life is beautiful

life is beautiful

Saturday, February 13, 2016

Short vacay: Gold Coast Morib

Unplanned short holiday by laki aku. Hahahaha. Boleh lagi sehari nak cuti CNY dia cakap kita takde nak pegi mana2 ke cuti panjang ni. Try tengok groupon ke agoda ke tempat yang murah2 dan best... kita booking semalam bawak anak anak jalan. Grrrrr aku dengor kelam kelam sepatah patah perkataan dia. Bersyukur dapat isteri yang pantas melakukan kaji selidik macam ai. Pagi dia call bagitau cari tempat nak pi holiday, petang tu siap dengan booking dengan itinerary aktiviti dan tempat makan aku sediakan. Kihkihkih sila kagum dari jauh.

Heleh, Morib je kot. Tu pon beriya nak itinenary bagai kau kenapa?

Ini adalah penting ai tell you. Dapat suami macam daddy kau siaplah. Dia memang akan tanya jerrrrrr nak makan kat mana, tempat mana best nak lepak, apa ada kat sini bla bla bla. Tapi, sebenarnya benda benda macam tu lah yang kadang2 kita terlepas pandang. Sebab benda macam tu lah boleh buat bergaduh dan jugak boleh waste your time.

Aku dah biasa di train begitu. So bagi aku benda2 macam tu its small matter. Eh yeke? hihihihi. Kang payah jugak ye time nak keluar dinner baru hegeh2 google tempat makan best.. dah sampai penuh pulak... mencarikk lagi kedai makan best. Tak jumpa. The end, fade up. Then singgah je mana2 restoran untuk makan. Makanan tak sedap tapi kedai gran gila. Then kena caruts. Dapat bayangkan dak situasi tu?

Konsep aku kat sini,
don't be a woman that needs a man,
be a women a man needs.

Gitchew.

Eh melalut apa ni. Dah jom layan gambar.






Booking kat Agoda.com semalam include breakfast 2pax+2ticket theme park+gst, RM304.80. Kalau bukan public holiday lagi murah... tak silap aku pernah nampak rate RM168. Wowww. Tapi takpa sebab bukan aku yang beriya nak pergi holiday time public holiday. Ikut aku nak lepak sekitar KL saja takde tidur2 hotel. Dah orang offer kita apalagi, jalankan tugas sajolah. Rasanya almost bilik ada jacuzi dan itu jugak adalah sebab daddy ajak pi holiday. Dia nak berkubang dalam jacuzi dengan garam bukit dia. Hahahaha.

Check in jam 1500... so gerak dari KL tengahari memang sampai ngam2 pukul 3. Settle check in baru cari parking. Haa sini parking memang problem tak boleh nak kata apa. Hazabedah. Naik atas cari bilik, lepak2, makan jap baru decide mandi kat theme park. Oh ya, gelang theme park tu kena pakai sepanjang masa. Jangan tanggal sehingga kauorang check out. Maknanya ada gelang baru boleh masuk theme park. Tak kira la hari ni ke, petang ni ke, esok ke... janji ada gelang. Dan theme park dibuka start jam 8am sampai 7pm. So mandi lah kauorang sepuas puasnya. 

Btw holiday kalini aku siap bawak bekal makanan... harap tahan la sampai esok pagi. Maklomlah anak2 kocik, laki always lapor memanjang maka ini adalah langkah bijak. Ai siap bawak rice cooker. Memang macam mak mak dah tu. Takpa... aku suka bersedia dari awal. Sebab kita tahu perut anak laki cemana. -___-





Tayang bokitta HAHAHAHA

Petang tu tak mandi lama sebab plan nak meninjau keadaan pantai. Quite oklah... takde aku suruh budak2 ni main pasir sebab lepas ni kita nak mencari makan pulak. Kat bawah ni macaim2 ada. Tu tengoklah si Aqif usha dulu nak main kereta control. Hahaha aku buat malaz nak layan jer. Tahu dah nak tak nak memang kena menurut kata dia jugak. So kita perati dulu dari jauh cemana tindak tanduk dia.

Akhirnya. Woww kagum ummi kau.
Dah pandai control paddle sendiri.
Good boy.

Otw nak p dinner tengok kat seat belakang budak2 dah ketiduran. Eh eh penat angat lettew. So plan kena tukar. Kitaorg just tapau satay kat Man Sate depan Suriyah Tomyam area pantai morib. Itupon puas gugel sebab kenangkan Aqif suka sate. Last2 dia tido. Ciskek betoi. Sate dia superb sedap bagi tekak aku... cuma awat kuah bagi ngam. Hajat dihati nak makan kat Seaview tapi apakan daya boleh tahan jauh jugak perjalanan nak ke sana. Tunggulah nanti.






Jangan cakap ahkak tak payung gambar suwittt dengan daddy.

Jap. Aku pon pelik mana gambar mandi kat theme park... ohh lupa tak bawak hp rupanya. Ruginya kan. Tapi aku ada nampak ada parents pakai waterproof case untuk cover hp... so hp tak kena air. Ishh mana nak beli tuuu. Tahu ada aku cari laju2. Ermmm.

Kauorang nak tahu satu cerita, masa mandi kat theme park ada 2x Aqif hilang. Rasa nak cepuk je tau berani sangat dia tu. First masa kitaorg kat kolam kanak2... boleh pulak dia mandi sendiri kat laluan air yang macam sungai. Siap bawak pelampung ko tahuuu. Gelabah tak hengat tapi aku cool... aku lepak je kat tepi kolam sambil tunggu Dareez mandi sementara daddy pi cari. Tiba2 Aqif datang dari belakang dia cakap kat aku dia tak sampai... air tu dalam. Eh eh boleh pulak macam tuuu. Then masa nak naik sebab Dareez dah gigil kesejukan, kitaorang nak amik selipar... Aqif lari2 then sekejapan hilang. Ko ghaseeee?? Tu paling rare dia hilang... sampai kitaorang berpecah cari dia. The end aku yang jumpa. Dia nangis sambil cari kitaorang. Rupanya dia naik tangga nak main slide yang tinggi. Habis basah lenjun. Ya ampunnnn. Budak ini kannn beraninya. Terus laju2 kitaorang naik bilik mandi jacuzi. Settle. 

So far aku bagi 3/5* je boleh tak. Best memang best tapi untuk budak2 best la kot. Pantai ok tapi tak mandi sebab tengok macam tak sesuai jorrr. Lagipun kitaorang semalam je kan... tak banyak masa untuk explore. 

Haa yang paling penting sekali kalau dah sampai sini jangan lupa singgah Fazz Kerepek House ye. Shopping kerepek pon boleh rambang mata huahahaha. Dah la murah, sedap pulak tu... menyesal tak borong banyak. Aku ingat time nak dekat raya nanti kena pegi Banting gak la beli kerepek.

Ok next percutian?







No comments: