life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, February 03, 2016

Amanville lagi dan lagiiii?

Tempat wajib pergi bawak budak2 main indoor playground. Kan aku cakap, takde yang setanding dengan Amanville. Perchayalahhhh. Okok before tu kita pi ofis ummi dulu ya ada benda nak settle. Merasyer lah pegang mesin di bilik ingest... gaya seorang pekerja dah ada dah. Kahkahkah. Takyah nak beriya sangat ye anak anak ummi... kang rosak mesin satu kerja lak nak mengganti.



Macam yang selalu aku cakap, aku suka pergi Amanville sebab tempat dia bersih -___- dan selesa. Cuba bawak anak kauorang sekaliiiiii je pergi sana. Serius tak rugi. Takde semak kepala otak dengan situasi yang serabut. Parents pon boleh chill kat dalam tu. Aku siap layan cerita BoboiBoy lagi uolls. Takdelah mahal nau nau pon... sekali masuk below 3yo RM20, kalau above 3yo dikira RM25 (for weekend and public holiday). Dan boleh main sampai lebam. Sepanjang hari untuk hari tersebut. Kau nak bawak anak keluar makan pehtu masuk balik pon boleh. Seee? Macamtulah aku nak. Nak tinggal anak pon boleh tapi aku tak tahu rate dia berapa.






Rasa macam birthday anak aku nanti nak celebrate kat sini je tau. Hihihi. Apa yang aku perasan staff dia setiap kali budak buat sepah... kang kejap lagi diaorang akan kemas balik. Just susun gitu gitu jelah tak bagi budak terpijak toys. Kalau beriya susun kang jeling pulak para parents. Hahahaha.

Aku rasa Space U8 ni sesuai untuk buat tempat budak2 main rollerblade, basikal elektrik macam tu lah... luas kemahin u know. Pehtu kedai banyak yang dah tutup... sebab tak ramai orang datang sini. Wayang ada tapi tak tahu wujud lagi ke idak. Malaz aku nak naik sampai atas. Escalator pon tak jalan uolls. Sini konsep dia macam Bangi Gateway.... kipas sebesar alam. Konon2 save environment. Kau tak boleh macam tu... sebab sini Malaysia... panaih lit lit ketiak kepam. Paham dak? 

Apa apa pon surau kat tingkat 1 adalah surau terbaik yang pernah aku pergi sepanjang hidup ini. Lawaaaaaa dan tenang. 

















No comments: