life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, February 02, 2016

Rezeki masing-masing

Dulu masuk kerja menyewa rumah ada lah dalam 8orang. Hahahaha ramai gila kan. Padahal yang mula2 cari rumah tu kitaorang berempat... Aku, akak sebilik aku 2orang dengan akak bilik tengah (ketua rumah). Then kesian kat kawan punya pasal hamek kau dah macam sardin sumbat satu rumah. Tapi takpa... Sebab ada yang kerja shift, ada yang kerja normal. Sehari nak nampak muka 8orang dalam satu masa memang payah la.

Dalam rumah, aku yang paling muda... Apa tak nye kau bayangkan umur 20tahun dah keje gomen... Hadap la lagi 35 tahun sampai pencen. Huahahaha. Yang lain2 majoriti baya dalam 25,26 keatas (tahun 2006). So kiranya sekarang ni aku banyak bergaul dengan akak akak lah... Yang rata ratanya bukan berasal dari KL. Ada yang dari JB, Kedah, Pahang etc. Sampai lah diaorg keluar dari rumah tu sebab berkahwin. Dan aku antara yang terakhir keluar dari situ... Bukan terakhir tau... Kahkahkah.

Walaupon begitu kitaorg still keep in touch... Kata satu tempat kerja... At least sebulan sekali mesti nampak muka diaorg kat kantin. Akak bilik aku sorang budak jb, sorang lagi budak kedah. Yang jb ni satu ofis dengan aku... Very close macam akak dengan adik. So nak jadi cerita dia memang ada apply balik jb since mula2 kahwin tahun 2008. Tak zanggup beb duduk kl dengan takde sedara mara bagai. Suami pon ulang alik kerja jauh. Tak berbaloi. Rezeki dia dapat tukar betul2 masa minggu aku bersalinkan si Aqif. Discharge je laju2 ajak daddy pi rumah sewa dia nak jumpa buat kali terakhir kat kl. Sebab aku terus balik berpantang kat Sban. Memang sedih gila sebab kitaorg kan kaki gossip. Hahaha. Satu kepala... Boleh letak pi mana mana pon takde hal. Lost sekejap aku sebab dah takde kawan nak berborak...bergosip...keluar pi jalan tar... especially pi mengulor. :DDD  So tinggal la aku dengan akak budak kedah kat kl. Dia pon dah kahwin time tu.. Now siap pakej dah beli rumah kat SA... Rasanya takde nak mintak tukar2 kot sebab suami dia pon satu ofis dengan dia. Settledown sini jela -____-

Budak2 rumah tu pon kebanyakkannya dah balik negeri masing2. Eh tak semua la... Ada yang kawin dengan orang sini/satu ofis... so stay sini. 

Semalam, akak jb tu wa aku... Dia bgtau akak bilik belakang dapat balik jb. Ya Allah bestnyaaa. Unexpected news kau tahu... Before ni memang tak pernah dengar dia nak balik jb. Actually tempat dia nak kurangkan staff... Nama dia antara nama yang dipetik untuk keluar dr situ... Tak tahu dihantar kemana... Samada pi tempat yang kena syift or not... But kau tahu la rtm kl ni mana je yang kerja normal... Memang tak ah. Hihihi so akak ni amik langkah panjang dia terus mintak nk balik jb dengan alasan suami kerja tak tentu, kalo masuk syift takde sapa nak uruskan anak. Hah kau terus dapat. Surat keluar 29.1, 1hb lapor diri... Tapi dia mintak extend 2weeks untuk habiskan kerja2 kat kl.

Tahniah lah kak.

Ni kejap tadi aku saja messengger akak yang nak bertukar ke jb tu. Rupa rupanya dia memang ada buat surat mintak balik jb masa tahun 2008. Ni kisahnya start je bernikah terus buat surat nak balik negeri lah kan. Alhamdulillah dia pi check kat admin rupanya nama dia 1st q untuk ke jb. Tu orang kata rezeki masing masing.

Aku?
Ermmmm.

Cuma boleh berdoa dari kejauhan semoga permohonan aku diluluskan dengan secepat mungkin. Insyallah. Ada rezeki ada lah tu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. (Ayat pujuk hati) Surat mintak tukar dah buat 3 kali dah (tiap tahun buat). Semoga Allah buka kan pintu hati orang yang uruskan perpindahan staff tu jelah. Sebab sekarang ni ada penstrukturan baru kat jabatan kitaorang. Potensi untuk balik negeri tu ada... cuma tak tahu bila.

Sabar eh kecil.







No comments: