life is beautiful

life is beautiful

Thursday, December 17, 2015

Hutang wajib dibayar... kena tahu tu.


Hari ni viral benda ni. Muahehehe. Tak tahu nak simpati bagaimana. Sebab tiga tahun yang lepas pernah terjadi kat aku. Cumanya bukan PTPTN... sebab aku dah settlekan hutang ptptn awal2 masa kerja dulu... siap buat potongan gaji uolls. Ini loan belajar zaman sijil, KPM. Sekarang dah takde dah kot loan dari KPM. 

Serius lah kan ptptipu ni sangat2 menjerut leher ngko. Aku buat tak banyak... so saja je kan bayar lambat2. Padahal masa tu takde komitmen apa. Bila kau leka, tiba2 gatal tangan nak update baki, tuh diaaa sakitnya tuh disini... kemahin ramai interest. Ko dah kenapaaaaa makan banyak sangat. Ok dulu 3%. Tak bayar sebulan dua, ibarat bayaran seterusnya ko buat bayar untuk interest tersebut. Gitu konsep dia. Now dah ada ujrah. Itupon kena apply. Kalau tak semendang 3% dia charge engko. Harey.

So aku decide buat potongan gaji. Takyah pening kepala. Memanglah sakit hati nengok dalam payslip bersepah hutang tapi aku rasa berbaloi gak la. Nak tunggu ko pegi kaunter ptptn setiap bulan memang tak ah. Betul kan? Jangan bohong nanti Allah marah. :DD

Dalam 3 tahun settle hutang ptptn aku. Yahuuu. Masatu pulak tengah plan nak kahwin. See? Bayar je ah sikit2 pon... nanti2 habis le hutang ngko itu. Time dapat tak beringat ye dak. Aku buat apa eh dulu duit tu? Tampung2 duit belanja dengan beli barang pc kot. Lupa dah.

Tinggal la hutang KPM. Tu pon satu hal gak sebab dia takde interest so memang boleh sangat buat bodo. Hahahaha. Dasar sangat perangai. Nak jadi cerita, KPM memang akan trace peminjam2 dia yang kerja gov. Boleh link teruih dengan bahagian akaun kita uolls. Hebat sangat perangai. Seingat aku time bersalin kan si Aqif. Duduk kampung kan mana nak dan pi bank bagai. Aku online banking tengok2 ehhh pesal ada tolakan KPM ni. HAHAHAHAHAHA padan muka sendiri. Nasib seratus lebih. Tu pon puas tunggu tiga tahun baru settle. And now, Alhamdulillah aku bebas dari hutang piutang belajar.

Betul gak tu, kalau KPM tak buat tolakan gaji... memang takdolah nak bayar bulan2 directly. Nak tunggu duit sedepuk? Hahahah mimpi disiang hari. Kang duit tu buat benda lain. Faham sangat perangai.

Aku syak mana2 yang PTPTN buat tolakan gaji secara paksaan ni kemungkinan tak pernah bayar langsung or bayar tapi macam tak berganjak hutang tu. Itu yang mendapat ribu2 dia tolak. Sedih hoi. Baru baca kat fb status junior aku time teknik dulu... dia kena tolak 800 bulan ni. Dah macam bayar loan rumah tu weh. Nengok payslip pon rasa nak nangis... belum pi cucuk kat bank lagi. Balance duit gaji tu tinggal berapalah agaknya?

Oklah, macam yang aku cakap kan tadi... bayar je sikit2. Lama2 settle lah tu hutang kauorang. Kalau malaz nak pi kaunter, boleh buat potongan gaji. Macam leceh tapi sebenarnya menyenangkan kau dikemudian hari. Trust me. Macam kau hutang orang... banyak macammana pun hutang kau pada seseorang maka bayar lah walau sedikit pun. Tak rugi. Hahaha maksud tersirat betul.

Oklah see ya.






No comments: