life is beautiful

life is beautiful

Monday, December 14, 2015

Perkembangan terbaru kisah eczema dan jugak Young Living. Padia tu?

Hari tu aku ada cerita pasal eczema si anak bujang bongsu tu kan [klik sini] so nah perkembangan terbaru beliau. Nampak macam dah ok. Ke tak? 
05.12.2015

Abaikan muka ummi dia yang over eksaited tu yeh. So cemana? Ni ai gigih control makanan dia dan jugak rajin sapukan lotion Cetaphil. Kat celah kelangkang pon getting better. Alah buat masa ni la. Kan ke benda ni on dan off. Some of part kat tangan, celah telinga, kaki... ada kulit sisik2. Tu pon kena rajin sapu lotion gak. Tak cukup tido? Hahaha dah biasa. Sejak Dareez mengalami eczema ni kauorang jangan tak tahu... malam2 tiba2 dia suruh kau garu kat tempat gatal... so nak tak nak bangun la dengan mamainya. Aku pon bijak sikit... ada satu malam Dareez betul2 gatal kat betis... aku guna satu sikat plastic yang sisir dia lembut. Hahaha nampak macam kejamnya la hai mak kau. Tapi sikat tu bukan sikat yang biasa. Jangan salah faham. Memang sisir dia lembut. Kalau pakai pon tak teghase kau sikat rambut.

Macam ni la rupa sikat tersebut. Lupa beli kat mana. Daiso kot.

Tu memang tahap aku dah tak boleh handle mengantuk. Daddy jangan tanya. Dia tak amik port budak2 bangun malam ke apa. Just in case aku memang tido mati baru la dia bangun. Itu pon dia kejut gak aku. Hahahah. Pon boleh.

So kita tengok lagi result yang akan datang.

Oh btw schoolmate aku masa zaman teknik dulu ada suggestion untuk budak kulit eczema. Dia syorkan guna produk Young Living Essential Oil (YLEO). Pernah tahu tak produk ni? Actually ada sorang ofismate memang dah guna YL untuk anak dia. Aku je yang  macam tak amik port. Yelahhh, orang dah terhantuk baru nak tergadah. Eh betul ke dak peribahasa aku ittew. So macam tu lah aku. Ada gak baca review kat blog. Tapi macam yang aku cakapkan tadi... tak kena kat kita so amik sambil lewa je ah.

Dia memang jual so dia promote la kat kawan2. Before ni aku memang ada baca apa yang dia up kan kat FB. Tapi macam yang aku cakapkan tadi... ambik sambil lewa. Hahaha berapa kali nak ulang daaa nampak sangat memang tak ngikut perkembangan kawan2. Jangan ikut perangai onggiler ni okay.

So bila dah buat rujukan serba sedikit... why not kita try kaedah yang lain. Asyik beli ubat kat farmasi je... dah tentu2 ubat kat situ semorang pon guna. Keberkesanan dia pada setiap budak pon lain2. Harap maklom. Ni aku dah order kat dia... lavender untuk Dareez dan lemon of course la untuk aku. Hihihi.


Lavender mahal sikit. Eh mahal banyak jugak lah T___T tapi untuk mencuba kaedah lain dari yang lain dan setelah mendapat sumber rujukan yang berasas maka ku gagahi jua mengorder. Harap2 berkesan. Nak hilang teruih memang payah oi. Harap bertabah ye anak ummi yang manjes. Aku baru tau sebenarnya ofis YL belakang RTM jerrr. Tapi mana mungkin aku nak ke sana. Ofismate aku yang dah jadi ahli ni pon nak beli kat kawan aku gak. Katanya malaz nak renyah2. Hahaha.

So kita tunggu essential oil ni sampai ke tangan aku. Nak tengok apa yang best nya sampai mahai bebenor. Tu baru aku beli dua bijik botol. Ada aku tengok kat blog sampai berbelas botol, pitams aku.


Oklah boi.










No comments: