life is beautiful

life is beautiful

Monday, January 18, 2016

Semangat kena ada. Workout tak beriya macam ni lah.

Aku start sedor diri semakin mengembang hujung 2014. Tiba2 eh pesal lengan sado tak boleh belah... Dengan perut tiba2 selambak... Belum lagi pipi kueh pau. Dalam diam2 lemak membiak dengan jayanya. Time tu memang takuit... Bukan apa... Sebab aku kan rendang so kalo mengembang boleh imagine cemanalah rupa aku. Katik dan pendek dan chubby. Woww.

So bulan 12/2014 aku slowly kurangkan makan... Payah weh. Sebab daddy jenis yang makan malam. Dia balik dah pukul berapa... Aku pulak memang makan tunggu dia balik baru makan sama2. Bayangkanlah... Setiap hari after 8pm baru kedek2 nak dinner then masuk tido pukul 11. Ko ghaseee.

Dalam pantang berat turun banyak... Naik kerja lepas 3bulan cuti pon still maintain nak2 time tu bulan puasa. Cuma susu drop so aku makan lebih sikit selepas berbuka. Konon2 nak maintain kan production susu. Tapi sebenarnya benda tu lah buat berat badan aku naik secara diam2. Memang tak sedor... Maybe aku pon fully bf so fikir anak.

Sampai satu tahap tu tiba2 tengok cermin rasa macam... Woww betulkah aku ini. Adik aku pulak nganjing kaklong gems. Hekelehhhh. Tekad dalam hati kena kurangkan berat. Seluar dah sempit. Baju kurung jangan cakap ah. Walaupon aku tak tinggal korset tapi entah ngape tak jalan. Oh ye, lepas bersalin aku still pakai korset/girdle tu ye. Nak shape kan balik figure. Maklomlah orang kebiasaannya bila seseorang tu dah beranak lebih daripada satu akan imagine ko gemok, chubby, tak mantop macam dulu ah. Adoiii camtu punya berfikir pon ada. Baru2 ni boleh lak terkejut eh kecilnya helisa anak dah dua kan. Dah tu nak suruh aku cemana ni... Padahal aku tak kecil okeh... Ada je lemak... Pandai sorok la. Hehehe.

Hujung tahun 2014 berat aku 47kilog. So nak tak nak kuatkan hati buat workout secara rileks. Takdelah beriya hari2 nak pi zumba bagai. Start 2015 sebolehnya aku bawak bekal kat ofis. Malam kadang2 tak makan... Kadang2 amik portion sikit buat peneman daddy. Nasik slow2 aku kadang amik kadang tak. Kalau amik aku cuba untuk kurangkan. Macam tu lah selama setahun 2015. Aku pon x nak lah orang cakap aku ni diet beriya. Last timbang bulan 10/2015 berat aku 44kilog. Hahahaha sikit je turunnya khen. Tapi takpa... Sebab macam yang aku cakap tadi... Aku tak nak nampak drastic sangat. Kita biasa2 je.

So 2016 azam nak kurangkan lagi terutamanya gelebeh kat perut. Dan tak lupa lengan sado. Hahaha workout malas tapi angan2 tinggi. Haa ade je gelebeh kat perut tu... kesan 2kali mengandung. Hakhak. 


Setiap malam sebelum tido memang ada amik masa untuk workout light2. Alaa angkat2 kaki sikit... Push up... Like that. Serius lepas tu tido lena katakoo. Bangun pagi takde badan lemau... Aku pon amalkan jugak macam kauorang lemon detox. 

14.01.2016
First day zumba 2016.
15.01.2016

Actually aktiviti zumba kat ofis terstop almost 2bulan gak la disebabkan coach kitaorang busy dengan group luar. Inisiatif lain terpaksa buat sediri kat rumah hahahaha. Step kelaut jangan cakap janji ai keluar peluh. Anak2 join sama.

Harap dapat istiqomah.

Jenis aku isnin-sabtu makan biasa2 so ahad makanlah apa yang ko nak makan. Tapi pelik dah jadi addict pulak kat dalam diri tokleh makan banyak2 wey nanti berat naik. Pcyco sangat. Perut pon dah terbiasa menerima portion sikit. Baguss. Kipidap.

So korang, yang penting semangat tu kena ada. Boleh je teman suami makan malam2 tapi jangan la ko pi bantai dua pinggan nasi pulak. Aku lebih ratah sayur, lauk. Nampak jugak kau makan kan. Aku bukan nak kurus melidi... cuma lebih kepada kurangkan makan makanan merepek. Itu pon aku start jaga makan bila Dareez dah putus susu badan. Dulu takde pon amik port gemok ke kurus ke ahh pi lantak la janji makan. Hahaha. Maybe faktor usia membuatkan kadar metabolisma aku rendah. Amboi nak salahkan usia pulak. Eh yelah... dulu puasa sebulan tu pun dah buat berat badan berkurangan dengan jayanya. Sekarang ni takdo lah do. Heeee.








No comments: