life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, December 02, 2015

The School, Jaya One, PJ

Last week ada pergi The School, PJ. Mall baru gak ni sebab baru dua tiga kali jejak. Hahaha. Itu pon secara tak sengaja. So kali ni datang sebab Clarks Warehouse Sale buat kat sana. Tapi tapi tapi, aku takde beli apa2 ye harap maklom. Eishh tak reti la ahkak. Nak berebut2 pastu pening nak pilih design. Wahh diva sangat perangai. Ok sebenarnya aku yang tak berkenan dengan design Clarks ni. Hihihi.

Jalan punya jalan nampak booth cecomel ni.



Ampunnnn. Manes angat ni. The School memang untuk port kanak kanak riang ke apa? Yelah kot kan. Memang pergi tu ko nampak kedai baby2, kedai kids.. suasana macam ala2 kidzania. Suka sangat tauuu. Banyak aktiviti untuk budak2. Kena tunggu Aqif besor sikit baru boleh join ni. Tak zabar. :)

Tapi kan aku macam rasa Aqif tu tak minat ke arah craft la. Hahaha. Ewahhh kemain tapi kau kan. Ke cane ni -__-. Macam dia more to fizikal game. Eh ada ke? Aku bagi dia buku kaler2 ada la dalam 5 minit je buat pastu nan hado. Dia lebih suka main car. Main benda2 yang melibatkan aktiviti fizikal. Bukan benda2 yang kretip. Aku nak buat busy book pon kang ke membazil je nanti. Penat ai buat the end anak pandang endah tak endah. Ciss. Tu kang buat lagi playdoh lagi haru dia baling2 je nanti terus jadi mak kau hijau. Hahahah.

Takpa, takpa. Minat boleh dipupuk betul dak? Positip sikittt. ;p










No comments: