life is beautiful

life is beautiful

Friday, February 26, 2016

Kenangan mengusik jiwa


Gelak guling2 aku baca statement kat atas tu. Ko memang win dikkk. Macam pernah mengalami je situasi itu. Kahkahkah.

Aku kan duduk asrama masa teknik dulu... Then kalau dari rumah nak balik asrama mak aku memang wajib ah bekalkan makanan. Aku rasa bukan aku sorang jer... Mostly semua budak kot. So dulu takde bekalkan pakai bekas plastik murah or plastik beg... Mak aku terus pakai tupperware you know. Dengan pesanan, tupperware jangan lupa bawak balik. Baikkk mak. -___-

Selalu aku akan bawak je balik sebab dah dibagi amaran kan. Cuma aku teringat masa last day balik after spm... Habis spm kitaorg pakat ramai2 balik sendiri. Konon2 nak ada kenangan la sebab lepas ni potensi nak jumpa tu macam 5% jorr. Masing masing kan duduk jauh. That day barang aku banyak tapi gigih gak balik naik bas. Macam hagham perangai. Lupa pulak balik before tu mak ada bekalkan makanan dalam tupperware. Aku dah basuh siap2 tapi beg tak muat. Last2 aku tinggal kan jer kat para tepi tangga. Perangai ongkaya sangat. Nasib la junior sapa yg rembat tu aku halal kan bagi pihak mak aku. Mesti warden yang buat last checking pon pelik... Sapalah gerangan yang tinggal bekas tupperware banyak2. T___T

Balik jer rumah mak tanya tupperware dulu. Hahahaha. Kena marah okeng. Mak cakap ko hingat benda tu murah. Well... Macam biasa aku buat muka tak bersalah. Maafkan ai mak. Tak tersengaja.

Bila dah kerja, dah ada duit sendiri... Dah berkawan dengan pelbagai golongan... Dah pandai pulak mengumpul tupperware ohh baru aku tahu mahal eh harga dia. Patutla mak aku meroyan tak tentu pasal. Baru rasa teruk betul perangai aku waktu dulu. Serius sedih. Dulu dah la gaji kecik... Tapi mak aku gigih gak mengumpul tupperware... Pinggan mangkuk yang org perempuan suka. Dapat kat anak, hancur lebur. 

Macam aku la... Tengok tutup bekas air tupperware koyak ke hilang ke... Luluh hati. Dapat pulak yang hilangkan tu anak sendiri. Ohoiiii. Baru tahu perasaan mak aku waktu itu. Kalau daddy takpa lagi, aku suruh dia ganti baru.

Rasanya kalau aku belikan tupperware untuk mak agak2 dia suka dak? Aku nak tebus balik kesalahan aku dulu sebab amik remeh pasal benda ni. Dah jadi mak mak ni rasa hati tisu sangat tau.

Bukan sebab apa2, tapi sebab aku rasa mesti waktu tu mak down gila. Yelah, beli dengan hasil titik peluh bekerja siang malam, alih2 anak buang2 jorr. Oh btw tupperware termasuk dalam list salah satu barang yang orang perempuan tersangat sayang. Maksud aku kat sini, kaum mak mak lah.


Aku pon bekalkan kat anak aku bekas tupperware for breakfast dia. Tak tahu lah kenapa, dia macam satu kepuasan tau bila kau nampak suami, anak kau pakai barang yang kau beli memahal. Pehtu tupperware lak tu. Kahkahkah. Nanti sure bila orang nampak suami, anak kau pakai tupperware... wahhh mesti bini/mak dia pengumpul tupperware. :DDDD

Tapi kan, mostly sumeorang pon mampu beli tupperware dah sekarang. Tak sama macam zaman dulu. 

Tak sama.








Monday, February 22, 2016

Membebel

Haiii. Kembali bersiaran seperti ada reader je yang baca. Hakhakahak. Last wiken kauorang pergi mana? Sekarang heboh viral kat facebook Eco Majestic ada port lawa2 nak bergambor. Siap mention tak dapat p Paghih pon takpa.... kita datang Semenyih saja ok?

Kitaorang kan padahal setiap bulan balik Seremban kalau nak elak jammed kat Semenyih tu akan masuk kat Eco Majestic. Sajalah kan cuci2 mata tengok construction rumah yang superb. Verangan jelah woii. Daddy kan pernah keje dgn owner Eco Majestic. Tan Sri tu dulu kan ke owner Setia. So ramai lah jugak kawan2 daddy dari Setia convert ke Eco World. 

Bandar Akademia yang kitaorang beli dulu BELUM siap infrastructure, Eco Majestic yang aku rasa baru 2 tahun lebih landskap dah lawoooo dan rumah pon almost siap you know. Sedehh. Takpalah, rezeki developer masing2. T__T

So kitaorang kan lepak rumah jorr. Daddy malam sabtu ada shutdown so memang takde kemana. Ok lah tu, dah lama tak merasa duduk rumah sambil semua kerja rumah settle awal. Bahagia rasa. Siap tak boleh tengok baju kotor asyik nak membasuh jer. Hahaha. Eh tapi petang ahad tu ada la keluar jalan ronda2 naik motor amik angin kat kawasan rumah. Dah lama woih tak rasa macam ni. Selalu asal cuti je keluar. Pastu balik sampai rumah dah malam. Then kedek2 nak settlekan kerja rumah. Sekali sekala begini bagus jugak. Tapi untuk anak jangan le... tak berkembang nanti.

Entry takde gambar macam boring lak kan. Heeee. Aku pon rasa boring. Ok nak aku tepek sikit gambar anak bujang aku yang kitaorang panggil adik.


Kalau syift malam macam gini lah. Tiba2 ghindu kat budak dua orang tu... selalu asyik berkelahi je dengan ummi dia. Adik pon boles tahan dah sekarang ni. Sel sel otak makin berhubung katakoo. Aku urut dada je tau.

Hari ni asyik bukak facebook dok tengok orang hunting old design Bokitta. Aku pon saja cuci mata. Ai lama cari design jouri. Sampai termimpi. Ada seller pm dia nak jual jouri voila harga RM220 include postage. Wowwww sangat. Mampu memang mampu tapi tak tergamak lah nak spent duit macam tu je demi sehelai tudung. Ada tu ada yang nak jual sampai RM500. Pengsan oii. memang tak ahh. Pass kat buyer lain la jawabnya. Sapa kata rakyat malaysia miskin? Ermmm.

Yang ni lah menjadi idaman kalbu aku. Suka pulak aku melihat Bokitta yang tanah dia kaler hitam or gelap2. Nampak classic githew. Kita hunting lagi eh. Malam ni tido bermimpikan jouri. Kbai.






Thursday, February 18, 2016

Throwback gambar setahun yang lalu

Kauorang kan memang tak percaya kot aku pernah ke'chubby'an melampau lampau. Tak termasuk time pregnant ok. See the picture below,


HAHAHAHAHAHAHAHA

Aku macam berkira kira nak tepek ke tak tapi bagi memuaskan hati semua pihak (bajet ada reader lettew) aku tepek jugak walaupun rasa nak tutup muka dengan shawl yang aku pakai sekarang ni. Kahkahkah.

Nampak dak kekatikkan aku kat situ. Tombam gila kan aku. Ni masa kenduri aqiqah Dareez bulan 2/2015. Baru baru lagi nak belajar menurunkan berat badan. Dan baru nak start stop breastfeed Dareez. Aku tak cakap aku bf anak aku kurus. NO. Lain orang lain ragam. So far sepanjang pengalaman menyusukan anak, mulut mesti nak mengunyah. Bukan asyik nak nasik ke apa, dia macam apa eh.. macam kalau kau tak makan nanti perut ni pedih2 jorr. Gitchew. Kadang ada orang tu bila dia bf lagi cepat kurus. Time lepas aku berpantang ye betul. Ni anak nak masuk setahun, ermmm memang napsu sendiri je. Kihkihkih.

Rasa down gila ye bila tengok gambar ni. Itu yang kuatkan hati kena jugak jaga pemakanan. Mak aku yang pakai baju kaler light purple pon nampak kurus dari aku. Huwaaaaa nak tikam dada sendiri. Eh tapi itu dulu.

Problem aku macam biasalah tang pipi yang tah bila nak surut2 ni pon tak tau. Then lengan sado tapi isi lemak. Itu paling nampak ah. Rasa nak crop tang lengan. 

Dah dah. Masa lalu tu adalah sejarah. Sejaah tak boleh diubah tapi kita mampu mengubah masa depan. Nak kurus macam zaman anak dara belum ada kekuatan... tapi kita cuba. Usaha lift kejayaan. Nak pakai tangga lambat.

Bai.








Tuesday, February 16, 2016

Family Bonding - Taman Tasik Shah Alam

Seingat aku boleh dikira dengan jari kot berapa kerap aku datang sini. Disebabkan CNY hari tu cuti panjang kebetulan balik SA so jomla melawat kawasan. Teringat masa zaman bercinta dating petang2 jogging kat sini. Hahaha. Dulu takde dikk cafe2 hipster bagai ni... paling power pon pegi genting... tengok wayang. Sendu sungguh. Bertabah lah remaja2 yang baru nak mula hidup di zaman hipster ni. Jangan silap langkah sudah.

Dulu datang sini bertiga, now berempat pulak. Lepas ni berlima, berenam dan seterusnya. Hahaha. Amboi verangan anak ramai lettew. My favourite angle adalah dari belakang. Well you know me. Sempat lah jugak naik boat yang ramai2 tu. Daddy siap mention dia yang warganegara SA pon takde rasa nak naik2 boat tu. Hahahaha. Bertabah lah ye... dah ada anak ni yang dulu2 kita tak rasa nak naik pon kita sure akan naik gak. Gembira kan hati anak jorr. Berapa RM eh naik bot ni lupa dah aku. Tak silap dewasa RM8 perhead... kanak2 above 2yo RM5. Boleh tahan harga dia eh. Dareez budak kenit jerrr.





Semua pakat sabotaj aku. Hekelehhh. Nanti ada jugak orang yang sibuk, yangg mana gambar hari tu nak tengok. Sabar jelah. Gambar family je dah beribu... anak jangan la cakap. Dari kata nak cuci tak cuci2 sampai sekarang. Bila la groupon nak buat sale cuci gambar lagi ni. Semak file kat dalam pc ofis. Folder aku jer dah makan space. Haishh. Nanti gaji nak p beli external baru ah.






Saturday, February 13, 2016

Short vacay: Gold Coast Morib

Unplanned short holiday by laki aku. Hahahaha. Boleh lagi sehari nak cuti CNY dia cakap kita takde nak pegi mana2 ke cuti panjang ni. Try tengok groupon ke agoda ke tempat yang murah2 dan best... kita booking semalam bawak anak anak jalan. Grrrrr aku dengor kelam kelam sepatah patah perkataan dia. Bersyukur dapat isteri yang pantas melakukan kaji selidik macam ai. Pagi dia call bagitau cari tempat nak pi holiday, petang tu siap dengan booking dengan itinerary aktiviti dan tempat makan aku sediakan. Kihkihkih sila kagum dari jauh.

Heleh, Morib je kot. Tu pon beriya nak itinenary bagai kau kenapa?

Ini adalah penting ai tell you. Dapat suami macam daddy kau siaplah. Dia memang akan tanya jerrrrrr nak makan kat mana, tempat mana best nak lepak, apa ada kat sini bla bla bla. Tapi, sebenarnya benda benda macam tu lah yang kadang2 kita terlepas pandang. Sebab benda macam tu lah boleh buat bergaduh dan jugak boleh waste your time.

Aku dah biasa di train begitu. So bagi aku benda2 macam tu its small matter. Eh yeke? hihihihi. Kang payah jugak ye time nak keluar dinner baru hegeh2 google tempat makan best.. dah sampai penuh pulak... mencarikk lagi kedai makan best. Tak jumpa. The end, fade up. Then singgah je mana2 restoran untuk makan. Makanan tak sedap tapi kedai gran gila. Then kena caruts. Dapat bayangkan dak situasi tu?

Konsep aku kat sini,
don't be a woman that needs a man,
be a women a man needs.

Gitchew.

Eh melalut apa ni. Dah jom layan gambar.






Booking kat Agoda.com semalam include breakfast 2pax+2ticket theme park+gst, RM304.80. Kalau bukan public holiday lagi murah... tak silap aku pernah nampak rate RM168. Wowww. Tapi takpa sebab bukan aku yang beriya nak pergi holiday time public holiday. Ikut aku nak lepak sekitar KL saja takde tidur2 hotel. Dah orang offer kita apalagi, jalankan tugas sajolah. Rasanya almost bilik ada jacuzi dan itu jugak adalah sebab daddy ajak pi holiday. Dia nak berkubang dalam jacuzi dengan garam bukit dia. Hahahaha.

Check in jam 1500... so gerak dari KL tengahari memang sampai ngam2 pukul 3. Settle check in baru cari parking. Haa sini parking memang problem tak boleh nak kata apa. Hazabedah. Naik atas cari bilik, lepak2, makan jap baru decide mandi kat theme park. Oh ya, gelang theme park tu kena pakai sepanjang masa. Jangan tanggal sehingga kauorang check out. Maknanya ada gelang baru boleh masuk theme park. Tak kira la hari ni ke, petang ni ke, esok ke... janji ada gelang. Dan theme park dibuka start jam 8am sampai 7pm. So mandi lah kauorang sepuas puasnya. 

Btw holiday kalini aku siap bawak bekal makanan... harap tahan la sampai esok pagi. Maklomlah anak2 kocik, laki always lapor memanjang maka ini adalah langkah bijak. Ai siap bawak rice cooker. Memang macam mak mak dah tu. Takpa... aku suka bersedia dari awal. Sebab kita tahu perut anak laki cemana. -___-





Tayang bokitta HAHAHAHA

Petang tu tak mandi lama sebab plan nak meninjau keadaan pantai. Quite oklah... takde aku suruh budak2 ni main pasir sebab lepas ni kita nak mencari makan pulak. Kat bawah ni macaim2 ada. Tu tengoklah si Aqif usha dulu nak main kereta control. Hahaha aku buat malaz nak layan jer. Tahu dah nak tak nak memang kena menurut kata dia jugak. So kita perati dulu dari jauh cemana tindak tanduk dia.

Akhirnya. Woww kagum ummi kau.
Dah pandai control paddle sendiri.
Good boy.

Otw nak p dinner tengok kat seat belakang budak2 dah ketiduran. Eh eh penat angat lettew. So plan kena tukar. Kitaorg just tapau satay kat Man Sate depan Suriyah Tomyam area pantai morib. Itupon puas gugel sebab kenangkan Aqif suka sate. Last2 dia tido. Ciskek betoi. Sate dia superb sedap bagi tekak aku... cuma awat kuah bagi ngam. Hajat dihati nak makan kat Seaview tapi apakan daya boleh tahan jauh jugak perjalanan nak ke sana. Tunggulah nanti.






Jangan cakap ahkak tak payung gambar suwittt dengan daddy.

Jap. Aku pon pelik mana gambar mandi kat theme park... ohh lupa tak bawak hp rupanya. Ruginya kan. Tapi aku ada nampak ada parents pakai waterproof case untuk cover hp... so hp tak kena air. Ishh mana nak beli tuuu. Tahu ada aku cari laju2. Ermmm.

Kauorang nak tahu satu cerita, masa mandi kat theme park ada 2x Aqif hilang. Rasa nak cepuk je tau berani sangat dia tu. First masa kitaorg kat kolam kanak2... boleh pulak dia mandi sendiri kat laluan air yang macam sungai. Siap bawak pelampung ko tahuuu. Gelabah tak hengat tapi aku cool... aku lepak je kat tepi kolam sambil tunggu Dareez mandi sementara daddy pi cari. Tiba2 Aqif datang dari belakang dia cakap kat aku dia tak sampai... air tu dalam. Eh eh boleh pulak macam tuuu. Then masa nak naik sebab Dareez dah gigil kesejukan, kitaorang nak amik selipar... Aqif lari2 then sekejapan hilang. Ko ghaseeee?? Tu paling rare dia hilang... sampai kitaorang berpecah cari dia. The end aku yang jumpa. Dia nangis sambil cari kitaorang. Rupanya dia naik tangga nak main slide yang tinggi. Habis basah lenjun. Ya ampunnnn. Budak ini kannn beraninya. Terus laju2 kitaorang naik bilik mandi jacuzi. Settle. 

So far aku bagi 3/5* je boleh tak. Best memang best tapi untuk budak2 best la kot. Pantai ok tapi tak mandi sebab tengok macam tak sesuai jorrr. Lagipun kitaorang semalam je kan... tak banyak masa untuk explore. 

Haa yang paling penting sekali kalau dah sampai sini jangan lupa singgah Fazz Kerepek House ye. Shopping kerepek pon boleh rambang mata huahahaha. Dah la murah, sedap pulak tu... menyesal tak borong banyak. Aku ingat time nak dekat raya nanti kena pegi Banting gak la beli kerepek.

Ok next percutian?







Friday, February 12, 2016

Menggelabah tak boleh belah, coach Shah last day hari ni

Aku nak cerita pasal cuit panjang hari tu aku pi mana. Tapi tu nanti lah. Ada kejadian tak diduga hari ni. Meh nak cerita.

Petang ni on zumba. Penat berzumba... sebelum masuk ofis pegi minum sat... celebrate hari ni last day coach Shah berkhidmat kat KL. Minggu depan dia dah start bertugas kat Tawau. Good luck coach kat tempat baru. Ada rezeki kita jumpa lagi ya... jangan lupakan kami The Keep Fit Dance. Tunjuk ajar coach takkan kami lupakan. -____-

Then,
Boleh pulak kan pas kerja aku cicir. Gelabah kuasa doplohpat tak hengat wa cakap lu. Dah la maghrib nak habis... laju2 pi solat mandi bagai. Kat dalam hati ni tak tenang toksah dicakap la. Tapi aku maintain cool... hahaha. Mestilah gelabah weyyy kang nanti nak kena report polis la apa la. Aku nak balik malam ni kang cane. Penat iols fikir sampai ke situ. Siap pegi mencari kat tempat zumba, kat tempat makan, kat tempat kawan aku parking kete tadi. Takdak. End up, aku wa personal tanya zumbamate ada tak pas aku cicir kat dalam kereta dia... sebab tadi gi tempat makan tumpang dia. Weyyyyy adaaa. Hahahahaha. Alhamdulillah. Nasib baik engko. Careless betul aku taktau pasaipa. Ni semua salah beg yang aku bawak tadi takde zip. Hahahaha.

Lain kali kena double berhati hati lah ye. Itulah, zumba sakan tadi sebab ada step baru. Keluar peluh jantan pondan semua. Last2 pas cicir pon tak sedor. Dasar perempuan.

Meh nak velanja pic kitaorang dengan coach Shah.


Nampak gembira je kan muka coach... disebalik kegembiraan itu terselit kedukaan yang orang tak tahu. Actually coach staff sini gak.. aktif zumba kat dalam jabatan dan jugak kelab luar. Dia antara pioneer Keep Fit Dance (KFD) masa mula2 ditubuhkan. So banyak jasa dia kat kitaorang. Dari step kayu kelaut hingga boleh la buat sendiri kat rumah ikut-suka-makbapak-punya-step. Hahaha. So aku sedih jugak bila dia nak pindah... maklomlah, Shah ni jenis yg happy go lucky. Apa apa pon itu yang terbaik so kita redha ok.

Muka aku tu bila lah nak berubah kepada bujur sireh T_______T tombam kemahin.







Friday, February 05, 2016

Resepi potato salad sonang

Mesti kauorang cakap hekelehhh makan ini jorr. Wey asyik makan makanan yang merepek je so sometimes kena la eat clean katakauu. Kihkihkih nak tergelak aku menaip ni. Actually aku nak habiskan stok sayur kat rumah maka terjadilah potato salad. First time buat kentang tu a lil bit keraih u know. Terkulat2 ai makan. Tapi walaubagaimanapon sedap je melalui tekak aku. 


Mempersembahkannn....

Resepi potato salad

Kentang
Carrot
Cauliflower 
Jagung
Garam
Stok ayam knorr
Lada hitam
Mayonis
Lemon/limau nipis

Sonang baitu yek masak resepi ni.

Kentang rebus dulu dengan kulit2 dia sekali sampai empuk. Petua tuuu. Dah siap rebus... toskan kentang, tunggu dia sejuk then nak kupas kulit pakai tangan pon boleh hewhewhew. Carrot, cauliflower dan jugak jagung boleh rebus sekali... Takdehal. Kang makan pon semua masuk perut gak. But before tu aku nak ingatkan... Semasa rebus kesemua bahan itu taruk garam dan jugak stok ayam sikit nak bagi perasa.

Settle semua toskan sampai kering. 

Campur semua bahan then gaul dgn mayonis sesedap rasa. Perasakan dengan garam  dan jugak tabur lada hitam yg jenis kasar2 tu ikut suka. Aku suka pedas2 so taruk la lebih. Kemudian lastly perah lemon sikit. Gaul2.

Siap!

Masukkan dalam freezer bagi sejuk.

Actually sama je macam resepi salad buat tu yek. Beza bahan jorr.


Kemudian makan la daku as a lunch meal. Ini bukan program diet, ini sebab sedor diri that week makan melampau2 tak hengat donia. Hahaha. Sesekali kena eat clean ok. Ni aku tengah nak mencari chia seed pulak. Ramai kata berkhasiat. Ermm perlu dicubain.







Wednesday, February 03, 2016

Amanville lagi dan lagiiii?

Tempat wajib pergi bawak budak2 main indoor playground. Kan aku cakap, takde yang setanding dengan Amanville. Perchayalahhhh. Okok before tu kita pi ofis ummi dulu ya ada benda nak settle. Merasyer lah pegang mesin di bilik ingest... gaya seorang pekerja dah ada dah. Kahkahkah. Takyah nak beriya sangat ye anak anak ummi... kang rosak mesin satu kerja lak nak mengganti.



Macam yang selalu aku cakap, aku suka pergi Amanville sebab tempat dia bersih -___- dan selesa. Cuba bawak anak kauorang sekaliiiiii je pergi sana. Serius tak rugi. Takde semak kepala otak dengan situasi yang serabut. Parents pon boleh chill kat dalam tu. Aku siap layan cerita BoboiBoy lagi uolls. Takdelah mahal nau nau pon... sekali masuk below 3yo RM20, kalau above 3yo dikira RM25 (for weekend and public holiday). Dan boleh main sampai lebam. Sepanjang hari untuk hari tersebut. Kau nak bawak anak keluar makan pehtu masuk balik pon boleh. Seee? Macamtulah aku nak. Nak tinggal anak pon boleh tapi aku tak tahu rate dia berapa.






Rasa macam birthday anak aku nanti nak celebrate kat sini je tau. Hihihi. Apa yang aku perasan staff dia setiap kali budak buat sepah... kang kejap lagi diaorang akan kemas balik. Just susun gitu gitu jelah tak bagi budak terpijak toys. Kalau beriya susun kang jeling pulak para parents. Hahahaha.

Aku rasa Space U8 ni sesuai untuk buat tempat budak2 main rollerblade, basikal elektrik macam tu lah... luas kemahin u know. Pehtu kedai banyak yang dah tutup... sebab tak ramai orang datang sini. Wayang ada tapi tak tahu wujud lagi ke idak. Malaz aku nak naik sampai atas. Escalator pon tak jalan uolls. Sini konsep dia macam Bangi Gateway.... kipas sebesar alam. Konon2 save environment. Kau tak boleh macam tu... sebab sini Malaysia... panaih lit lit ketiak kepam. Paham dak? 

Apa apa pon surau kat tingkat 1 adalah surau terbaik yang pernah aku pergi sepanjang hidup ini. Lawaaaaaa dan tenang. 

















Bokitta release new batch hari ni woihhh

Hahahahahahah memang napsu perempuan bab nyopping memang tak boleh dipisahkan. Aku dah cuba untuk tak melihat bokitta release new batch hari ni jam 10am kat online store... nampak gayanya thortewassssss. Macam nak pukul2 diri sendiri tapi nanti sakit acane. T______T 

Website mybokittahijabfashion dah release tapi hanya ada size vm dan cm. Kat bokittainsta dari jam10am takde update. Huhuhu bertabah lah ye wahai sang pencinta bokitta. Padahal dah pukul berapa ni khen. Ramai dah meroyan kat fanpage. Kihkihkih. Aku hanya mampu tergelak.







Aku dah wa seller kat instagram baru kejap tadi... dengan harapan berbelah bahagi sebab mengikut napsu buas aku. Untung nasib ada, ada lah. Kalau takde maknanya itu bukan rezeki aku. Maklomlah newbie... tergedik gedik tangan asyik nak scroll newsfeed je okeh dari semalam bila mana seller announce ada new batch nak release hari ni. Tapi separuh dari hati aku berat nak beli, ermmmmm. Tapi nak. Hahahahah. Tapi nanti habis duit iols. Dah la nak menyimpan untuk birthday gift daddy march nanti. Boleh pulak aku merelakan diri berbelanja tak hengat. Donia oh donia.


Model ni pakai cantiknyaaaa lahai. Kahkahkah. Adakah pabila aku pakai nanti menjadi secantik dia? Tell me the truth....








Tuesday, February 02, 2016

Rezeki masing-masing

Dulu masuk kerja menyewa rumah ada lah dalam 8orang. Hahahaha ramai gila kan. Padahal yang mula2 cari rumah tu kitaorang berempat... Aku, akak sebilik aku 2orang dengan akak bilik tengah (ketua rumah). Then kesian kat kawan punya pasal hamek kau dah macam sardin sumbat satu rumah. Tapi takpa... Sebab ada yang kerja shift, ada yang kerja normal. Sehari nak nampak muka 8orang dalam satu masa memang payah la.

Dalam rumah, aku yang paling muda... Apa tak nye kau bayangkan umur 20tahun dah keje gomen... Hadap la lagi 35 tahun sampai pencen. Huahahaha. Yang lain2 majoriti baya dalam 25,26 keatas (tahun 2006). So kiranya sekarang ni aku banyak bergaul dengan akak akak lah... Yang rata ratanya bukan berasal dari KL. Ada yang dari JB, Kedah, Pahang etc. Sampai lah diaorg keluar dari rumah tu sebab berkahwin. Dan aku antara yang terakhir keluar dari situ... Bukan terakhir tau... Kahkahkah.

Walaupon begitu kitaorg still keep in touch... Kata satu tempat kerja... At least sebulan sekali mesti nampak muka diaorg kat kantin. Akak bilik aku sorang budak jb, sorang lagi budak kedah. Yang jb ni satu ofis dengan aku... Very close macam akak dengan adik. So nak jadi cerita dia memang ada apply balik jb since mula2 kahwin tahun 2008. Tak zanggup beb duduk kl dengan takde sedara mara bagai. Suami pon ulang alik kerja jauh. Tak berbaloi. Rezeki dia dapat tukar betul2 masa minggu aku bersalinkan si Aqif. Discharge je laju2 ajak daddy pi rumah sewa dia nak jumpa buat kali terakhir kat kl. Sebab aku terus balik berpantang kat Sban. Memang sedih gila sebab kitaorg kan kaki gossip. Hahaha. Satu kepala... Boleh letak pi mana mana pon takde hal. Lost sekejap aku sebab dah takde kawan nak berborak...bergosip...keluar pi jalan tar... especially pi mengulor. :DDD  So tinggal la aku dengan akak budak kedah kat kl. Dia pon dah kahwin time tu.. Now siap pakej dah beli rumah kat SA... Rasanya takde nak mintak tukar2 kot sebab suami dia pon satu ofis dengan dia. Settledown sini jela -____-

Budak2 rumah tu pon kebanyakkannya dah balik negeri masing2. Eh tak semua la... Ada yang kawin dengan orang sini/satu ofis... so stay sini. 

Semalam, akak jb tu wa aku... Dia bgtau akak bilik belakang dapat balik jb. Ya Allah bestnyaaa. Unexpected news kau tahu... Before ni memang tak pernah dengar dia nak balik jb. Actually tempat dia nak kurangkan staff... Nama dia antara nama yang dipetik untuk keluar dr situ... Tak tahu dihantar kemana... Samada pi tempat yang kena syift or not... But kau tahu la rtm kl ni mana je yang kerja normal... Memang tak ah. Hihihi so akak ni amik langkah panjang dia terus mintak nk balik jb dengan alasan suami kerja tak tentu, kalo masuk syift takde sapa nak uruskan anak. Hah kau terus dapat. Surat keluar 29.1, 1hb lapor diri... Tapi dia mintak extend 2weeks untuk habiskan kerja2 kat kl.

Tahniah lah kak.

Ni kejap tadi aku saja messengger akak yang nak bertukar ke jb tu. Rupa rupanya dia memang ada buat surat mintak balik jb masa tahun 2008. Ni kisahnya start je bernikah terus buat surat nak balik negeri lah kan. Alhamdulillah dia pi check kat admin rupanya nama dia 1st q untuk ke jb. Tu orang kata rezeki masing masing.

Aku?
Ermmmm.

Cuma boleh berdoa dari kejauhan semoga permohonan aku diluluskan dengan secepat mungkin. Insyallah. Ada rezeki ada lah tu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. (Ayat pujuk hati) Surat mintak tukar dah buat 3 kali dah (tiap tahun buat). Semoga Allah buka kan pintu hati orang yang uruskan perpindahan staff tu jelah. Sebab sekarang ni ada penstrukturan baru kat jabatan kitaorang. Potensi untuk balik negeri tu ada... cuma tak tahu bila.

Sabar eh kecil.