life is beautiful

life is beautiful

Monday, December 07, 2015

Minggu yang tak berapa nak cantik, orang yang baik selalunya pergi dulu

Banyak benda yang terjadi last week. Aku cerita satu, satu ok?

Perasan lepas, satu, satu berita sedih yang menyelubungi negara kita. Dengan pemergian arwah Pakyus Jambu... seniwati Mariani dan paling terkesan kat dalam hati aku ni adalah Almarhum Tunku Jalil. Adoii aku nangis ok walaupun aku bukan rakyat Johor. Sebab apa? Sebab aku follow IG beliau then memang suka tengok gelagat TJ yang humble, down to earth... walaupun kau tengok melalui gambar je kan tapi aku tahu TJ memiliki hati yang baik. Cara dia bergaul dengan golongan bawahan, cara dia melayan orang disekeliling dia, memang susah nak nampak perangai tu kat anak raja zaman sekarang. Betul ke? Hahahaha. Tu pada pendapat aku la.

Now IG dia dah deactive. Dah takde la penyeri bila aku pi stalker Ig orang. -___- Aku taktau, tapi aku sedih. First time aku rasa begini bila seseorang pembesar meninggal. Tak termasuk Tuan Guru ye. Tu pon nangis gak.

Aku abdikan gambar TJ dalam belog sendu ini mana tahu kot nanti aku termimpi2 wajah dia so aku boleh la tengok. Hiks.

Dia yang anak sultan tu pon struggle untuk mendapatkan rawatan kanser yang terbaik, apatah lagi kita. Betullah tu, sakit tak mengenal pangkat. TJ tahu dia sakit kanser hati pon dah masuk stage ke-4. Ko bayangkan lah apa perasaan? Aaaa aku sedih ni tak habis lagi. Semoga TJ ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Sama samalah kita sedekahkan Al-Fatihah keatas rohnya. Jangan taip je, baca sekali ok.

Takziah warga Johor. Walaupun aku bukan lahir kat johor tapi aku rasa bangga negeri dia ada anak sultan yang berjiwa rakyat macam ni. Takde la aku nak compare kan dengan anak raja negeri lain. Tapi kau boleh nampak lah perbezaan dia. Or maybe sebab dia selalu show off lifestyle dia kat social network so then orang daripada tak kenal dia pon boleh terasa dekatt je dihati. Wahh gitu. Paham ke dak apa yang aku cuba terangkan ni?

Semoga Almarhum TJ damai disana. Insyallah.



Ok back to the reality.

Last week aku EL 2days ye. Unexpected incident. Boleh tak tiba2 Dareez kena serangan ala ala asthma gitew. Teanjat gegirl. Puncanya malam sebelum memang ada dengar Dareez sesekali batuk2 berkahak. Batuk tu tak obvious sangat cuma ko memang dengar dia susah sikit nak tarik nafas. Aku buat biasa jela sebab pagi masa aku jaga dia ok je. Takde menunjukkan tanda2 nak kena asthma ke apa.

So esoknya sebelum daddy dia pergi kerja kitaorang lepak kat depan tv. Budak2 ni memang jenis bangun pagi. Aku dah perasan Dareez pesal dada, perut berombak2. Dia pon flat je baring macam orang demam. Wahhh ini dah lain maciam. Terus whatsapp video kat ofismate sebab dia ada pengalaman anak kena asthma. So gegas aku ajak daddy pi hospital. Aqif aku hantar ke rumah mak dia. Daddy tak boleh nak tunggu sebab dia kena attend meeting. 

First time amik neb. 

Dia punya melalak tu hazabedah macam kena dera. Dah la aku sorang. Tapi aku rileks2 sudah. Kata independent lady. Kahkahkah. Kita pon paham la dengan kerja laki ni cemana. Anak tu tak sakit teruk sangat. So aku boleh settle sendiri. Padahal boleh je aku cakap tolong lah tunggu sama2 dengan saya. Hahahah puii. Alah aku ok je. Apa je dia boleh buat. Dah tentu dareez memang berkepit dengan aku. 


Hahaha aku gigih la masa dia amik neb tu pic snap pic dan amik video. Eh tu boleh dijadikan bukti tu tengok perangai masing time sakit. Sebenarnya aku nak hantar kat Daddy. Dia dok la whatsapp tanya ok ke tak ok ke tak. Ai is rimas. Haha. Lepas amik neb, doc suruh berehat dalam 1/2 jam. Kauorang tengok dia punya muka merajuk. Rasa nak lepuk laju2. Habis lah kerek tu. Hingat ummi takut ke? Grr grr.

Then doc ada bagi satu ubat untuk dia minum. Tunggu 15minit, doc bagi lagi pam inhaler sebanyak 3 kali setiap 10 minit. Aku ikut jela prosedur. Kenapa buat macam tu? Sebab nak pastikan lepas amik neb adakah budak kenit ni getting better or not. Kalau tak ok kena warded. Tapi tulah doc kata katil takde kosong. Ehhh takyah la masuk2 ward ni. Plus daddy dah pesan kalau kena warded terus pi Pantai Hospital. Amboi.

Alhamdulillah. Takde asthma. 

Ni aku nak tunjuk eczema dia macam dah ok sikit. Takleh tegur banyak2 kang nanti tiba2 jeeee naik merah2. Bukan boleh dijangka ni. Haaa ketiduran penat lettew melalak. Malam tadi pon dia tido2 ayam dengan aku aku sekali tak cukup tido. Lagi satu doc ada mention antara penyumbang asthma adalah penyakit eczema. Ohhhh begitu. Oklah kita faham. Next time kena berhati2. Tak nak pisang berbuah berkali2. Ai tak sanggup.


Balik rumah terus ceria. Nampak sangat permainan.

Doc cuma bekalkan ubat minum dan jugak inhaler. Corong tu beli sendiri ye. Matikss mahal nau dah kenapa. Ni semua gara2 gst. Ciskek sungguh. Guna bila perlu sahaja ok. Ubat pon sama. Makan bila perlu. Kita taknak bergantung dengan benda2 ni. Ok?

And then sebelum terlupa, tahniah team selangor dapat masuk final piala malaysia. Semoga misi yang ke 33 akan terlaksana. Aku dah sign kontrak selangor sampai mati ni. Kahkahkah. Good luck sabtu nanti. Aku lamaaaaa gila tak pergi stadium. Rindu tahu.







No comments: