life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 29, 2015

Cuti lama kau orang buat apa?

Takde plan apa2 pun cuti panjang hari tu. Daddy kerja kot hahaha. Pon boleh la yek bekerja di public holiday... nak buat macam mana, orang berniaga ni hujung2 tahun la banyak benda nak kena settle. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru... azam kauorang dah pasang ke belum? 

So plan celebrate birthday idris family masih dalam penangguhan. Taktahu la bila nak clear tu... hadiah aku dah beli seawal mungkin. Nampak sangat aku punctual orang nya. ;) Malam hari maulidur rasul saja bawak budak2 berjalan. Plan nak pi I-City. Nama je duduk KL tapi I-City tak pernah nak jejak. So saddd. Ingat nak ajak family akak sekali, the end akak ajak datang area rumah dia ada inside playground kat dalam mall mana tah. So layan je lah sebab budak2 ni mesti suka jumpa kakak icha dgn yani.


 Budak penggeli.
Aku paksa je dia masuk kat dalam pasir ni.
Jerit2 nangis. Ewah2 budak KL sangat. 
Last2 ok je dia dok main kat dalam tu.
 Adik dengan abang memang susah la nak berenggang.
Asalnya abang main sorang then tiba2 adik datang nak naik sama.
Ok lettew senang hati aku tengok dua beradik rapat begini.
T_______T
Maklongggg

So far ok lah tak sebest Amanville. Tapi dengar cerita dari owner dia Amanville nak pindah ke Setia City Mall sebab Space U8 dah bungkus. Daddy ada seminar hari tu then memang satu group dengan owner dia. Adoii tak best la nanti yek sebab kat Setia sure crowded gila.

Balik Seremban lepas solat jumaat. Itu pon singgah dulu kat kampung bapak aku ada rewang majlis bertunang sepupu hari sabtu nya. Aku ni sepupu sepapat ada yang anak dia dah nak kahwin kot. Hahaha. So kiranya aku ni dah pangkat maklong lah ye. Adoi teghase tua ai tauu.





Gambar gambar ni semua anak bujang beta Aqif Zaumar yang snap. Pandai dah sekarang ni nak henfon ummi nak amik gambar. Eh eh suka hati dia jer. Tak tahu ke hp ummi ni mahal tau dak. Hahahaha. So ini lah hasilnya... masih boleh digilap lagi bakat terpendam tersebut yek? Kot lah boleh jadi seperti Tuan Hj Saiful Nang. Wooow mak kau tersenyum simpul kuasa dobelas.

Btw aku kurus gitu gitu jelah. Masih ada part2 yang perlu di adjust lagi hahaha. Takat pinggang je ramping, perut flat tapi lengan sado... tak usahlah feeling2 kuruih. Porot ni ada je lelemaks tapi masa bergambar kau cover lah sikit ye dak. Kahkahkah. Seriuslah kan aku ni nak kurangkan berat badan tapi workout lopong2... habis cane tu? Tolonglah ambik lemak aku kat lengan ni haa. Nyampah tau dak. Baru je nak verangan kuruih bila terpandang lengan sado terus nak menitik ayak mata. Tu takpa lagi, peha batang pinang ni mana nak sorok? 

Ramai kata ko nak kurus cane lagi, dah kecik macam ni pon ko cakap bukan kurus, habis yang aku ni nak kategori apa? Hahahahahahh okokok maafkan saya.


Btw Aqif tinggal dengan atok seminggu ni so new year baru amik balik. Saja la tinggalkan dia duduk seremban. Hari tu beriya nak duduk dengan atok, ni kita bagi. Tapi semalam aku call dah cebek2 cakap napa ummi tinggalkan dia. Eh eh pon boleh. Ate masa ummi nak balik KL hari tu takde pulak mencari. Siap kata ummi balik la KL, Aqif tinggal Seremban. Ewah sangat perangai. Tapi aku sedih la jugak sebab dia kan bukan cari sangat aku dengan daddy, dia dok zikir kat atok, adik mana adik. Yang adik pulak duduk kat rumah pengasuh dah boring sebab takde abang. Asyik nak berkepit dengan mak je. Oklah next time tak yah tinggal yek kalo begini kisahnya.


Hai la anak. Takde dirindu, bila ada bergaduh saja.
:DD






No comments: