life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 05, 2016

Terima kasih mak, ayah

Orang kata siapa yang sambut birthday, dia akan diraikan tanpa perlu keluarkan duit sesen pon. Ala ala pwinces gitew. Ke bukan? Hahaha

Tapi aku rasa aku nak lain dari yang lain ah. Apa kata start 2016 ni aku nak raikan mak bapak aku sebagai tanda penghargaan aku terhadap diaorang kerana mereka aku dapat melihat dunia ni. Wahhh. Ayat berbelit belit macam ular.

Takpalah takde sambutan ke atas aku, takde hadiah mahal pn takpe... Ok tipu. Celebrate dah buat, hadiah pon dah dapat. Kahkahkah. 

Aku ingat nak bagi diaorang pulak hadiah. Amacam?

Semenjak mak aku dah pakai Ipong6 ni dia selalu melayari blog2 hiburan maka sibuk tanya wangi sangat ke perfume CheTa tu. Ok takpe mak, kita dah belikan untuk mak. Hehehe. Alahhh murah jerrrr ai beli RM29.90. Nasib baik takyah pre order kalau tak lama nak tunggu perfume ni jatuh ke riba. Kahkahkah.

Cilok gambar dari gugel

Hekelehhh tu pon nak bagitahu kat belog kan.

Eh eh suka aku laaaa. Mana tahu esok dah besar anak aku blog walking then terbaca lak belog sendu mak dia, kemudian tak mustahil dia akan buat kat mak bapak dia pulak. Hahaha.

Tapi kan aku nak bagitahu perfume tu wangi okeh. Tahan sampai ke petang... dah la dijamin halal lak tu. Tak percaya? Nanti beli ye.

Kboi.







No comments: