life is beautiful

life is beautiful

Friday, February 12, 2016

Menggelabah tak boleh belah, coach Shah last day hari ni

Aku nak cerita pasal cuit panjang hari tu aku pi mana. Tapi tu nanti lah. Ada kejadian tak diduga hari ni. Meh nak cerita.

Petang ni on zumba. Penat berzumba... sebelum masuk ofis pegi minum sat... celebrate hari ni last day coach Shah berkhidmat kat KL. Minggu depan dia dah start bertugas kat Tawau. Good luck coach kat tempat baru. Ada rezeki kita jumpa lagi ya... jangan lupakan kami The Keep Fit Dance. Tunjuk ajar coach takkan kami lupakan. -____-

Then,
Boleh pulak kan pas kerja aku cicir. Gelabah kuasa doplohpat tak hengat wa cakap lu. Dah la maghrib nak habis... laju2 pi solat mandi bagai. Kat dalam hati ni tak tenang toksah dicakap la. Tapi aku maintain cool... hahaha. Mestilah gelabah weyyy kang nanti nak kena report polis la apa la. Aku nak balik malam ni kang cane. Penat iols fikir sampai ke situ. Siap pegi mencari kat tempat zumba, kat tempat makan, kat tempat kawan aku parking kete tadi. Takdak. End up, aku wa personal tanya zumbamate ada tak pas aku cicir kat dalam kereta dia... sebab tadi gi tempat makan tumpang dia. Weyyyyy adaaa. Hahahahaha. Alhamdulillah. Nasib baik engko. Careless betul aku taktau pasaipa. Ni semua salah beg yang aku bawak tadi takde zip. Hahahaha.

Lain kali kena double berhati hati lah ye. Itulah, zumba sakan tadi sebab ada step baru. Keluar peluh jantan pondan semua. Last2 pas cicir pon tak sedor. Dasar perempuan.

Meh nak velanja pic kitaorang dengan coach Shah.


Nampak gembira je kan muka coach... disebalik kegembiraan itu terselit kedukaan yang orang tak tahu. Actually coach staff sini gak.. aktif zumba kat dalam jabatan dan jugak kelab luar. Dia antara pioneer Keep Fit Dance (KFD) masa mula2 ditubuhkan. So banyak jasa dia kat kitaorang. Dari step kayu kelaut hingga boleh la buat sendiri kat rumah ikut-suka-makbapak-punya-step. Hahaha. So aku sedih jugak bila dia nak pindah... maklomlah, Shah ni jenis yg happy go lucky. Apa apa pon itu yang terbaik so kita redha ok.

Muka aku tu bila lah nak berubah kepada bujur sireh T_______T tombam kemahin.







No comments: