life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 13, 2016

Demam hindustani

Dah tengok ke filem Dilwale tu? rasa rasa nak bagi berapa bintang? Heeee. Aku bagi 3* jelah boleh tak. Matiks lah kan kalau peminat tegar filem hindustan baca belog ai. Alaaa kauorang nak tengok Dilwale sebab ada SRK dgn Kajol je kan. Haaa jangan tipu berdozer.

Daripada kauorang feeling2 tengok Dilwale doplohpat kali tu baik layan filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan dengan Kareena Kapor. Insyallah tak rugi... dah la scenery meletop2 lawa... dengan lakonan budak kenit tu yang aku rasa nak tampor2 je muka sebab comel sangat. Lain dari yang lain cerita dia. Konflik negara India dan Pakistan... ehhh tengok sendiri ah.




Tak sia2 masa 2jam 30minit aku tercongok depan tv. Jangan cakap pekerja gomen takdo kerja pulak sampai boleh layan movie. Kauorang kena tahu... kami bekerja dengan company broadcasting maka setiap filem2 terbaru harus tengok (belum istihar wajib lagi) ini kerana setiap filem tu ada unsur2 pembelajaran yang patut kita amik tahu. Wahhhhh alasan kemahen. Yelah... kau tengok setiap editing dalam filem hindustan... cam ni haa cap eh (angkat ibu jari sikittt) dengan background music..efek2 dia...wahhh kagum.

First tengok Dilwale oklah layan sebab bila masuk part gangster, ok not bad. Then aku jadi macam lahhh apa boring sangat ni bila dah tengah2 cerita. Cutting babak ke babak straight forward sangat. Macam tak berkembang. Wahhh feeling2 pengkritik filem, ko dah kenapa? Wahahaha. Then yang tak boleh belah rasa hoi rugi masa aku part ending. Rasa nak tikam dada sendiri. Habis macam tu jeeeee. Nasib baik lagu best2. 

Tengok lah wey cerita ni... confirm tak rugi. Masa tengok teringat kat anak. Macam tu lah kot situasi budak hilang. Eeeeii sedih ok tapi aku takde ah sampai menangis. Gelak2 ada lah sebab rasa lawak gila si Salman Khan tu berlakon jadi naive sangat... kalau duduk kat Malaysia confirm2 kena kenching doplohpat jam. Mana nak jumpa orang yang jujur gila zaman sekarang ni. Kalau ada pon sure ada tipu sikit2 khen. Hahahaha








No comments: