life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 12, 2016

Family Bonding - Taman Tasik Perdana

Seingat aku ini adalah kali pertama jejak kaki kat sini selepas Dareez lahir. Punya lah lama engko sampai siap dah parking bertingkek itu. Aku yang terbagak2... daddy buat rileks je sebab dia pernah bawak Aqif kat sini berdua sebab masatu pasal apa tah. 

Parking jauh harap maklom... nak lepaskan Asar dulu itu yang gerak lambat. Lagipun sekarang petang memang panas melampau... kita rileks2 jelah bukan nak kejar apa pon ye dak. Plan nak bagi budak2 ni main kat taman. Aku pulak dah terbayang ada buggy car macam dulu. Hahaha jap fikir, ada lagi ke tak sebab hari tu tunggu sikit punya lama bayang pon tak nampak -______-







Aku dah set kat mind nanti nak bawak basikal untuk Dareez... kang senang takdolah nak berdukung. Pastu boleh pulak lupa. Hahahahah mendapat la sakit pinggang daddy ko dukung. Itu pon banyak kali mengeluh. Alahh Dareez berat baru +8kilo... rileks la. Tak sado lah kalau tak larat. Kah.



Dah nak maghrib baru beransur pulang. Nasib aku tak bawak sport shoes kalau tak dapat le seround jogging kan. Hahaha. Rinduu. Dulu masa zaman bujang... zaman belum ada anak rajin gak jogging2 ni kat tasik. Dah ada anak kalu, anak didahulukan ah.






No comments: