life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, January 26, 2016

Yang mana satu idaman hati

Lately ni aku dah tersyok pulak kat tudung Bokitta weyyy. Matiks lah kan asyik2 scroll ig tengok design dia. Sumpahhh meletops. Ada a few corak yang aku aim tapi dah tak keluar sebab tu design tahun 2014. Kahkahkah. Ai baru nak berjinak... newbie lah katakan. Harga dah la tak berapa nak mampu milik... tapi aku mampu2 jugakkan lah. Ketinggalan ketapi aku ni sebenarnya kalau nak tahu. Dulu start Neelofar yang jadi model tu kan... tertelan telan ailio gak la sebab selai je dah seratus lebih. Mampu tengok jela kat website. Then bila Neelofar keluarkan tudung jenama sendiri, pon aku turutkan hati membeli jugak. Haishh... ni lah namanya orang pempuan. Tudung dah melambak2 still cakap takde tudung nak pakai. Eh eh kau kenapa perangai cenggitu?

Terpaling cari corak ni.
Tak silap aku nama dia Nitely Red. Wahhhh.
Still hunting kat instagram.


Yang ni pon cari jugak.
Tapi nampak gayanya memang takkan jumpa.
T___________T

Semua aku cilok gambar kat google. Maapkan beta ya... bukak website corak yang terdahulu takdo dah. Sedeh tau macam ni. Aku masih baru dalam bidang bokitta ni. Kahkahkah. Kenapa aku tersuka tudung bokitta? Sebab kan, heh heh heh. Ada sorang perempuan ni aku sukaaa tengok style dia. Lawa je dia pakai apa pon. Bukan selebriti... bukan jugak blogger. Dia ni orang biasa. So that day aku nampak dia pakai bokitta. Ok jer terletak... sebab bila tengok model arab pakai cam tak berapa nak ok... semak pulak aku nengok berlayer layer. Tapi bila tengok budak tu pakai ehh lawanyaa. Hahahaha. Terus ai terjatuh hati uolls.  Dan lagi satu pin free... itu yang aku nak cuba adakah ia tudung yang betul2 serasi untuk aku. Lagipun kan, pernah daddy sound aku nak keluar takyah la pakai tudung neelofar lilit2 bagai... melambatkan orang jer. Ciskek. Bengang ai. Ikutkan hati dulu mana nak pakai shawl.. instant shawl bagai kan... aku pakai tudung sarung awning je kot. Pantas dan mudah. Tetapi semenjak aku memakai kacamata moscot ini terus kena berubah penampilan tudung. Hakhakhak. Weyy nanti pakai tudung awning pakai spek kemahin kembang muka kau. Cannot terima.

Aku sedang menghunting corak lama2 kot la ada seller yang jual preloved. Eh ada dah aku beli satu... kat website dah sold out... kau kena pandai cari kat instagram dan jugak kena rajin join group kat fb. Tapi tak boleh selalu sebab mahu pokai aku tiap2 bulan. Silap haribulan lari bajet wooo. Kata azam tahun ni nak simpan duit... ini baru berapa haribulan asyik keluar duit jerrr. Grrrrrrr.

Bokitta ni ada 4 design kalau kauorang nak tahu la. But this time aku nak try voila. Sebenarnya kan ada je kedai dia kat Bangi, Shah Alam, Setapak dan banyak tempat lagi... butik2 vendor. Cuma aku takde masa la kalau dia keluarkan batch terbaru aku nak pi tercongok kat pintu kedai sebelum kedai bukak. Hahahah memang tak ah.


Actually daddy tak tahu lagi aku addict dengan benda alah ini. Serba salah aku nak cakap sebabnya harga dia tuuu... Hahahaha. Sekali daddy jeling aku dah terkulat2 kat situ... ada yang dia sound beli je lah tudung kat pasar malam -___- ehhh pasar malam pon ai layan jugak. :DDDD

Lagi satu, ni pada pandangan mata aku la... kalau nak try bokitta kena beli kaler yang gelap2 kot... baru nampak tudung tu ada style. Hahahaha. Boleh macam tu kan.



Kbai.





No comments: