life is beautiful

life is beautiful

Friday, December 25, 2015

Monthly Expenses

Kauorang ada buat tak record montlhy expenses? Tak kisah la apa pon. Macam aku, adaaaa. Gila tak ada. Urat dah putus banyak so potensi pelupa itu adalah sangat tinggi. Actually benda ni aku dah amalkan semenjak beberapa tahun yang lepas. Cuma dulu tak proper macam sekarang. Maklom la dapat laki spesis semua benda nak terurus so ikut la rentak dia. Btw bagus jugak. Sebab apa tau, sebab senang nak monitor. Kahkahkah.

Setiap expenses ada file yang tersendiri. Bills/rental untuk rumah satu file, kereta, motor, insurans anak2 semua dok dalam file masing2. Kang nanti nak update dokumen kang ke senang capai je file apa yang kau nak. Mudah bukan?

Setiap surat menyurat, slip bank semua tersusun. So takyah pening kepala nak ingat taruk kat mana bagai. Eeeii takde masa. Hahaha. Banyak lagi benda nak buat. Then kitaorang create satu sistem. Contoh la, loan belajar dulu dah habis... so dah takde apa nak update. Maka secara automatik file tersebut disimpan dalam kotak. Nanti takde la bersepah expenses yang masih on dengan yang dah close. Faham ke idak ni? Satu lagi, cover file tu tulis siap2 details yang penting supaya mudah nak semak. Turutan dalam file pon kena betul... Jangan selit suka hati. Kalau macam tu baik takyah buat filing.

Sama macam kat ofis la kan... dept sumber manusia buat sistem tersusun so kita praktikkan la kat rumah. 

Dan lagi satu kenapa perlu buat filing bagai ni, contohlah kan... mana tahu umur masing2 tak panjang... tak tahu pulak hal hutang piutang suami isteri. I mean hutang yang besar2 macam car loan, personal loan... housing loan.. kita tak tahu progress dia tahap mana... so dengan ada nya sistem filing akan memudahkan waris nak cari info2 yang diperlukan. Macam insurans... ko tahu ke idak laki ko punya pakej insuran.. aku terus terang cakap memang tak tahu. Hihihi. Urusan insurans anak2 pon dia uruskan. Aku memang tak tahu menahu sebab dia yang bayar bulan2. Haaa tu penting tu ok. Sat g nanti sia2 kena tipu. 

Kauorang tahu kenapa kitaorang buat filing untuk setiap expenses? 

Aku ingat lagi betapa akak ipar aku tak tahu menahu nya pasal arwah abg Bob punya monthly expenses semasa arwah masih hidup. Tahu2 arwah ada 3 pakej insurans... ada beberapa simpanan... dan lain2 lagi. Status pinjaman rumah pon akak ipar aku tak tahu samada diaorg buat loan bersama ke tak. Nampak macam lahhhh suami isteri kot takkan tak tahu? Tapi itu hakikat ye. Macam aku, ada benda yang aku tak cerita tak daddy. Takkan la ko simpan duit setiap bulan kat Tabung Haji pon nak kena bagitau. Kantoi la nanti. Hahaha. Biarlah nampak aku sengkek setiap bulan dimata dia padahalllll...

Macam tu ah maksud aku. Aku pon takde la semua benda yang aku tak tahu. Kereta, motor, personal loan daddy berapa dia bayar bulan2.. aku ambik tahu gak. Roadtax mati bila... aku tahu tu sebab aku yang bayar. Kihkihkih. Tu credit card? Mana dan la ko nak amik port. Gitew. So dengan adanya rekod dalam file kan senang. Baru tahu ko hutang tinggal lagi berapa. :DDDD

Ayuhhh, kita sistematik kan hidup kita. Tak susah pon. Beli file yang 50sen... pastu filing cantik2. Takyah mahal2.


P.s, biar tulisan tak cantik janji file ai tersusun kemas :DD








No comments: