life is beautiful

life is beautiful

Friday, January 08, 2016

Demam tak bertempat

Anak anak bujang aku ni bukan jenis yang kalau demam tu, demammmm je memanjang. Then disusuli dengan batuk, seseme.. Alhamdulillah takde setakat ini. So semalam petang macam biasa amik budak2, mak dia cakap Aqif demam sikit dari tengahari tadi. Mak dia memang macam gitu lah, kalau tak teruk dia tak kan call. Aah aku rasa badan dia pon dah panas lain macam. 

Balik terus tuam dengan air asam jawa then bagikan ubat. Yang adik tu pon badan dedor2 hingus macam bunga2 nak keluar... pon aku bagikan jugak ubat demam dan seseme. Oh btw asam jawa tu kalau boleh biar yang pure... takde campuran garam etc yang jual kat kedai tu. Ni aku beli khas datangnya dari kedah. Memang asam jawa semata. Orang kata itu lebih berkesan kalau nak turunkan suhu demam budak2.

Biasalah kan dengan cuaca tak tentu pasal. Dengan daddy yang sakit2 badan.. dengan aku pon yang kepala tingtong tak cukup tidor. Silap2 dengan aku sekali demam berjemaah ni kang. Kalau ummi demam masyallah... boleh lumpuh sistem di rumah. Hahahaha.

Muka selenge
Demam sangat lah tu.
Tiba petang dah ok, Alhamdulillah

Jaga anak demam ni menuntut kesabaran yang tinggi. Dapat yang merengek tetengah malam, boleh panas hati wooo. Awak sedap tido tiba2 kena kacau dek anak yang merengek. Tu belum cerita pasal tuam seluruh badan dengan air asam jawa. Dapat pulak yang macam Dareez yang memang tak suka tuam badan... serikk. Aku senang je... budak2 start je demam laju2 aku mandikan diorang dengan air suhu suam2. Kasi diorang main air sampai suhu dia reda sikit. Then pakaikan lah baju yang bersesuaian. Actually anak2 aku memang jenis bukan demam yang teruk2. Maybe ikut baka mak bapak. Alhamdulillah. Semoga berterusan sehingga besar. Bukan apa, anak demam mak bapak susah hati. Itu yang tidur tak lena, makan pon tak senang. Biarlah dia bergonjeng2 sepahkan rumah dari tengok dia dok terbaring je kat atas tilam. Sedeh.







No comments: