life is beautiful

life is beautiful

Monday, February 22, 2016

Membebel

Haiii. Kembali bersiaran seperti ada reader je yang baca. Hakhakahak. Last wiken kauorang pergi mana? Sekarang heboh viral kat facebook Eco Majestic ada port lawa2 nak bergambor. Siap mention tak dapat p Paghih pon takpa.... kita datang Semenyih saja ok?

Kitaorang kan padahal setiap bulan balik Seremban kalau nak elak jammed kat Semenyih tu akan masuk kat Eco Majestic. Sajalah kan cuci2 mata tengok construction rumah yang superb. Verangan jelah woii. Daddy kan pernah keje dgn owner Eco Majestic. Tan Sri tu dulu kan ke owner Setia. So ramai lah jugak kawan2 daddy dari Setia convert ke Eco World. 

Bandar Akademia yang kitaorang beli dulu BELUM siap infrastructure, Eco Majestic yang aku rasa baru 2 tahun lebih landskap dah lawoooo dan rumah pon almost siap you know. Sedehh. Takpalah, rezeki developer masing2. T__T

So kitaorang kan lepak rumah jorr. Daddy malam sabtu ada shutdown so memang takde kemana. Ok lah tu, dah lama tak merasa duduk rumah sambil semua kerja rumah settle awal. Bahagia rasa. Siap tak boleh tengok baju kotor asyik nak membasuh jer. Hahaha. Eh tapi petang ahad tu ada la keluar jalan ronda2 naik motor amik angin kat kawasan rumah. Dah lama woih tak rasa macam ni. Selalu asal cuti je keluar. Pastu balik sampai rumah dah malam. Then kedek2 nak settlekan kerja rumah. Sekali sekala begini bagus jugak. Tapi untuk anak jangan le... tak berkembang nanti.

Entry takde gambar macam boring lak kan. Heeee. Aku pon rasa boring. Ok nak aku tepek sikit gambar anak bujang aku yang kitaorang panggil adik.


Kalau syift malam macam gini lah. Tiba2 ghindu kat budak dua orang tu... selalu asyik berkelahi je dengan ummi dia. Adik pon boles tahan dah sekarang ni. Sel sel otak makin berhubung katakoo. Aku urut dada je tau.

Hari ni asyik bukak facebook dok tengok orang hunting old design Bokitta. Aku pon saja cuci mata. Ai lama cari design jouri. Sampai termimpi. Ada seller pm dia nak jual jouri voila harga RM220 include postage. Wowwww sangat. Mampu memang mampu tapi tak tergamak lah nak spent duit macam tu je demi sehelai tudung. Ada tu ada yang nak jual sampai RM500. Pengsan oii. memang tak ahh. Pass kat buyer lain la jawabnya. Sapa kata rakyat malaysia miskin? Ermmm.

Yang ni lah menjadi idaman kalbu aku. Suka pulak aku melihat Bokitta yang tanah dia kaler hitam or gelap2. Nampak classic githew. Kita hunting lagi eh. Malam ni tido bermimpikan jouri. Kbai.






No comments: