life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, January 06, 2016

Takde pilihan

Last week hari tu saja bawak budak2 berjalan. Seharian duduk terperap kat rumah... so meh la kita keluar. Bukan aku je yang buntu kepala otak, anak2 pon macam tu jugak. Disebabkan lately ni cuaca bila petang je tak berapa nak cantik so lets kita berkampung kat dalam mall. Macam biasalah kena cari mall yang ada playground. Dah kata tujuan utama pon nak bawak budak berjalan. Jangan ikut kepala mak bapak je. Aku jenis yang tak boring menunggu budak2 main. Lain daddy ai. Hahahaha. Nak keluar ni pon bersebab jugak. Hp Oppo daddy nak kena update ke upgrade software ke apa tah. Malaz ai nak amik port. Itulah, orang nak beli hp baru dia pon sibuk nak tukar gak. Pastu menyesal melepaskan Note2 kesayangan dia. Hahahaha.


Aku tak tahu la kan kenapa semua playground yang aku pergi setakat ni tak boleh menandingi Amanville kat Space U8 ittew. Maaf jangan kecam aku. Ini hanya sekadar pendapat peribadi. Yang kurang hygiene pon ada... yang bersepah then ada so of part kat tempat mainan tu kurang selamat pon ada. Yang berbau hanc pon ada. Nak kata aku ni pembersih sangat idok la. Tapi itu kan tempat mainan budak2... so ko mesti expect owner dia pandai jaga kebersihan. 

Oklah tak boleh salahkan owner ye dak... sebab dia bukan setiap jam lepak kat situ. Ok lah pekerja dia... kau setakat memerhati budak tapi tak jaga kebersihan toilet pon baik gheti kan ah. Aku duduk dalam sepuluh langkah nak ke toilet tapi bau dia... hazabedahhhh. Takdo lah aku nak bawak anak2 aku pi tukar pampers kat situ. Haaa lagi satu, most playgorund tak sediakan bilik nursing. Eh eh cemana tu kalau mak2 yang bawak baby then nak bf anak dia? Owner kena fikir gak tu ye. 

Harga masuk boleh tahan tapi dia punya fasiliti agak kureng. 

Kenapa aku meroyan? Sebab kat dalam banyak2 ball tu punya section aku ada bau hanc. Aaaaaa laju2 aku tarik Dareez keluar. Memang before ni ada viral kalau boleh jgn la bawak anak2 bermain kat tempat2 yang macam tu. Sebab ada kes tak hygiene la. Tapi takkanlah tak bawak ye tak. Tahan pulak engko dengan petang2nya hujan selalu... budak2 jenis nak bebas berlari. Asyik2 bawak pi rumah wan, rumah maklong... boleh tahan boring ye. So takde choice. Maklomlah awak duduk rumah flat. Kang anak lari2 depan rumah orang kena pulak sembur doploh kali. Terus bermasam muka.



Sapa tahu ini dekat mana? Muahahaha. Kalau tahu simpan dalam hati je ye. Sini habis sini jelah. Aku bercakap ni pon sebagai ingatan lepas ni kalau nak pergi kat tempat2 yang macam ni kena selected dulu. Jangan main redah je. Selalunya sekali je lah jejak... lepastu takde dah. Kita cari port lain pulak. Walaubagaimanapun, Amanville tetap dihati. Muahh.







No comments: