life is beautiful

life is beautiful

Friday, February 26, 2016

Kenangan mengusik jiwa


Gelak guling2 aku baca statement kat atas tu. Ko memang win dikkk. Macam pernah mengalami je situasi itu. Kahkahkah.

Aku kan duduk asrama masa teknik dulu... Then kalau dari rumah nak balik asrama mak aku memang wajib ah bekalkan makanan. Aku rasa bukan aku sorang jer... Mostly semua budak kot. So dulu takde bekalkan pakai bekas plastik murah or plastik beg... Mak aku terus pakai tupperware you know. Dengan pesanan, tupperware jangan lupa bawak balik. Baikkk mak. -___-

Selalu aku akan bawak je balik sebab dah dibagi amaran kan. Cuma aku teringat masa last day balik after spm... Habis spm kitaorg pakat ramai2 balik sendiri. Konon2 nak ada kenangan la sebab lepas ni potensi nak jumpa tu macam 5% jorr. Masing masing kan duduk jauh. That day barang aku banyak tapi gigih gak balik naik bas. Macam hagham perangai. Lupa pulak balik before tu mak ada bekalkan makanan dalam tupperware. Aku dah basuh siap2 tapi beg tak muat. Last2 aku tinggal kan jer kat para tepi tangga. Perangai ongkaya sangat. Nasib la junior sapa yg rembat tu aku halal kan bagi pihak mak aku. Mesti warden yang buat last checking pon pelik... Sapalah gerangan yang tinggal bekas tupperware banyak2. T___T

Balik jer rumah mak tanya tupperware dulu. Hahahaha. Kena marah okeng. Mak cakap ko hingat benda tu murah. Well... Macam biasa aku buat muka tak bersalah. Maafkan ai mak. Tak tersengaja.

Bila dah kerja, dah ada duit sendiri... Dah berkawan dengan pelbagai golongan... Dah pandai pulak mengumpul tupperware ohh baru aku tahu mahal eh harga dia. Patutla mak aku meroyan tak tentu pasal. Baru rasa teruk betul perangai aku waktu dulu. Serius sedih. Dulu dah la gaji kecik... Tapi mak aku gigih gak mengumpul tupperware... Pinggan mangkuk yang org perempuan suka. Dapat kat anak, hancur lebur. 

Macam aku la... Tengok tutup bekas air tupperware koyak ke hilang ke... Luluh hati. Dapat pulak yang hilangkan tu anak sendiri. Ohoiiii. Baru tahu perasaan mak aku waktu itu. Kalau daddy takpa lagi, aku suruh dia ganti baru.

Rasanya kalau aku belikan tupperware untuk mak agak2 dia suka dak? Aku nak tebus balik kesalahan aku dulu sebab amik remeh pasal benda ni. Dah jadi mak mak ni rasa hati tisu sangat tau.

Bukan sebab apa2, tapi sebab aku rasa mesti waktu tu mak down gila. Yelah, beli dengan hasil titik peluh bekerja siang malam, alih2 anak buang2 jorr. Oh btw tupperware termasuk dalam list salah satu barang yang orang perempuan tersangat sayang. Maksud aku kat sini, kaum mak mak lah.


Aku pon bekalkan kat anak aku bekas tupperware for breakfast dia. Tak tahu lah kenapa, dia macam satu kepuasan tau bila kau nampak suami, anak kau pakai barang yang kau beli memahal. Pehtu tupperware lak tu. Kahkahkah. Nanti sure bila orang nampak suami, anak kau pakai tupperware... wahhh mesti bini/mak dia pengumpul tupperware. :DDDD

Tapi kan, mostly sumeorang pon mampu beli tupperware dah sekarang. Tak sama macam zaman dulu. 

Tak sama.








No comments: