life is beautiful

life is beautiful

Thursday, February 18, 2016

Throwback gambar setahun yang lalu

Kauorang kan memang tak percaya kot aku pernah ke'chubby'an melampau lampau. Tak termasuk time pregnant ok. See the picture below,


HAHAHAHAHAHAHAHA

Aku macam berkira kira nak tepek ke tak tapi bagi memuaskan hati semua pihak (bajet ada reader lettew) aku tepek jugak walaupun rasa nak tutup muka dengan shawl yang aku pakai sekarang ni. Kahkahkah.

Nampak dak kekatikkan aku kat situ. Tombam gila kan aku. Ni masa kenduri aqiqah Dareez bulan 2/2015. Baru baru lagi nak belajar menurunkan berat badan. Dan baru nak start stop breastfeed Dareez. Aku tak cakap aku bf anak aku kurus. NO. Lain orang lain ragam. So far sepanjang pengalaman menyusukan anak, mulut mesti nak mengunyah. Bukan asyik nak nasik ke apa, dia macam apa eh.. macam kalau kau tak makan nanti perut ni pedih2 jorr. Gitchew. Kadang ada orang tu bila dia bf lagi cepat kurus. Time lepas aku berpantang ye betul. Ni anak nak masuk setahun, ermmm memang napsu sendiri je. Kihkihkih.

Rasa down gila ye bila tengok gambar ni. Itu yang kuatkan hati kena jugak jaga pemakanan. Mak aku yang pakai baju kaler light purple pon nampak kurus dari aku. Huwaaaaa nak tikam dada sendiri. Eh tapi itu dulu.

Problem aku macam biasalah tang pipi yang tah bila nak surut2 ni pon tak tau. Then lengan sado tapi isi lemak. Itu paling nampak ah. Rasa nak crop tang lengan. 

Dah dah. Masa lalu tu adalah sejarah. Sejaah tak boleh diubah tapi kita mampu mengubah masa depan. Nak kurus macam zaman anak dara belum ada kekuatan... tapi kita cuba. Usaha lift kejayaan. Nak pakai tangga lambat.

Bai.








No comments: