life is beautiful

life is beautiful

Monday, December 14, 2015

Taman Wetland, Putrajaya /Kidzoona Equine Park

Ni kiranya payback masa2 daddy busy sepanjang beberapa minggu lepas la. Sekarang ni kauorang kena tahu, anak is priority. Aku dah jatuh nombor dua kot. -___- Takpala, sebab nampak kat situ dia lebih concern kat anak2 dia. Kipidap. Eh? Hahaha.

Last week hari Ahad daddy ajak keluar bawak budak2 jalan. Dia suruh aku decide tempat mana yang best... dan paling penting sekali tak ramai orang. Eh boleh pulak macam tu. Dah tentu2 musim cuti sekolah sekarang ni. Oklah aku plan bawak gi Wetland Putrajaya. Alaa kan lately ni ada viral macam best je Taman Penghayatan Alam kat situ. Since kita keluar tengahari so sedang elok ah. Kat sana nanti duduk dalam bangunan je. Ai kan permaisuri lilin. Hahaha.


Elok sampai je hujan pon turun... lebat pulak tu. Hahaha nasib baik. Baru plan lepas masuk dalam ni kita round naik buggy pulak. Nampak gayanya nan hado. Kat sini entrance FOC ye harap maklom. Boleh lepak lama2 kalau suka... ada mini cafe kalau lapaq nak makan. Tapi bagi aku so so jelah. Ingat kat best gila ada permainan kanak2 ke apa. Rupanya yang diviralkan tu biasa je. Aku pon tak tahu nak explore apa. Macam masuk dalam Aquaria la kot. Tapi Aquaria best cam ni cap eh [tunjuk ibu jari sikitttt] Ini more pada pembangunan Putrajaya. Kot. Then ada la ikan sikit... lain lain slide show je. Harapan pelesu.

 Benda ni la yang viral nampak macam best sangat tu.

 OOTD anak
Tapi anak tak pakai barang branded cane tu?
Sandal dia besau... tu pon atok yg belikan. ;p
Abang acah2 photog, adik ala2 ootd.
Sukati korang la.

Nampak tak hujan tu. Sedeh tak dapat explore taman kat luar.
Wetland luas kot kawasan dia.





Yang ni la dikatakan acah2 best sangat tu. Nyampah tau. Selalu memberi harapan palsu kat aku. Ingat kan pom pom melatop lah. Rupanya biasa2. Ops sorry aku cakap dari hati kecil nan ikhlas je. Jangan marah ye aku tak sengaja. Kahkahkah. 

Btw, kalau takde tempat nak bawak anak, boleh ke sini... sebab lepas masuk, boleh explore taman kat luar pulak. Malangnya masa aku datang tu hujan so tak dapek la nak menghayati keindahan alam kat situ. Nampak gayanya kena repeat lagi ke apa ni? Saja je tauuu.

Lepas kesini plan nak bawak budak2 main kat taman. Singgah Masjid Besi tapi tak boleh masuk. Hahahahahaha padan muka dua dua dengan anak2 sekali. Rupanya pakaian aku ketika itu tidak mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Then dia suruh pakai jubah dan jubah dia OhEmmGee besau panjang kedaung. So cancel. Kita terus shoot ke Sepang konon2 nak tengok kapal terbang landing lah kan. Lagipon budak2 dah tidur sure lama diorang ni. Hahahaha pon haragpan hancus musnah disebabkan hujan selebat lebat tidak sampai kitaorang decide masuk parking lot klia2. Sedeh gila  apa yang diplan semua tak menjadi. Tunggu dalam kereta sampai budak2 bangun then baru masuk. Dengan haragpan dapat la tengok kapal terbang landing kat dalam tu. Kot la ada nampak ke kan. Hahahah pon sedeh gak ceritanya. Nampak memang nampak... tapi nampak sipi2 dan paling tak boleh belah sekali hujannnnn lebat. T_________T

Last2 aku google je playground terdekat yang duduk dalam building supaya tak basah sambil tu ada tempat makan sebab daddy dah lapor. Dia memang... lapau memanjang. Aku malaz nak layan sebab tank aku kecik macam kelisa... dia punya 4x4 :DDD

Kidzoona AEON Equine Park.

Last2 kesitu jelah. Hahahaha. Aku kan memang dah niat nak bawak budak2 main kat taman je. Tak payah pi tengok kapal terbang pon takpa. Sebab dari hari tu Aqif dok zikir kat telinga aku, "Ummi, nak pi taman... jomlah kita pi taman" .

Puncanya ada satu hari mak dia bawak pi Putrajaya bawak naik bot, bawak main kat playground Masjid Besi. Time tu ada sedara diaorang datang so saja bawak berjalan. Aqif dengan Dareez pon ikut gak.

Aku pulak yang sedeh anak2 dibawak berjalan oleh orang lain. Mak bapak sibuk kerja. -___- Itu yang laju je kepala otak fikir bawak diaorang ke Putrajaya. Malangnya hari tersebut cuaca tak cantik. Sepanjang perjalanan hujan lebat bawak ke malam. Tapi ok gak la Kidzoona tu. Ada dekat sejam setengah mereka berguling. Bapak dah jeling2 pukul berapa nak balik ni. Hahaha.

Oh btw tahniah pasukan Selangor kerana berjaya #misi33
Kemon, kita plan misi yang ke 34 pulak eh.








No comments: