life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 01, 2016

Fakta atau auta


Dulu aku garang kot dengan adik beradik. Heeee. Sampai la ni tak rapat sangat dengan adik adik aku... plus diorang semua lelaki so memang takde regu la. Maafkan la kaklong mu ini. Beza aku dengan adik bawah aku 4 tahun. Memang tak ngam kot. Dulu asyik nak berkelahi jorrr tapi bukan nak cakap besar, walaupn diaorang lelaki DAN lebih tinggi dari aku, insyallah apa yang aku cakap dan nasihat diaorang akan dengar walaupon depan2 ada je nak membangkang... last2 ikut gak. Gitew.

Ramai peminat wakluuuuu. Nak tergelak aku membacanya. Kalau ramai peminat takdolah aku tergila2 kat seseorang ittew. Takdolah asyik aku jorr minat orang, orang takdo minat kat aku. Kahkahkah. Dasar tau perigi cari timba. Ehh aku suka terus terang apa. Tapi dulu aku dengan daddy jual mahal. Heeee. Sebab apa tah. Bajet hot lettew. Pukul diri sendiri kang.

Peramah tu agaklah jugak. Tapi itu dulu masa zaman sekolah... zaman baru nak up... zaman baru nak mengenal dunia. Masuk zaman sekarang rasa macam biasa2 je. Tak kuasa lah hai nak tegur2 orang yang tak dikenali. Setakat senyum2 gitu je boleh la... Bila dah senang dengan orang tu baru boleh peramah.

Sentiasa mengingati kawan lamanya.
Aku nak cakap pon aku bukan keep in touch sangat dengan diaorang. Tapi kan jauh dari sudut hati, aku tertanya2 gak kenapa jadi macam ni. Aku kan, selalu ingat kawan2 lama aku. Walaupon takde la hari2 nak whatsapp tanya khabar. Kang diorang peliks lak. Kau kenapa tiba2 tanya khabar... dulu takde pon. Seriously. Aku rindu kawan zaman sekolah mantin. Tak tahu kenapa dah tak rapat. Samada aku masuk teknik, aku selalu dengan kawan teknik or else? Memang lepas masuk teknik jarang ah contact.... berterusan sampai sambung belajar... sampai dah kerja... sampai sekarang. Dah tak rasa semesra dulu. Dalam kepala otak nak je plan lepak2 dengan kawan2 perempuan mantin. Saja makan2 ke, hang out. Tak bermakna aku dah berkeluarga aku tak boleh nak keluar2 malam. Macam tu la.

Eh panjang pulak cerita.

Aku tak manja gedik gedik. Aku manja dengan sesetengah orang. Even dengan daddy pon aku malu nak manja. Nanti dia kata aku gatal. Ekelehhh. Aku suka haiwan especially kucing. Dulu ada bela banyak kucing... paling sayang nama dia Tompok... so classic. Hahahaha. The end Tompok mati kena langgar kereta. Sejak dari itu dah takde bela kucing. Sekarang nak bela tempat tak sesuai. Lagipun buat masa ni tak cukup masa nak belek kucing. Baik belek anak/laki. Hahahaha.


Tak berapa senang nak maafkan orang :DDDDD

Jengjengjeng.

Sorry lah ye. Kadang2 aku suka simpan dalam hati. Dah tak suka tu aku diamkan je. Aku masih lagi terasa hati dengan beberapa orang. Amboi bajet diva nak mamps. Hahaha. Tapi takpa... tak jadi kudis pon.

So sebenarnya its balance. Ada yang betul banyak, ada yang tak betul. Bab yang ramai peminat tu. Hahahahah. Tak pernah pulak seumur hidup aku buat masa ni ada secret admirer. Apa kau ingat kau Nora Danish??? Ehh lupa, ada sorang.... nak masuk dua tahun dah dia minat aku. Nak tahu siapa? Nama dia Dareez Zaumar. :DDDDDDDDDDDDDDDDD

Kbai.





No comments: