life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, March 30, 2016

Dareez eczema dan Sabun 999

Lama dah aku tak cerita pasal eczema Dareez. Well dalam dua minggu ni gatal naik balik especially tang dahi/kepala dan paling worst kat leher. Tu memang tak boleh nak buat apa kot sebab bahagian tu always berpeluh. Aku perasan sejak bahana El Nino.. panas melampau2. Dia punya gatal dah merah2 sampai berair air. Aku tengok pon ngeri... kesian kat Dareez. Sampaikan kalau waktu siang aku dah tak taruk apa2 sebab taknak dia semakin berpeluh. Malam je baru sapu eo Lavender sebab tidur dalam aircond. Kalau kat rumah pengasuh, mak dia akan taruk lotion calamine. Tu je yang mampu bagi mengurangkan kegatalan dia. Nak salahkan cuaca pon cemana kan.. kau duduk kat Malaysia... negara iklim khatulistiwa...takkan semata anak eczema kau nak pindah korea? Ermm... perangai ongkaya sangat.

Dari semahal mahal produk, sampai ke murah murah produk aku dah try. Eh takdelah mahal sangat pon kan. Hehehe. Semua pon kejap bagus untuk dia, kejap lagi worst. Pening fikir. Kesudahnya kan meh ada satu sabun aku nak share kat kauorang yang Dareez baru pakai.

Sabun 999.
Pic aku amik kat google.

Murah pon murah, beli kat kedai bawah rumah baru RM2. Hahahahahahaha. Puas hati aku. Pakai Cetaphil pon macamtu jugak, haa meh aku pakaikan jer sabun murah. Alhamdulillah ok pulak tu. Dalam seminggu nampak kesan hitam2 kudis tu semakin kurang. Malam pon dah tak selalu dok suruh garu. Kalau tak tu, mulut asyik cakap gatal, gatal. Suruh amik sikat tolong garukan. Tak cukup tidur ummi kau malam2. Ini tak tahu sampai bila boleh bertahan. Eh tapi bau sabun ni macam serai wangi. Ke memang serai wangi? Dia ni ala ala sabun cap kapak yang kaler kuning tu tau. Orang2 dulu tahu la. Masa berpantang mak aku memang basuh baju baby guna sabun cap kapak. Yang ni versi sabun badan. Thumbs up kat pengasuh. Macam ni lah baru pengasuh terhebat. Hihihi. Maklomlah, yang jaga anak kau baya2 mak sendiri. So boleh tahu la tahap ilmu pengetahuan dia cemana. Hehehe. Amboi terpuji pengasuh sendiri pulak. 


Ni dah ok sikit... kalau tak memang tahap ngeri. Aku tepek karang ada yang tak lalu nak makan. Maka bertabahlah ye nak tunggu pulih seperti sedia kala. Dahi dah ok alhamdulillah. Walaupon ada je biji2 gatal, tak seteruk sebelum ni tu dah cukup bagi aku. Nak dapat licin sehalus kulit Aqif mahu makan bulan kot. Hehehe. Takpe lah dareez, kita berubat slow2 ok? Now sedang mengrikki klinik pakar kulit yang paling baik. Apa saja untukmu wahai anak.


:)





No comments: