life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 01, 2016

Allah bagi rezeki bila Dia tahu masanya sudah sampai

Scroll newsfeed facebook baru kejap tadi. Baca status wifey kepada member poli dulu. Wowww, tahniah sebab dapat bertukar. Bayangkan lah dari awal-awal kahwin sampai dah beranak sorang, sampai anak bujang dia dah pandai nak mintak adik, duduk berjauhan suami isteri sorang kat JB sorang kat Putrajaya, baru laaa rezeki dapat transfer. Dia bagitahu its been 7 years since dari awal masuk keje memang dah buat surat tukar. Tahniah ye Ila... walaupon aku kawan kepada suami ko (takdelah kawan sangat sebab laki dia kelas sebelah jorr mihmihmih) Ke joho la ke kita :D

Oh btw dia tu post PA so kalau nak diikutkan agak mudah proses pertukaran since PA/Setiausaha Pejabat banyak post kat dalam Malaysia ni. Ermmm. Dia tukar kementerian sekali. Macam aku memang nak tunggu keajaiban berlaku. T__T Tak tahu nak pujuk rayu bagaimana lagi. Its takes time truthfully. Aku sabarrr je ni.

Semalam ada call orang yang uruskan pertukaran staff. Nampak gayanya macam tu jelah... still pending. Aku bukan nak push. Tapi aku dah takde mood nak keje kat KL. Boleh cakap macam tu? Bestnya duduk kampung... i mean duduk kat negeri sendiri... tak kat negeri sendiri, sipi2 negeri pon jadilah. Tak hadap jammed... environment menghijau... tak stress parking takde... tak risau lift rosak... ahhh banyak lagi keburukan yang aku nak ceritakan tapi rasanya tak perlu nak merungut kot?

Allah akan bagi bila dia rasa masanya sesuai right?

So dalam pada nak tunggu keajaiban itu berlaku maka kau perlu sabar lah kan?

Aku belum dapat tukar lagi at least Allah kurniakan aku family pengasuh yang baik dalam menjaga anak anak aku. Tu dah cukup gembira bagi aku.

Terima kasih Allah.








No comments: