life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, November 17, 2015

The Zaumar

Lama tak bercerita pasal budak dua orang ni. Sekarang dah makin bijak ye uolls. Asal bergabung berdua tah hape je yang diaorang buat. Tahu2 abang menangis sebab adik gigit. Tu satu hal, tiba2 tengah main sama2, abang lepuk adik sebab adik kacau mainan dia. Lepas tu ummi jadi mak kau hijau. Hahahaha.

Yang paling ketara sangat2 ni tak tipu ye, bila anak dah menginjak umur 3 tahun dan keatas, Insyallah semakin mendengar kata dan jugak arahan. Insyallah lah aku cakap sebab setiap anak perkembangan lain2. Ke anak aku je begitu, mungkin anak kauorang lagi expert siapa tahu. Ermm.

Aqif memang kitaorang panggil Aqif je takde abang, abang long dan sebagainya. Geli. Hahaha tapi mungkin suatu hari nanti bila dah beradik ramai mungkinlah panggilan tersebut akan dipraktikkan. So far bila ada berkaitan dengan adik, baru kitaorang akan bahasakan diri dia abang. 

Contoh ayat, 

"Adikkkk, kesian abang, jangan lah pukul abang."
"Salam tangan abang, kiss abang."

Like that. Takde semua situasi pon ummi daddy panggil dia abangg, abanggg. Hahahah. 
Malazz.

So Dareez sometimes panggil adik, mostly Ayez. Itu pon Aqif yang gelarkan sebab masatu dia tak berapa nak pandai cakap so pelat sokmo.

Apa perkembangan mereka?
Kagum dengan Aqif sebab dah boleh layan borak kat telefon. Hahaha. Sebijik sebutir susunan ayat dia. Kadang2 macam susah dia nak menyebutnya tapi bagi aku ok je sebab macamtu lah kot anak umur 3 tahun punya percakapan. Macam bertih jagung pon ada. Semua dia nak tanya macamlah ummi daddy kerja kat kaunter pertanyaan. Tapi aku layannn. Takdelah aku bagi jawapan yang merepek. Kena bagi jawapan yang boleh memuaskan hati dia sambil jawapan kau tu jawapan yang dia rasa logik. Kau punya penerangan tu kena jelas. 

Kalau dia tanya, ''ummi, buat apa tu? (sambil tengok aku tengah siang ikan)

So kau kenalah jawab macam ni lebih kurang lah, "ummi tengah bersihkan ikan, nanti ummi nak masak. kan Aqif nak makan. Aqif suka makan ikan kan? Nanti ummi masak sedap2''

Bahahahahaha. Punya panjang jawapan. So lepas tu dia tak tanya dah. Cuma dia akan cakap nak tolong. Nak tolonggg je. Hahaha pitamsss. Bila nak habis masak daaa.

Dareez macam biasa anak manja ummi dia. Aku tokleh jauh sikit dari mata dia kang nanti dia mencarik. Tu pon letih gak nak melayan. Buatnya tengah mood ummi kau swing kelaut memang kena marah jugak tu. Boleh dia kan tiba2 buat perangai merajuk dah nak duduk kat riba aku tokleh nak bergerak kemana. Hoiii bila nak masak, mandi, bagi abang awak makan ehh semualah. Tensi gak tu. Sebab lately ni Dareez sangat sangatttt cengeng. Time hantar rumah mak dia pon bila aku dah salam2 bye2 boleh pulak dia melalak panggil ummi, ummi. Aaaaaaaa pitams.

Kemudian kan dareez ada satu habit yang kau expect dia tak buat tapi sebenarnya dia buat. Hahaha. Suka curik gigit abang dia. Suka curik pukul abang dia. Dan jugak suka carik gaduh dengan abang dia. Again. Tanpa ada rasa bersalah dengan ekspresi muka macam takde apa2 berlaku padahal abang dah nangis dah tu. Boleh kannnn?

Tu lah anak anak syurga. Salah sorang takde sunyi gak rumah. Boring kang takde teman nak bergurau senda. Hari tu abang tinggal kat Seremban seminggu adik dah macam hape mati kutu takde geng nak lawan main. Yang abang pulak dok panggil nama adik. Eh eh tahu ye korang sayang menyayangi. -__-





Eh rindu pulak dengan mereka ni. Nak balik pleaseee. Hahaha.








No comments: