life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 18, 2015

Ada apa dengan Star Wars?

Aku kan macam pelik sikit ah... best sangat ke Star Wars tu sampai ramai gila dok upload status kat FB kata tak zabar la apa la itu la. Heh. Best sangat ke cuba kauorang bagitahu sikit sapa yang dah tengok tu. Best ke??

Aku memang tak amik port kot hahaha. Maybe sebab aku tak minat filem sains fiksyen dan yang sewaktu dengannya. Jujur cakap eh aku TAK PERNAH tengok movie star wars ni dari episod first sampai la yang tengah launching ni. Ada je kat Astro tapi tukar channel lain. Hahaha. Memang tak minat ah. Rasa macam membaziaq kalau pi wayang tengok movie macam tu.

Dulu zaman anak dara rajin tengok wayang. Asal movie terbaru keluar bergigil2 lutut ajak boyfriend keluar. Daddy lah kan boyfriend ai sampai jannah Insyallah. Hahaha. Dulu tak banyak aktiviti bersama macam sekarang. Asal dating mesti nak tengok wayang... tak kisah la movie dia kau tak minat janji dapat dating berdua dah seronok sangat lettew. Macam hampeh perangai.

Ada satu movie sampai sekarang aku rasa bongok gila... the day the earth stood still. Aaaa tolong lah... sebab Keanu Reeves berlakon terus ingat best. Masa ending tu kami pandang2 then gelak... adoii tak boleh terima. Kalau tahu la macam tu jalan cerita dia memang tak ah nak tengok. Tapi laki aku layan gak sains fiksyen ni. Macam Avatar dia cakap best gila. Rasa nak tengok 4,5 kali. Eh eh. Haa tu satu... orang kata best gila camnia cap eh [tunjuk ibu jari sikittt] tapi aku memang tak pernah tengok. Hahahaha sedih kan. Kat Astro ulang berpuluh kali aku memang tak ah nak tengok. Baik aku bukak channel lain... macam movie romance2 sweet like candy tu suka la. Hahahahaha bukan kata aku romatik nak mam. EH geli laaaa. Cuma aku suka movie santai. Movie yang berfikir ni pon suka jugak cuma kena tengok dia boleh go ke tak. Logik ke tak... saspen ke. Kan. 

Nak borak pasal movie, paling aku sukaaaaaaa sangat movie Italian Job. Ulang lapanploh kali pon tak boring. Dah tengok, tengok lagi... tengah masak pon boleh berhenti jap. Kahkahkah. Ok betul... aku tak tipu. Lagi, The Peacemaker... Angel & Demon... The Da Vincci Code... pon suka gak tu. Korang suka tak? 

Tahu tak kenapa aku suka sangat Italian Job tu? Sebab movie tu ada sentimental value. Meh nak cerita kat sini kang takut dah tua nanti lupa pulak... at least ada gak sumber yang boleh aku rujuk nanti. Kahkahkah. Aku ingat lagi itu la movie aku tengok sorang diri sebab bengang dengan daddy dia balik awal padahal kitaorang lama gila tak jumpa. Dia tak tahu cemana rindu aku kat dia time tu. Aku punya bengang terus book tiket terus masuk wayang.... pastu silent hp. Hahahaha macam biasa la kan saja nak buat orang tu risau dengan kita. Well masa tu aku kat Seremban dia kat Ipoh belajar. Hujung bulan dia balik Shah Alam aku balik rumah mak aku... plan balik hujung bulan baru kita dating. Wahh gitu. Boleh pulak kan dia turun Seremban jumpa aku... tiba2 bagitahu kita sekejap je tau sebab ada plan dengan kawan2 Shah Alam. Ekelehhhhh aku nak merajuk kang nampak nau aku hegeh2 kat dia. Tolong sikit ek.. ai jual mahal. :DDDD

So cerita la kenapa Star Wars tu hebat sangat? Aku selalu nampak DP orang pakai topeng hitam dengan putih. Tu sapa dia? Watak dia menarik ke cemana? Aku rasa jugak nak pakai masa kat ToyRus tapi maluuu. -____- Ko kenapa lak kan buang tebiat... laki aku tu kang dia punya melahar boleh tahan tiga hari tiga malam.. Mana nak taruk muka nanti?

Agaknya lah kan aku kena tengok dari episod awal sampai yang tengah launching ni kot. Baru tahu kenapa orang meroyan sangat. Macam orang dok selalu kata, tak kenal maka tak cinta. So tengok dulu baru tahu best ke idak. Ni tahu nak kondem je. Haa maghah? Maghah?








No comments: