. Mampu?? Haaaa hongeh ye kalau nak tahu. Nak bergerak ke kiri ke kanan pun dah macam hape, inikan pula nak berjoget kat dalam air. Tapi ambil itu sebagai cabaran. Dan kami mampu mengatasinya. Coach Adasandha ni memang ada bukak class for aqua zumba. Boleh refer Facebook, IG dia search @Adasandha Anuar. Nanti kauorang tahulah schedule dia.



Konon2 convocation lah ni.

Sebelum balik KL kitaorang singgah Kemaman sebab nak borong keropok. Nasib lah kan dapat urusetia yang sporting. Eleh padahal semua kursus pon macam tu. Last day sebelum balik mesti singgah nak beli buah tangan. Memang dah jadi perkara wajib kot. Kihkih. Maklomlah masa dalam kursus nak keluar kemana pon tak sempat. First day sampai petang tu je gigih pi cari pantai Cherating. Hahaha. Alang2 kau dah sampai sini nak tak nak, kena jugaklah kan sedut udara laut. Barulah bila orang tanya, dah pernah pergi Cherating? Ehhh dahhhhh. Hahahaha tak kelakor.


Singgah sini. Satar dia sedap yakmat. 
So ada rezeki dapat datang lagi dengan family ke kan harus singgah sini.

Maka berakhirlah kursus aku pada tahun ini. Kiranya ini kursus penutup. Tahun depan Insyallah ada rezeki pergi kursus jauh2 akan ku hadiri jua. Anak2 dah besar sikit hati iolls senang la nak tinggal2. Cuma Daddy macam jeles je kan. Kihkihkih. Elehh aku pi kursus kot bukan jimba2. Kursus penat okk. Dapat Langkawi lagi mahu seminggu sakit badan sebab lama nau duduk dalam bas. Ni pi Cherating pon badan aku masih lenguh lagi. Memang kena lenjan doploh pat jam la. Dah kata kursus wellness. Hihihi.

Insyallah akan aku praktikkan segala yang coach ajar pada kami. Ilmu tu weh kena amalkan kalau tak membazil je attent kursus tapi nan hado. Aku nak sihat, taknak lemau badan. Hiks.

Gambar pemujuk hati.
Tengok laut dari jauh yolah. -___-







No comments: