life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, December 22, 2015

Zakat Pendapatan

Dah lama sangat aku nak buat benda ni sebenarnya. Alang2 aku nak renew lesen so aku pi la kat Pusat Pungutan Zakat. Before tu dah google siap2 cemana kekdahnya. Ko tahu, rupanya haku dah daftar online tapi tak pernah buat potongan gaji. Hihihihi. Dasar tak alert dengan benda2 macam ni. Ke dulu kalau nak buat pemotongan gaji kena pergi kaunter? Lupaaa weh sebab daftar online pon tahun 2013.

So sekarang aku dah sedor diri.

Aku taknak ah dalam setiap sen dari gaji aku tu tak berkat. Maksud aku kat sini, dah la cukai pendapatan aku tak bayar sebab tak layak T_______T jadinya takkanlah zakat pendapatan pon aku tak buat pemotongan pulak. Betul tak?

Alah bila kira2 balik berapa je yang kena tolak. Kau beli barang merepek boleh pulak khenn. Perangai.

Daddy dah buat tolakan lama dah kot sejak dia start kerja. Haku ni dah 10 tahun kerja baru hegeh2 nak buat. Matiks lah weh baru nak terbuka hati. Alasan busy, alasan takde masa nak pergi kaunter tu poyo je.

Setip dari gaji kita bukan semua milik kita, ada untuk orang lain.

Sempena tahun 2016 yang akan datang ni aku rasa dah sampai masanya untuk aku ubah mentaliti diri. Selalu kerja nak bertangguh je tau. Kadang2 nyampah gak dengan diri sendiri pesal lah boleh perangai macam harem. Kadang2 memang sengaja. Lepastu lama2 lupa. Macam kes potongan zakat ni la. Ada sesetengah perkara yang aku memang macamtu. So azam tahun 2016 tak mahu kerja bertangguh ok?

Please la. Kerja dah lama kot.
Dah buat potongan gaji untuk zakat ni tiba2 aku rasa macam tenang je hati.
Eh?
;p









No comments: