life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 01, 2016

Czen dah kawin uolls

Kalau nak diikutkan, cousin aku belah ayah majoriti semua baya2 atas aku. Siap aku ni dah dipanggil maklong engko tau. Nampak nau tua dah. Hihihi. Yang kecik pon aku rasa dah duapuluh lebih. Yelah, orang dulu banyak yang kawin awal kan. So memang aku sampat tak kenal yang mana pangkat czen, yang mana pangkat makcik pakcik... sebab ramai dan diaorang duduk jauh2. Time raya pon ada yang tak balik raya sebab dah bercucu. 

Last week, anak kepada ayah aku punya kakak nikah... tapi kenduri akan dibuat bulan 4 nanti. Sebabnya czen aku ni dok berulang kerja dari Nilai ke Bangsar naik komuter hari2. Hari hari yeeee. Plan asal memang nak nikah/sanding bulan 4 nanti.. sementara nak tunggu bulan 4 dia dah cari rumah sewa. Tup2 dapat awal. Bincang punya bincang orang tua kata nikah kan je lah cepat. Senang. Itu yang last week terus nikah. Majlis kecil2 tak jemput ramai2 pon.


Sweet je tau czen aku ni. Malu malu pon ada. Laki dia bakal berulang dari KL ke Nilai. Hihihi bagusss. Biar suami jauh berulang sebab isteri ni banyak tugas kat rumah bila dah kawin kelak. Mini pelamin ni upah kat czen kitaorang je. Memang dia ada buat pakej untuk orang nikah/sanding semua la. Seee... sebab tak rapat kan so aku tak berapa tahu sangat diorg ni kerja apa buat apa. Tahu cerita pon mak aku yang kepochi. Ermm cantik dan simple. Zaman sekarang ni zaman penjimatan berbelanja. Kalau boleh pelamin tu harga lagi rendah lagi orang sanggup sewa. Ada kan viral pelamin pakai tisu je uolls. Hebat.


Haa ni lah aku dengan my ensem boy manja terlebih lebih lebih dan lebih. Aku suka design baju ni sebab ia buat nampak aku langsing. Hahahahah ciplak melinda looi punya design baju uolls. Aku ni mana la ada size rtw bagai. Kalau nak cari rtw confirm kena cari size budak. Benci tau macam tu. So setiap tahun pon akan beli kain dan tempah tailor. Yang penting selesa dan matching dengan saiz badan aku. Upload kat instagram ada orang tegur slim gitchew. Hahahah itu nak cakap, efek design ye. Hakikat belum kurus bebenor. Kauorang kalau nak nampak selim, kurus dan tinggi kena pandai main design. Dan jugak corak baju.

Atok with his grandsons. Gagah apak ai dukung dua dua sekali. Zaumar memang rapat dengan atok belah Sban. Apa2 bila balik Sban mesti cari atok dulu. Atok best, nanti petang2 atok bawak jalan naik motor. Kalau pergi Zeemart nanti boleh paw mainan. Hahahahaha. Terpaling suka panggil atok adalah Dareez. Dia lah cucu kesayangan atok sekarang ni. Tengah sedap buat main kan. Memang atok kauorang melayan jolah. Itu yang panjang langkah kitaorang pi midnight movie tengok Ola Bola. Kauorang dah tengok lom? Best tau cerita dia. Banyak pengajaran. Beza ah zaman bola sepak dulu dan sekarang. Sekarang player ibarat retis dah kottt.

Rasa nak duduk Sban lama lama jer. Tak puas borak dengan mak ayah. Alhamdulillah masih dikurniakan mak dan ayah yang masih sihat.







No comments: