life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 26, 2016

Yang mana satu idaman hati

Lately ni aku dah tersyok pulak kat tudung Bokitta weyyy. Matiks lah kan asyik2 scroll ig tengok design dia. Sumpahhh meletops. Ada a few corak yang aku aim tapi dah tak keluar sebab tu design tahun 2014. Kahkahkah. Ai baru nak berjinak... newbie lah katakan. Harga dah la tak berapa nak mampu milik... tapi aku mampu2 jugakkan lah. Ketinggalan ketapi aku ni sebenarnya kalau nak tahu. Dulu start Neelofar yang jadi model tu kan... tertelan telan ailio gak la sebab selai je dah seratus lebih. Mampu tengok jela kat website. Then bila Neelofar keluarkan tudung jenama sendiri, pon aku turutkan hati membeli jugak. Haishh... ni lah namanya orang pempuan. Tudung dah melambak2 still cakap takde tudung nak pakai. Eh eh kau kenapa perangai cenggitu?

Terpaling cari corak ni.
Tak silap aku nama dia Nitely Red. Wahhhh.
Still hunting kat instagram.


Yang ni pon cari jugak.
Tapi nampak gayanya memang takkan jumpa.
T___________T

Semua aku cilok gambar kat google. Maapkan beta ya... bukak website corak yang terdahulu takdo dah. Sedeh tau macam ni. Aku masih baru dalam bidang bokitta ni. Kahkahkah. Kenapa aku tersuka tudung bokitta? Sebab kan, heh heh heh. Ada sorang perempuan ni aku sukaaa tengok style dia. Lawa je dia pakai apa pon. Bukan selebriti... bukan jugak blogger. Dia ni orang biasa. So that day aku nampak dia pakai bokitta. Ok jer terletak... sebab bila tengok model arab pakai cam tak berapa nak ok... semak pulak aku nengok berlayer layer. Tapi bila tengok budak tu pakai ehh lawanyaa. Hahahaha. Terus ai terjatuh hati uolls.  Dan lagi satu pin free... itu yang aku nak cuba adakah ia tudung yang betul2 serasi untuk aku. Lagipun kan, pernah daddy sound aku nak keluar takyah la pakai tudung neelofar lilit2 bagai... melambatkan orang jer. Ciskek. Bengang ai. Ikutkan hati dulu mana nak pakai shawl.. instant shawl bagai kan... aku pakai tudung sarung awning je kot. Pantas dan mudah. Tetapi semenjak aku memakai kacamata moscot ini terus kena berubah penampilan tudung. Hakhakhak. Weyy nanti pakai tudung awning pakai spek kemahin kembang muka kau. Cannot terima.

Aku sedang menghunting corak lama2 kot la ada seller yang jual preloved. Eh ada dah aku beli satu... kat website dah sold out... kau kena pandai cari kat instagram dan jugak kena rajin join group kat fb. Tapi tak boleh selalu sebab mahu pokai aku tiap2 bulan. Silap haribulan lari bajet wooo. Kata azam tahun ni nak simpan duit... ini baru berapa haribulan asyik keluar duit jerrr. Grrrrrrr.

Bokitta ni ada 4 design kalau kauorang nak tahu la. But this time aku nak try voila. Sebenarnya kan ada je kedai dia kat Bangi, Shah Alam, Setapak dan banyak tempat lagi... butik2 vendor. Cuma aku takde masa la kalau dia keluarkan batch terbaru aku nak pi tercongok kat pintu kedai sebelum kedai bukak. Hahahah memang tak ah.


Actually daddy tak tahu lagi aku addict dengan benda alah ini. Serba salah aku nak cakap sebabnya harga dia tuuu... Hahahaha. Sekali daddy jeling aku dah terkulat2 kat situ... ada yang dia sound beli je lah tudung kat pasar malam -___- ehhh pasar malam pon ai layan jugak. :DDDD

Lagi satu, ni pada pandangan mata aku la... kalau nak try bokitta kena beli kaler yang gelap2 kot... baru nampak tudung tu ada style. Hahahaha. Boleh macam tu kan.



Kbai.





Thursday, January 21, 2016

Perempuan cantik

Susah jugak zaman sekarang ni kan perempuan cantik pon boleh kena tinggal. T__T Takziah pada Fasha Sandha dan jugak Fiza Elite. Nak komen pon kena berpada-pada maklomlah zaman sekarang semua pon nak viral. Tak pasal ada orang print screen pastu bagi kat Siakap Keli ke Sukan Star TV ke.. Amran Fans ke. Simpanggg. Hahahaha Ada yeh my old friend kena dengan Amran fans pasal isu menetek hari tu. Tak pasal dia sebarkan fb kawan aku pastu suruh orang semua add dia. Macam hagham. Takpala maybe kawan aku tu terkasar bahasa sikit jerrrr. Orang support breastfeeding.. support nursing in public with cover... bukan without cover. Ada paham dak dua benda tu. Kalau paham, bagus.

Sedih gak dengar FS dah bercerai.. dulu aku pon tak suka sebab dia perampas suami orang. Hahahaha macam bagus je engko nak benci2 orang. Hingat semuaorang suka kat kau ke. Puii. Dulu zaman baru nak up. Tapi yelah jodoh tu kan rahsia Allah swt. Kita nak menidakkannye tak boleh lah kan. ND pon lepas bercerai baru nampak ohh macam ni rupanya lifestyle dia. So macam tak sesuai je dengan Jejai yang pada pendapat dan pandangan aku yang ala ala family man. Wahh gitchew. Ai skodeng ig retis u know. Itu yang data plan asyik habis je memanjang. -_______-

Perasan tak FS selepas dapat baby slow terus dalam industri lakonan. Ada pon dia selected. Bagus, aku sokong sebab nampak dia lebih utamakan family. Pasal dia dengan FIL kita sebagai orang luar ni tak tahu mender jangan ah mengeruhkan keadaan. Takkan doplohpat jam dia nak update kat social network kegembiraan mereka bersama. Aku pon xde keje la haii nak update bagai. Nampak fake pon ada gak.

Fiza tu tak tahu apa cite. Tup2 ehh dah bercerai kali yang kedua. Maybe itu bukan jodoh yang terbaik untuk dia kita mana tahu. Dah puas bertahan tapi tak jalan gak so jalan penyelesaian, putus. Dari kau nak sakit hati bagai. Selalu orang lawa2 ni laku jerr kalau dah bercerai berai. Tinggal nak selami hati budi je.. itu yang payah sebenarnya. Jangan cakap orang la, tengok aku ni dah cukup... bercinta dari zaman sekolah sampai bernikah tahun 2011 masih gak tak paham paham. Kahkahkahkah. Kalau tengah marah tu hilang ingatan sekejap kau kenal dia dari takde apa2 sampai porot dah boroi rambut dah gugur. Heeee.

Tapi ai sayang suami ai. Hehehehe.
B, nak pow henbeg fossil lagi boleh tak?
:DDDDDDDD









Wednesday, January 20, 2016

Pirate Coffee Pantai Dalam

Walaupon bukan peminat kopi tegar tapi sesekali tekak ni nak juga merasa kenikmatan kopi ye tak? Hahahah mukadimah boleh tahan panjang. Lama gila tak minum Starbuck... bila nak beli tu rasa serba salah sebab kenapa aku pon tak tahu... maybe dulu boikot so terbawak2 sampai sekarang.

Nasib baiklah sekarang ni zaman hipster... boleh la ai merasa kopi selain starbuck. Dengar cerita Pirate Coffee dah viral kat laman sosial... so harus lah cuba sedap ke tidak. Stall dia sebelah rumah ai je tau... kat tapak pasar malam Pantai Permai. Selalu balik kerja memang lalu. So lets try.



Oklah murah, harga mampu milik. Bekas panjang aku minum sorang pun terkulat2 nak habiskan. Dah langgar pantang ais dah ni. Heeee. Teringin punya pasal. Malam nak tidur baru teghase sengal badan. Padan muka. So hari tu beli Green Tea... sedap. Lemak lemak manis gitew. Aku repeat lagi beli Hazelnut Latte. Pastu Cappuccino. Hahahahaha. Sapa suruh bukak stall tepi rumah ai. Kan dah asyik repeat jerr. Selalu aku minum sikit buat basah tekak pastu pas kat anak. Merasa la anak den minum kopi. Kihkihkih. Tak bolehs elalu ni weyyy.... ais batuk.







Tuesday, January 19, 2016

#campakbelakang gambar lama

Semua see your memories application punya pasal kat fb. Hahahaha. Dapat lah tengok balik aku yang dulu dulu. Aku pernah dapat berat 38kilog waktu anak dara. Time tu spender pon beli size youth. Kahkahkah T____T. Seluar levis pernah longgar sampai pakai tali pinggang pon kena tebuk. But now dah ngam2 ada. Ehh oklahkan... kalau tak awal tahun hari tu seluar levi's tu sendat. Sampai aku taruk kat line bawah sekali sebab kecewa. LOL

Februari 2010
Masa melawat Zura bersalin anak pertama.
Kaki tu kaki tuuuu.

Ogos 2010 kalau tak silap
Wedding si Bongek.
Kebaya tu dah let go lama. Hahahahaha.
Now nak pakai kebaya pon segan.
Kurung moden je uolls.

Hujung 2011 
Time ni berat mencanak naik.
Happy sangat lettew sebab dah kawin kot.
Malam2 mesti teman laki makan.
Taknak makan pon kena paksa. Apakahh.

Aku perasan kulit muka aku kusam lah kan. Ermm nak kena buat sesuatu ke apa ni.





Bawak bekal apa tuu?

Ni semua resepi kat page peejburhan. Pagi tadi teringat2 kebetulan memang ada daging dan kacang buncis so menjadilah ia, 

Nasi goreng daging kacang buncis. 

Woww tepuk tangan. Sapa cakap aku tak makan nasik?? Meh lepuk sikit nak tak? Gigih pagi2 ai goreng nasik disebabkan nak bawa bekal tau. Kan aku ni spesis tekak melayu of course la nasik kena amik walaupun tak daily. Ermm nikmat makan nasik diri sendiri je yang tahu. Kahkahkah.

Senang baq hang je resepi dia.

Tumbuk bawang merah bawang putih belacan sket pastu ketuk2 cili padi seberapa banyak kau suka. Kalau suka pedas sila taruk banyak2. Then tumis segala yg ditumbuk sampai kekuning2an baru campak daging yang dipotong kecik2.... Sebab senang nak makan wah githew. Campak kacang buncis yang dah dihiris... masukkan nasik then pecahkan telur. Kacau sampai sebati... perasakan dengan garam. 

Hasilnya wowww. Hahahaha.

Cubalah, tak rugi. Keriuk keriuk makan kacang buncis. LOL






Monday, January 18, 2016

Semangat kena ada. Workout tak beriya macam ni lah.

Aku start sedor diri semakin mengembang hujung 2014. Tiba2 eh pesal lengan sado tak boleh belah... Dengan perut tiba2 selambak... Belum lagi pipi kueh pau. Dalam diam2 lemak membiak dengan jayanya. Time tu memang takuit... Bukan apa... Sebab aku kan rendang so kalo mengembang boleh imagine cemanalah rupa aku. Katik dan pendek dan chubby. Woww.

So bulan 12/2014 aku slowly kurangkan makan... Payah weh. Sebab daddy jenis yang makan malam. Dia balik dah pukul berapa... Aku pulak memang makan tunggu dia balik baru makan sama2. Bayangkanlah... Setiap hari after 8pm baru kedek2 nak dinner then masuk tido pukul 11. Ko ghaseee.

Dalam pantang berat turun banyak... Naik kerja lepas 3bulan cuti pon still maintain nak2 time tu bulan puasa. Cuma susu drop so aku makan lebih sikit selepas berbuka. Konon2 nak maintain kan production susu. Tapi sebenarnya benda tu lah buat berat badan aku naik secara diam2. Memang tak sedor... Maybe aku pon fully bf so fikir anak.

Sampai satu tahap tu tiba2 tengok cermin rasa macam... Woww betulkah aku ini. Adik aku pulak nganjing kaklong gems. Hekelehhhh. Tekad dalam hati kena kurangkan berat. Seluar dah sempit. Baju kurung jangan cakap ah. Walaupon aku tak tinggal korset tapi entah ngape tak jalan. Oh ye, lepas bersalin aku still pakai korset/girdle tu ye. Nak shape kan balik figure. Maklomlah orang kebiasaannya bila seseorang tu dah beranak lebih daripada satu akan imagine ko gemok, chubby, tak mantop macam dulu ah. Adoiii camtu punya berfikir pon ada. Baru2 ni boleh lak terkejut eh kecilnya helisa anak dah dua kan. Dah tu nak suruh aku cemana ni... Padahal aku tak kecil okeh... Ada je lemak... Pandai sorok la. Hehehe.

Hujung tahun 2014 berat aku 47kilog. So nak tak nak kuatkan hati buat workout secara rileks. Takdelah beriya hari2 nak pi zumba bagai. Start 2015 sebolehnya aku bawak bekal kat ofis. Malam kadang2 tak makan... Kadang2 amik portion sikit buat peneman daddy. Nasik slow2 aku kadang amik kadang tak. Kalau amik aku cuba untuk kurangkan. Macam tu lah selama setahun 2015. Aku pon x nak lah orang cakap aku ni diet beriya. Last timbang bulan 10/2015 berat aku 44kilog. Hahahaha sikit je turunnya khen. Tapi takpa... Sebab macam yang aku cakap tadi... Aku tak nak nampak drastic sangat. Kita biasa2 je.

So 2016 azam nak kurangkan lagi terutamanya gelebeh kat perut. Dan tak lupa lengan sado. Hahaha workout malas tapi angan2 tinggi. Haa ade je gelebeh kat perut tu... kesan 2kali mengandung. Hakhak. 


Setiap malam sebelum tido memang ada amik masa untuk workout light2. Alaa angkat2 kaki sikit... Push up... Like that. Serius lepas tu tido lena katakoo. Bangun pagi takde badan lemau... Aku pon amalkan jugak macam kauorang lemon detox. 

14.01.2016
First day zumba 2016.
15.01.2016

Actually aktiviti zumba kat ofis terstop almost 2bulan gak la disebabkan coach kitaorang busy dengan group luar. Inisiatif lain terpaksa buat sediri kat rumah hahahaha. Step kelaut jangan cakap janji ai keluar peluh. Anak2 join sama.

Harap dapat istiqomah.

Jenis aku isnin-sabtu makan biasa2 so ahad makanlah apa yang ko nak makan. Tapi pelik dah jadi addict pulak kat dalam diri tokleh makan banyak2 wey nanti berat naik. Pcyco sangat. Perut pon dah terbiasa menerima portion sikit. Baguss. Kipidap.

So korang, yang penting semangat tu kena ada. Boleh je teman suami makan malam2 tapi jangan la ko pi bantai dua pinggan nasi pulak. Aku lebih ratah sayur, lauk. Nampak jugak kau makan kan. Aku bukan nak kurus melidi... cuma lebih kepada kurangkan makan makanan merepek. Itu pon aku start jaga makan bila Dareez dah putus susu badan. Dulu takde pon amik port gemok ke kurus ke ahh pi lantak la janji makan. Hahaha. Maybe faktor usia membuatkan kadar metabolisma aku rendah. Amboi nak salahkan usia pulak. Eh yelah... dulu puasa sebulan tu pun dah buat berat badan berkurangan dengan jayanya. Sekarang ni takdo lah do. Heeee.








Wednesday, January 13, 2016

Demam hindustani

Dah tengok ke filem Dilwale tu? rasa rasa nak bagi berapa bintang? Heeee. Aku bagi 3* jelah boleh tak. Matiks lah kan kalau peminat tegar filem hindustan baca belog ai. Alaaa kauorang nak tengok Dilwale sebab ada SRK dgn Kajol je kan. Haaa jangan tipu berdozer.

Daripada kauorang feeling2 tengok Dilwale doplohpat kali tu baik layan filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan dengan Kareena Kapor. Insyallah tak rugi... dah la scenery meletop2 lawa... dengan lakonan budak kenit tu yang aku rasa nak tampor2 je muka sebab comel sangat. Lain dari yang lain cerita dia. Konflik negara India dan Pakistan... ehhh tengok sendiri ah.




Tak sia2 masa 2jam 30minit aku tercongok depan tv. Jangan cakap pekerja gomen takdo kerja pulak sampai boleh layan movie. Kauorang kena tahu... kami bekerja dengan company broadcasting maka setiap filem2 terbaru harus tengok (belum istihar wajib lagi) ini kerana setiap filem tu ada unsur2 pembelajaran yang patut kita amik tahu. Wahhhhh alasan kemahen. Yelah... kau tengok setiap editing dalam filem hindustan... cam ni haa cap eh (angkat ibu jari sikittt) dengan background music..efek2 dia...wahhh kagum.

First tengok Dilwale oklah layan sebab bila masuk part gangster, ok not bad. Then aku jadi macam lahhh apa boring sangat ni bila dah tengah2 cerita. Cutting babak ke babak straight forward sangat. Macam tak berkembang. Wahhh feeling2 pengkritik filem, ko dah kenapa? Wahahaha. Then yang tak boleh belah rasa hoi rugi masa aku part ending. Rasa nak tikam dada sendiri. Habis macam tu jeeeee. Nasib baik lagu best2. 

Tengok lah wey cerita ni... confirm tak rugi. Masa tengok teringat kat anak. Macam tu lah kot situasi budak hilang. Eeeeii sedih ok tapi aku takde ah sampai menangis. Gelak2 ada lah sebab rasa lawak gila si Salman Khan tu berlakon jadi naive sangat... kalau duduk kat Malaysia confirm2 kena kenching doplohpat jam. Mana nak jumpa orang yang jujur gila zaman sekarang ni. Kalau ada pon sure ada tipu sikit2 khen. Hahahaha








Tuesday, January 12, 2016

Perkembangan eczema Dareez - Part 2

Hari tu cerita takdo gambar so hari ni baik hati nahh aku bagi setepek. Ok actually selalu terlupa nak snap gambar perkembangan si Dareez ni. Lepas mandi laju2 pakaikan pampers.. baju dia mana le nak dan teringat ambik hp pastu pi tangkap gambar ruam2 dia tu. Hahaha nampak sangat aku banyak kerja kat rumah.

So there it is,

 09.01.2016
 09.01.2016
09.01.2016
Paling atas, celah peha belah kanan. Nampak kat situ semakin ok... just tinggal parut je. Tu pon aku still tepek essential oil blend sama vco. Hari2 pon macam tu... cuma kat rumah pengasuh aku tak bekalkan. Kadang2 kalau malas nak blend minyak aku taruk je bedak baby johnson. Bagi kulit tu rest sekejap daripada minyak. 

Second and third, gambar kaki kanan dan jugak kaki kiri. Betis kanan setakat ni ada setompok ruam sebesar duit 20sen. Itu dah ok sikit... kalau tak lagi worst kau tahu. Kaki kiri ok sikit lah... ruam tak naik banyak. Macam yang aku cakap sebelum2 ni... ia datang dan pergi. Hahahaha.

09.01.2016

09.01.2016

Yang ni aku nak spotted dahi sebenarnya... tapi tahu lah budak ensem ni tokleh nak duduk diam. Kang aku grip dikatakan mendera... so dapat snap jarak ni je. Oklah tu. So nampak ke idak masalahnya? Nampak kan. Better than before. Nak kata licin selembut kulit bayi memang tak ah... dapat gini pon aku dah bersyukur. Takde semak mata aku memandang dahi dia yang penuh ruam. 

Yang penting sekarang ni makan kena pantang. Ikan gatal ke apa memang tak bagi Dareez makan. Takpelah dik sementara awak nak membesar... esok dah baik nak makan setong ikan pon makan lahh. But this time kita pantang ye. Aku tak boleh la tengok dia malam2 masa tido dok menggaru sana sini. Dengan kulit dia yang kering ittew. Kulit aku pon lembut lagi. Kahkahkahkah.

Marilew berubat bersama Young Living. Ai tak jual... ai pembeli dan pemakai jerrr. Eh silap, aku pembeli... yang pemakai adalah si Dareez. 

Kbai.








Family Bonding - Taman Tasik Perdana

Seingat aku ini adalah kali pertama jejak kaki kat sini selepas Dareez lahir. Punya lah lama engko sampai siap dah parking bertingkek itu. Aku yang terbagak2... daddy buat rileks je sebab dia pernah bawak Aqif kat sini berdua sebab masatu pasal apa tah. 

Parking jauh harap maklom... nak lepaskan Asar dulu itu yang gerak lambat. Lagipun sekarang petang memang panas melampau... kita rileks2 jelah bukan nak kejar apa pon ye dak. Plan nak bagi budak2 ni main kat taman. Aku pulak dah terbayang ada buggy car macam dulu. Hahaha jap fikir, ada lagi ke tak sebab hari tu tunggu sikit punya lama bayang pon tak nampak -______-







Aku dah set kat mind nanti nak bawak basikal untuk Dareez... kang senang takdolah nak berdukung. Pastu boleh pulak lupa. Hahahahah mendapat la sakit pinggang daddy ko dukung. Itu pon banyak kali mengeluh. Alahh Dareez berat baru +8kilo... rileks la. Tak sado lah kalau tak larat. Kah.



Dah nak maghrib baru beransur pulang. Nasib aku tak bawak sport shoes kalau tak dapat le seround jogging kan. Hahaha. Rinduu. Dulu masa zaman bujang... zaman belum ada anak rajin gak jogging2 ni kat tasik. Dah ada anak kalu, anak didahulukan ah.






Monday, January 11, 2016

Good luck boss kat tempat baru

Masuk tahun 2016 ni ada dua staff kat tempat aku kena reshuffle perjawatan. Sedih memangla sedih sebab 2-2 tu adalah penyelia kitaorang yang baik, ensem lagi terpuji. :DDD Tapi nak buat macammana... Kerja2 kat bilik ingest tetap kena diteruskan. Apa2 pon semoga success ditempat baru. Jaga kelakuan, jaga personaliti. Dan yang paling penting jangan nakal2. Yelah, masuk kandang kambing kenalah mengembek. Jgn terbawa2 perangai tak semenggah tu yek. Sana tak ramai bunga... Pasti boring tahap kuasa gaban. Kihkihkih. Habislah aku nanti susah le nak ngorder barang jamu kosmetik bagai. Boss dah duduk kat tempat yang sibuk.

So bagi meraikan pemergian diaorang kami decide buat makan2 kat luar. Disamping tu jugak meraikan kehadiran pengganti kepada penyelia2 kitaorang tu. Welcome on aboard En.Amir. Jangan menyesal mengenali kami. Penuh dengan kezutan. Kahkahkahkah.

En.Amir ni aku kenal gitu2 lah jugek pasal dulu pernah join family day tahun 2007 kot. Dulu tak kenal nama tapi kenal muka. First impression nampak macam serius... Takuit saya. Tak kenal maka tak cinta betul tak. So kita layan.


Jejaka terhangit kat ofis.
Semua pon dah available. :DD


Spotted my 1st collection sofina3
Kuning pon kuning lahhh.

Good luck boss. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Maafkan saya kalau ada salah dan silap sepanjang berada di unit ni. Cehhh ucapan macam aku pulak yang nak berpindah. Ermmm bila lah nak dapat tukar ni weyyyy.






Friday, January 08, 2016

Pronounce yang betul

Nama aku HELISA.
Not he-li-sa. 
Not ha-li-sa.
Not her-li-sa.

Sebutan yang betul, 
Hair-li-sa.

Got it?

Dulu kat sekolah tak belajar e-pepet dengan e-taling keee?











Perkembangan eczema Dareez

 26.11.2015
28.11.2015
01.12.2015

07.01.2016

Alhamdulillah so far setakat ni its getting better. Dareez start guna Cetaphil awal bulan Nov 2015... guna cleanser dan jugak lotion. Then awal bulan Dec 2015 pulak pergi jumpa Dr. Saiful sebab eczema dia tak surut2. Ok, sebenarnya surutlah jugak tang kepala dan dahi, cuma kat celah kangkang tu statik takde perubahan. Then malam2 dia akan merengek sebab gatal seluruh badan ke apa tak tahu lah. Itu yang punca makbapak ko tak cukup tido.

Hujung bulan Dec 2015 aku start applykan minyak YL kat Dareez. Bukan kat tempat eczema aje, seluruh badan aku sapu. Campur dengan vco. So inilah hasil dia. Btw Dareez bukan jenis eczema yang teruk sampai garu berdarah2 tu. Gatal dia on dan off. Kejap naik kat kaki, kejap kat tangan... ni paling latest kat bahu. Celah kangkang dah settle... kulit dah licin tapi still meninggalkan parut hitam sikit. Kaki pulak tak bersih ye.. still ada tompok2 kesan kudis gatal. Hahaha. So malu ah kalau pakaikan dia short pants.

So far aku sangat berpuas hati dengan perkembangan Dareez setakat ini. Beli mahal2 kalau nan hado boleh nangis sedu sedan tahu. Daddy tak tahu pon apa yang aku beli dan amalkan untuk anak bongsu dia. Dia tahu ohhh gatal2 adik dah takde la yanggg. Hekelehhhh, aku yang sapu malam2 dia tak nampak.


T_________T

Nanti aku tepek lagi gambar si Dareez ni kalau ada. Tak sia2 cuba kaedah lain. Betullah kan, tak kenal maka tak chenta. 

P.s, Aku still continue Cetaphil as a daily cleanser... cuma lotion dia aku gantikan dengan minyak YL. Tu je. Ubat yang Dr. Saiful bagi pon dah lama tak makan.






Demam tak bertempat

Anak anak bujang aku ni bukan jenis yang kalau demam tu, demammmm je memanjang. Then disusuli dengan batuk, seseme.. Alhamdulillah takde setakat ini. So semalam petang macam biasa amik budak2, mak dia cakap Aqif demam sikit dari tengahari tadi. Mak dia memang macam gitu lah, kalau tak teruk dia tak kan call. Aah aku rasa badan dia pon dah panas lain macam. 

Balik terus tuam dengan air asam jawa then bagikan ubat. Yang adik tu pon badan dedor2 hingus macam bunga2 nak keluar... pon aku bagikan jugak ubat demam dan seseme. Oh btw asam jawa tu kalau boleh biar yang pure... takde campuran garam etc yang jual kat kedai tu. Ni aku beli khas datangnya dari kedah. Memang asam jawa semata. Orang kata itu lebih berkesan kalau nak turunkan suhu demam budak2.

Biasalah kan dengan cuaca tak tentu pasal. Dengan daddy yang sakit2 badan.. dengan aku pon yang kepala tingtong tak cukup tidor. Silap2 dengan aku sekali demam berjemaah ni kang. Kalau ummi demam masyallah... boleh lumpuh sistem di rumah. Hahahaha.

Muka selenge
Demam sangat lah tu.
Tiba petang dah ok, Alhamdulillah

Jaga anak demam ni menuntut kesabaran yang tinggi. Dapat yang merengek tetengah malam, boleh panas hati wooo. Awak sedap tido tiba2 kena kacau dek anak yang merengek. Tu belum cerita pasal tuam seluruh badan dengan air asam jawa. Dapat pulak yang macam Dareez yang memang tak suka tuam badan... serikk. Aku senang je... budak2 start je demam laju2 aku mandikan diorang dengan air suhu suam2. Kasi diorang main air sampai suhu dia reda sikit. Then pakaikan lah baju yang bersesuaian. Actually anak2 aku memang jenis bukan demam yang teruk2. Maybe ikut baka mak bapak. Alhamdulillah. Semoga berterusan sehingga besar. Bukan apa, anak demam mak bapak susah hati. Itu yang tidur tak lena, makan pon tak senang. Biarlah dia bergonjeng2 sepahkan rumah dari tengok dia dok terbaring je kat atas tilam. Sedeh.







Wednesday, January 06, 2016

Takde pilihan

Last week hari tu saja bawak budak2 berjalan. Seharian duduk terperap kat rumah... so meh la kita keluar. Bukan aku je yang buntu kepala otak, anak2 pon macam tu jugak. Disebabkan lately ni cuaca bila petang je tak berapa nak cantik so lets kita berkampung kat dalam mall. Macam biasalah kena cari mall yang ada playground. Dah kata tujuan utama pon nak bawak budak berjalan. Jangan ikut kepala mak bapak je. Aku jenis yang tak boring menunggu budak2 main. Lain daddy ai. Hahahaha. Nak keluar ni pon bersebab jugak. Hp Oppo daddy nak kena update ke upgrade software ke apa tah. Malaz ai nak amik port. Itulah, orang nak beli hp baru dia pon sibuk nak tukar gak. Pastu menyesal melepaskan Note2 kesayangan dia. Hahahaha.


Aku tak tahu la kan kenapa semua playground yang aku pergi setakat ni tak boleh menandingi Amanville kat Space U8 ittew. Maaf jangan kecam aku. Ini hanya sekadar pendapat peribadi. Yang kurang hygiene pon ada... yang bersepah then ada so of part kat tempat mainan tu kurang selamat pon ada. Yang berbau hanc pon ada. Nak kata aku ni pembersih sangat idok la. Tapi itu kan tempat mainan budak2... so ko mesti expect owner dia pandai jaga kebersihan. 

Oklah tak boleh salahkan owner ye dak... sebab dia bukan setiap jam lepak kat situ. Ok lah pekerja dia... kau setakat memerhati budak tapi tak jaga kebersihan toilet pon baik gheti kan ah. Aku duduk dalam sepuluh langkah nak ke toilet tapi bau dia... hazabedahhhh. Takdo lah aku nak bawak anak2 aku pi tukar pampers kat situ. Haaa lagi satu, most playgorund tak sediakan bilik nursing. Eh eh cemana tu kalau mak2 yang bawak baby then nak bf anak dia? Owner kena fikir gak tu ye. 

Harga masuk boleh tahan tapi dia punya fasiliti agak kureng. 

Kenapa aku meroyan? Sebab kat dalam banyak2 ball tu punya section aku ada bau hanc. Aaaaaa laju2 aku tarik Dareez keluar. Memang before ni ada viral kalau boleh jgn la bawak anak2 bermain kat tempat2 yang macam tu. Sebab ada kes tak hygiene la. Tapi takkanlah tak bawak ye tak. Tahan pulak engko dengan petang2nya hujan selalu... budak2 jenis nak bebas berlari. Asyik2 bawak pi rumah wan, rumah maklong... boleh tahan boring ye. So takde choice. Maklomlah awak duduk rumah flat. Kang anak lari2 depan rumah orang kena pulak sembur doploh kali. Terus bermasam muka.



Sapa tahu ini dekat mana? Muahahaha. Kalau tahu simpan dalam hati je ye. Sini habis sini jelah. Aku bercakap ni pon sebagai ingatan lepas ni kalau nak pergi kat tempat2 yang macam ni kena selected dulu. Jangan main redah je. Selalunya sekali je lah jejak... lepastu takde dah. Kita cari port lain pulak. Walaubagaimanapun, Amanville tetap dihati. Muahh.







Tuesday, January 05, 2016

Terima kasih mak, ayah

Orang kata siapa yang sambut birthday, dia akan diraikan tanpa perlu keluarkan duit sesen pon. Ala ala pwinces gitew. Ke bukan? Hahaha

Tapi aku rasa aku nak lain dari yang lain ah. Apa kata start 2016 ni aku nak raikan mak bapak aku sebagai tanda penghargaan aku terhadap diaorang kerana mereka aku dapat melihat dunia ni. Wahhh. Ayat berbelit belit macam ular.

Takpalah takde sambutan ke atas aku, takde hadiah mahal pn takpe... Ok tipu. Celebrate dah buat, hadiah pon dah dapat. Kahkahkah. 

Aku ingat nak bagi diaorang pulak hadiah. Amacam?

Semenjak mak aku dah pakai Ipong6 ni dia selalu melayari blog2 hiburan maka sibuk tanya wangi sangat ke perfume CheTa tu. Ok takpe mak, kita dah belikan untuk mak. Hehehe. Alahhh murah jerrrr ai beli RM29.90. Nasib baik takyah pre order kalau tak lama nak tunggu perfume ni jatuh ke riba. Kahkahkah.

Cilok gambar dari gugel

Hekelehhh tu pon nak bagitahu kat belog kan.

Eh eh suka aku laaaa. Mana tahu esok dah besar anak aku blog walking then terbaca lak belog sendu mak dia, kemudian tak mustahil dia akan buat kat mak bapak dia pulak. Hahaha.

Tapi kan aku nak bagitahu perfume tu wangi okeh. Tahan sampai ke petang... dah la dijamin halal lak tu. Tak percaya? Nanti beli ye.

Kboi.







Maghah nih

Sepatutnya check up Dareez 4.1.2016 tapi disebabkan kat ofis ramai yang takde... plus system tengah breakdown, daddy pon rushing hour ada tender nak kena buat so aku putuskan postpone next week jelah. Lagipon semalam aku sibuk dengan urusan bank. Tu nanti aku cerita later. Aku tak call pon KKIA Pantai Indah semalam. Aku try call hari ni (5.1.2016) nak cakap dengan SN Salwa... sebab dia yang pegang rekod anak aku. Malangnya dapat tahu SN Salwa dah resign ke apa tak jelas pulak apa yang tukang sambut panggilan telefon aku tu cakap. So dia pas ke SN lain.

Aku bgtahu masalah aku yang tak dapat nak attend appointment semalam so mintak dia tarikh baru yakni next week. Btw selain regular checkup, Dareez kena jumpa dental gak. Dental setiap hari isnin kat KKIA Pantai Indah. Jadinya nak tak nak appointment tetap kena hari isnin. So aku bagi sebab musabab semalam tak sempat nak datang kerana agak sibuk urusan kerja. Boleh pulak SN tu jawab kita kat sini pon sibuk jugak. Eh eh. 

Aku terus panas hati. Aku ni disebabkan particular dengan kesihatan anak la call sana sini, ubah tarikh appointment nak mengikuti tahap perkembangan anak. Boleh pulak kau jawab macamtu. Habis tu nak aku dok diam buat bodoh takde apa apa tindakan ke apa ni. Pastu tunggu SN call marah kenapa tak bawak anak pi check up? Macam tu ke??

Terus rasa what the fak ah. Aku ni beriya ok rasa bersalah bagai sebab tak dapat datang semalam. Ye memang la salah aku sebab suka2 hati nak tukar tarikh appointment tapi dari aku buat bodo lagi melampau ye tak. At least aku ada usaha tak skip regular checkup tersebut. Geram ok bila SN jawab macamtu. Macam dia ingat aku jelah yang busy... Diorang tak busy so boleh sesuka hati parents nak ubah tarikh appointment. Aku jenis tak suka orang anggap aku jenis yang macam amik sambil lewa. Ada benda aku kena give and take. Macam hal yang ni. So sebagai staff yang memberi khidmat kepada masyarakat at least cakap la elok2. Aku cakap baik2 apa. Siap bagi salam, ucap selamat pagi... Bagitau sebab kenapa tak boleh attent bagai. So aku expect kau punya feedback tu yang membina. Please ok. Kalau ko period pon jgn libatkan dengan hal kerja. I dont like that.

Maghah ok. Pagi2 rasa aura negatip. Tak suka betol. Spoil mood ai.

Next week aku datang nak tengok SN Nani@Rosnani@Noraini ahh apa tah tapi Nani Nani la... Tengok bagus ke tidak. Meh nak kutuk berbakul2. Grrr. 


Okbai.






Monday, January 04, 2016

Semangat playschool

Ramai ye hari ni parents update kat social network pasal 1st day anak kat school. Wow ni anak yg suka ke makpak yang teruja lebih ni. Wakakaka. Paling win update anak pi playschool la. But please ye kwn2 kalo boleh jgn update terlalu banyak. Sebab ada je mata yang memerhati. Aku bukan apa... Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Susah nak bezakan orang yang baik semulajadi dengan orang yang baik depan tapi belakang... hmmm.

Aku sebenarnya ada silap jugak. Patutnya takyah lah nak mention nama taska nak hantar Aqif nanti. Huhu. Oklah kita belajar dari kesilapan ok. 

Tengok anak anak kawan dah hantar pi school aku lak yang debor. Kekdahnya cemana la gaya si Aqif nanti ye. Now tengah potty training. Alah engko tak habis habis potty training... Bilanya nak berjaya tak tahu. Hahahaha. Rileks la... Aqif budak bijak.. Ummi dia je yang malaz. Aku takdelah straight hari2 ngajor. Datang malas nak mop lantai takdo lah Aqif tu training. Kencing dah pandai nk cakap.. Berak je fail kelaut. Ok kita bagi masa lagi ye. Takyah nak ribut2 semak kepala otak... Kita rileks2 ok?

Yuran pendaftaran untuk playschool sekarang berapa yek... Nak standby. Hahahaha. Agak2 tak cukup duit nanti terpaksa la guna duit tabung bebudak tu. Hihihi. Simpan dari kecik nak buat apa kalo tak guna untuk kes2 kecemasan ye dak? Takkan nak simpan semata dah besor nanti nak beli chinchin berlian rege juta2. Pastu bagi kat girlfriend. Ewahhhh. Lepuk sekali kanggg.

So anak anak, selamat bersekolah. Bergaullah dengan penuh hemah. Main sama2... Jangan gaduh2... Jangan lasak2. Study smart... Takyah struggle sgt sebab playschool je pon. Kita fun2 je. Hihihi.


Kbai.











Saturday, January 02, 2016

tiga-puluh-tahun

Wowww. Tepuk tangannnnn. 
Alhamdulillah sudah berusia 30 tahun aku tahun ini. Apa perasaan? Tak tahu nak describe macam mana. Tapi aku rasa bersemangat. Ecehh. Hahaha support pelis. Tak tahu tak cakap wehh... masih lagi belum percaya. Kahkahkah.

Syukur.

Masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aduh ayat poyo nak mamp. Geli pulak aku nak menaipnya. Kahkahkah. Okok kita serius. Aku tak mengharapkan keajaiban yang pom pom meletop... aku cuba berharap agar tahun ni aku dapat pindah ke Kajang/Seremban. Tu yang paling utama sekali. Yang lain2 macam biasa la... harap gaji naik melantun lantun dan paling berharap agar harga barang kat Malaysia ni turun mendadak ( errr maybe tidak -_____- )

Tiga-puluh-tahun dah engkooo. Muka langsung takda. Itulah, sapa suruh susuk badan mengecil. Dah macam budak sekolah darjah 6 pon ada. Haa jeles? jeles?






Terima kasih kepada semua yang wish thru semualah... whatsapp, fb, ig dan lain2. Ai terharu like that. Family in laws... family sendiri dan jugak anak anak serta suami. Tahun ni ai mintak hadiah mahal kat suami jangan jeles. Muahahaha. Tu kiranya hadiah termasuk wedding anniversary, dan relationship anniversary. Pakej 3 in 1. Hahahaha.

Oh ya itu bukan kek. Itu nutella chese tart. Order dengan classmate daddy masa sekolah rendah dulu. Pastu tiba2 dah jadi kawan aku lak. Yang daddy tiba2 jadi pemalu... yang aku pulak beriya iya. Hahaha. Lantok. Nak order? Boleh visit her ig: vd_licious. Kauorang taip je kat fb search vdlicious ada lah nama dia tu. Makin maju bisness dia. Alhamdulillah. Aku suka nengok kawan2 berjaya.