life is beautiful

life is beautiful

Thursday, January 21, 2016

Perempuan cantik

Susah jugak zaman sekarang ni kan perempuan cantik pon boleh kena tinggal. T__T Takziah pada Fasha Sandha dan jugak Fiza Elite. Nak komen pon kena berpada-pada maklomlah zaman sekarang semua pon nak viral. Tak pasal ada orang print screen pastu bagi kat Siakap Keli ke Sukan Star TV ke.. Amran Fans ke. Simpanggg. Hahahaha Ada yeh my old friend kena dengan Amran fans pasal isu menetek hari tu. Tak pasal dia sebarkan fb kawan aku pastu suruh orang semua add dia. Macam hagham. Takpala maybe kawan aku tu terkasar bahasa sikit jerrrr. Orang support breastfeeding.. support nursing in public with cover... bukan without cover. Ada paham dak dua benda tu. Kalau paham, bagus.

Sedih gak dengar FS dah bercerai.. dulu aku pon tak suka sebab dia perampas suami orang. Hahahaha macam bagus je engko nak benci2 orang. Hingat semuaorang suka kat kau ke. Puii. Dulu zaman baru nak up. Tapi yelah jodoh tu kan rahsia Allah swt. Kita nak menidakkannye tak boleh lah kan. ND pon lepas bercerai baru nampak ohh macam ni rupanya lifestyle dia. So macam tak sesuai je dengan Jejai yang pada pendapat dan pandangan aku yang ala ala family man. Wahh gitchew. Ai skodeng ig retis u know. Itu yang data plan asyik habis je memanjang. -_______-

Perasan tak FS selepas dapat baby slow terus dalam industri lakonan. Ada pon dia selected. Bagus, aku sokong sebab nampak dia lebih utamakan family. Pasal dia dengan FIL kita sebagai orang luar ni tak tahu mender jangan ah mengeruhkan keadaan. Takkan doplohpat jam dia nak update kat social network kegembiraan mereka bersama. Aku pon xde keje la haii nak update bagai. Nampak fake pon ada gak.

Fiza tu tak tahu apa cite. Tup2 ehh dah bercerai kali yang kedua. Maybe itu bukan jodoh yang terbaik untuk dia kita mana tahu. Dah puas bertahan tapi tak jalan gak so jalan penyelesaian, putus. Dari kau nak sakit hati bagai. Selalu orang lawa2 ni laku jerr kalau dah bercerai berai. Tinggal nak selami hati budi je.. itu yang payah sebenarnya. Jangan cakap orang la, tengok aku ni dah cukup... bercinta dari zaman sekolah sampai bernikah tahun 2011 masih gak tak paham paham. Kahkahkahkah. Kalau tengah marah tu hilang ingatan sekejap kau kenal dia dari takde apa2 sampai porot dah boroi rambut dah gugur. Heeee.

Tapi ai sayang suami ai. Hehehehe.
B, nak pow henbeg fossil lagi boleh tak?
:DDDDDDDD









No comments: