life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 31, 2015

Esok 2016 uolls

Last day 2015 dah ye hari ni. Macam kejap je masa tu berlalu. Tapi yang pastinya esok aku dah masuk 3series. Percaya atau tidak, percayalah. Kekeke.

So ada apa dengan 2015?

Ermm. Banyak benda yang berlaku. Antaranya rumah yang kitaorg beli kat Semenyih tu almost siap... Tinggal masuk api, air dan renovation. Alhamdulillah penantian selama 4tahun dah nampak didepan mata. Gila kau proses beli start hujung tahun 2011... Gedebuk gedebak bagai, tahun ni baru nampak bentuk sebijik rumah. Suka hati kitaorang Allah saja yang tahu. Yelah rumah sendiri.

Tahun ni jugak daddy dah fully setup company sendiri... Ada staff, permis etc. Dulu pon memang dah ada cuma tak proper macam sekarang la. Tahniah untuk daddy sebab berjaya menggapai impian dia sejak dulu. Dia berjaya, aku dgn anak2 dapat la tumpang2 senang. Dia busy atau tidak aku je yang hadap perangai dia hari2. Kahkahkah.

Nak cerita kat sini aku rasa belum tentu habis... Kang buat menyampah je orang baca. Eh masalahnya ada ke pembaca?? Krikk krikk.

Paling best tahun ni dapat stay kat Grand Lexis PD. Salah satu percutian impian aku tu ye walaupon hekelehh PD je kot ko dah kenapa?? Eh aku suka la PD. Ngadap laut.. Tenang.. Ada angin sepoi2. Seafood best tak mencekik darah. Wahh gitew. Jangan la ko pi Telok Kemang diknon... Tu memang hazabedah crowded. Bijak skett :D

Best tahun ni sebab banyak jalan.. Banyak aktiviti bersama keluarga... Walaupon takde aktiviti gempak2 tapi tetap aktiviti dengan keluarga. Family women betul eh aku. Kahkahkah pentipu sangat.

So next year kena giatkan lagi aktiviti bersama suami dan bff lak. Planning dah ada... Kemain nak bercuti berjemaah pi johor la penang la. Takpa, verangan kena ada sebab tak kena bayar pon. Kena faham... Setiap planning yang berjaya bermula dari angan2. Aku dah masukkan dalam list of 2016 nak honeymoon berdua dengan daddy. Hakhakhak. Mampu ke idak tinggalkan anak2 kita tunggu masanya nanti eh. Silap haribulan semua pon aku hangkut. Daddy bukan boleh. Ermm. Baru nak feeling2 pegi Krabi ke Phuket ke. :DDD oklah aku bawak pi Royal Belum je la. Barulah back to nature.

Rasanya takda apa lagi kot. Semoga tahun yang akan datang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Insyallah. Azam tahun depan korang apa? Aku nak kurus. Hahahahahaha. Tak tahu la celah mana nak kurus lagi. Oklah sebenarnya azam yang paling tepat, nak kurangkan berat badan. Biar healthy... Kurangkan sakit2.. Nak jaga makan... Nak fitt dan jugak cergas. Pastu kan aku rasa tiap tahun pon azam yang sama tak berubah.. Nak simpan duit. Hahaha. Aku rasa tahun depan insyallah boleh kot. Dah banyak benda dipotong dari list of my dream so kita shopping light2 je ye? Hahahaha mudah mudahan napsu rimau aku ni boleh dikawal.

Welcome 2016. Semoga baik baik aja.

Nah aku velanja muka penghujung umur 29. Esok dah masuk 3series.









No comments: